Isnin, 29 April 2013

Promosi Tesco Store & Rural Business Challange


Assalamualaikum...


Selamat pagi semua. Sihat??? Dah makan lum??? Apa projek hari ni???? Best ke tak???


Amboiii banyak pulak soalan bila dah lama tak jumpa ni yer. Aah... Sebut lama tak jumpa ni, I'm very-very sorry yer ualls sebab lama tak bersiaran. Busy le sesangat terbang sana sini (terbang le sangat heheh) tu yang tak sempat menulis tu. Fuhhhh... Capeknya pun ngak ilang lagi sih....


Dari sibuk buat produk, dapat invitation dari pihak Tesco Store pulak untuk adakan promosi kat 5 cawangan diarang bulan Mei nanti. Jadi minggu lepas kitarang ke KL untuk bincangan camner nak buat promosi nanti.. Bincang dengan pihak Tesco Store 1/2 day tapi bincang sesama kitarang makan masa gak le berhari-hari sebab yer la nak promosi ni bukan senang. Pihak sana nak suruh buat produk sample untuk orang rasa tapi banyak pulak masalah yang timbul di pihak kitarang. Almaklum le duduk jauh ni semuanya payah. Jual pulak produk yang nak kena masak dengan macam-macam barang so pening gak nak cari solutionnya. Diarang cadangkan masak sendiri hantar. Amboiiii nak mengantor dari Bukit Merah ni, agak-agak basi ke tak nanti heheh. Perjalanan je pun dah dekat 4 jam ikut pemanduan yang agak berhemah. Kot pemanduan berhemah harus 5 jam gitew.

Ada gak ati nak buat product sampling gini tapi....

Nak sewa bilik hotel untuk pun nak masak kat mana?? Isk isk... Kot ada yang kena halau pulak nanti. Heheheh. Pening gak kepala otak mikiorkannya. Ada le beberapa solution yang kami dapat tapi Mr Hb lak kata tak practical sebab ada ker orang nak kasi dapur untuk kita masuk memasak waima kat kedai-kedai. Aduhhh satu hal betul kalau promosi ni, kalau le ada duit beli RV yang macam dalam citer omputeh tu kan mudah. Nak masak pun boleh nak tidur pun dah pasti ada tempatnya. Borang dah nak kena hantar ary ni tapi mikir punya pasal tak buat pun lagi huhu.


Tu pun kerja pikir memikir ditangguh jab untuk siapkan pulak profile untuk Rural Business Challenge. Yep, Rural Business Challenge datang lagi. Tahun ni diarang buat 2 kategori, Yang pertama untuk nak kembangkan perniagaan. Yang ni hadiahnya sampai RM2 juta kau.... Tapi kitarang tak layak sebab kurang berapa bulan je lagi nak 3 tahun operasi yang jadi syarat utama kategori ni. Sedih kan... Sebab kalah 3 bulan je huhu untuk penuhi syarat. Kategori kedua pulak untuk yang nak mulakan business. Hadiahnya cuma RM10,000.00 untuk 10 pemenang bertuah. Yang ni je la yang boleh kami enter. Kategori ni sebenarnya tak terhad pada yang dah buka perniagaan tapi untuk yang baru nak cadang juga. Tapi kertas kerja kena mantop le kot.


Tah le ada harapan ke tak. Yer la, buat kertas kerja yang tebal sesangat tu dalam beberapa hari je macam le kita ni pakar sangat. Lak tu sibuk dengan projek dengan Tesco Store dan nak buat produk lagi. Memang tawakal je la. Harusnya yang masuk tu pun yang lagi hebat. So tak berani nak cakap la peluangnya. Tapi kalau ada rezeki syukur Alhamdulillah yer tak.

Tahun ni tahun ke2 kami sertai cabaran ni.  Tahun lepas kami sertai juga tapi hampa mungkin terbatas atas faktor usia perniagaan sebab masa tu masih belum ada kategori lagi. Harap-harap tahun ni cerah le hendaknya peluang tu...


Lgai sekali... Memang harap sesangat le yang rezeki tu cerah le untuk kami, leh buat modal untuk projek 2 Puteri yang kitarang dok planning selama ni. Kitarang ni bab planning untuk kembangkan Produk 2 Puteri ni memang banyak. Rasanya hebat sebab idea datang dari otak orang yang hebat hahahah. Tapi tu le modal je yang bekukan planning kitarang dari jadi kenyataan. Letih gak le bila macam ni tapi tu le pengajarannya, jangan nak terus-terus buat perniagaan macam kitarang ni kalau modal takat RM20-RM30 ribu je. Lagi baik buat projek bakeri kat umah jual kat kengkawan diluar sana. Lagi selamat. Kot bidang macam kitarang ni modal permulaan sebaiknya RMratus ribu baru le lega sikit. Lega sikit je tau sebab banyak lagi yang nak kena harung bila dah masuk bidang ni.


Jangan tak percaya, nak mula business ni kena ada premis kilang (walaupun kecik tapi kena ikut standard KKM), kena ada segala mesin bagai, pekerja lagi, nak upgrade pembungkusan produk la dan semua-semua la. Tak masuk lagi yang runcit-runcit macam bahan mentah, sijil-sijil dan lesen-lesen yang nak kena ada duit gak, pengangkutan dan macam-macam lagi la. So lagi baik pastikan ada modal ratus ribu baru joint dalam bidang ni. Kalau tak.... Payah sesangat nak kayuh untuk berjaya. Jadi le cam kitarang terhegeh-hegeh walau produk dah sampai kat Hypermarket nun.


Berkenaan promosi di Tesco Store, ada 5 cawangan yang ditawarkan kat kitarang. Semuanya date berlainan. So boleh le serang kat setiap cawangan untuk dapatkan produk kitarang yer. Ni jadualnya:

  1. 18-19 Mei 2013 - Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 - Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 - Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 - Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August - 1 September 2013 - Tesco Store Shah Alam


Insyaallah masa tu nanti rasanya kitarang tak buat produk sampling macam biasa tu. Yang rasa-rasa tu sebab macam saya cakap tadi le nak masak kat mana nak bagi orang rasa yer tak. Nak hantar dari sini jauh tu... So kitarang decide untuk bagi PERCUMA 1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g untuk setiap pembelian Produk 2 Puteri Insyaallah. Tak kisah le nak beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke, Cili Boh Asli 2 Puteri ke giftnya sama heheh. Tu je yang termampu buat masa ni. Insyaallah kot next time ada rezeki lebih kitarang akan bagi lebih lagi, Insyaallah. So jemput-jemput la yer nanti ke cawangan Tesco Store yang dimaksudkan mengikut datedate yang diberikan tu dan dapatkan Produk 2 Puteri ya.


Ok nak sambung kerja balik. Nice talking to you (ewahhh speaking London le pulak). Insyaallah nanti kalau dah confirm macam mana saya akan war-warkan lagi kat sini. Kitarang baru decide confirm nanti bila pihak Tesco Store bagi green light heheh. Ok till then, have a nice day alls!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...