Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 30 Disember 2012

Sejarah & Pelancongan: Sungai Siput (U)

Salam semua. Lama dah rasanya saya tak cerita pasal keindahan negeri Perak tercinta ni kat kawan-kawan semua kan. Rasanya last saya mengomel pasal Lenggong yang terkenal dengan Perak Man. Sibuk sungguh dengan cerita-cerita lain. Dari hal business la, kesihatan sekeluarga la, bagai-bagai lagi (fuhhh bahasa, ni kalau Dewan Bahasa jumpa ni harus kena saman kauuuu hihihi). Ok hari ni saya sambung balik bab Sejarah & Pelancongan kat Perak yang permai ni.... Kali ni macam yang diwar-warkan kat tajuk tu, berkenaan Sungai Siput pulak. Banyak yang tak diketahui tentang Sungai Siput ni kecuali ianya memang cukup kamceng le dengan Datuk Seri Samy Vellu. Jom tambah pengetahuan kita....




Sungai Siput terletak di negeri Perak, Malaysia. Sungai Siput berhampiran dengan Kuala Kangsar, Salak Utara, Jalong, Kantan, Lintang dan Felda Lasah. Daerah Sungai Siput bersempadankan daerah Hulu Perak di Utaranya, Daerah Kinta di selatannya, Negeri Kelantan Darul Naim disebelah timurnya dan daerah Kuala Kangsar di sebelah baratnya. Daerah kecil Sungai Siput merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Kangsar. Keluasannya yang merangkumi 155,141 hektar adalah merupakan 61.5% daripada keseluruhan Daerah Kuala Kangsar.


Nama Sungai Siput adalah daripada sebatang anak sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid India. Pada masa dahulu sungai ini banyak dipenuhi siput tetapi sekarang sungai berkenaan telah hampir tertutup disebabkan kesan pembangunan. Sebab itu peneroka-peneroka dahulu mengenali tempat ini dengan nama Sungai Siput.


Terdapat ladang-ladang getah yang diusahakan oleh orang-orang Inggeris pada awal tahun 30an. Bangunan utama IPD (K) Sungai Siput (U) dibina dalam tahun 1938. Darurat diistiharkan 53 tahun setelah 3 peladang British ditembak mati oleh pengganas komunis di sini pada tahun 1948. Ekoran dari kejadian itu darurat diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948 dan tamat 1960. Sehingga lewat 1989, setelah komunis meletakkan perjuangan mereka Sungai Siput dan kawasan-kawasan sekitar seperti Jalong, Lintang dan Lasah adalah kawasan hitam dimana operasi-operasi pasukan keselamatan kerap diadakan. Kini Sungai Siput telah melalui pembangunan ekonomi yang pesat dan pekan Sungai Siput tidak lagi menjadi sebuah pekan yang sunyi. Terdapat kilang-kilang, ladang-ladang dan pejabat-pejabat Kerajaan yang mula menjadikan pekan Sungai Siput sebagai pekan yang agak sibuk.


Tak banyak cerita yang dapat saya berkongsi tentang Sungai Siput ni tapi kalau sebut Sungai Siput surely orang akan ingat 3 perkara iaitu

1) Kacang goreng / kacang tanah - sebab ada 2 kilang paling galmer kat sini dengan hasilan kacang untuk kudapan yang laris seluruh negara
2) Komunis - isk....
3) Datuk Seri Samy Vellu :)


Ehhhh jom le kita kita tengok antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sungai Siput ni....

1) Ladang Infoternak Sungai Siput



Antara haiwan ternakan yang ada disini adalah Rusa, Ostrich dan Kambing. Ianya semakin menunjukkan kejayaan. Ladang ini dibuka untuk lawatan dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2) Gua Kelawar berhampiran Sungai Siput


3) Kuala Mu

Kuala Mu terletak di daerah Sungai Siput. Felda Lasah merupakan pintu masuk ke penempatan orang asli yang terdiri daripada berpuluh-puluh kampung



4) Lata Gerik/Sungai Durian


5) Sungai Klah Hot Springs Park


Kalau nak tahu satu lagi yang glamer yang ada kat Sungai Siput ni adalah di sini le tempat asalnya Kacang Pagoda yang kita suka makan tu. Glamer kat peminat kacang le sebenarnya hehhe... Buat yang tak suka makan kacang tu tak le glamer kot. Tapi rasanya ramai yang suka dari yang tak suka kan heheh.






 Satu lagi kilang Kacang Mee Hiong atau glamernya Kacang Menglembu Cap Pemancing. Yang ni lagi tua rasanya



Sabtu, 29 Disember 2012

Koleksi Cerita Lucu: Pak Pandir Membeli Durian



Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"

Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Khamis, 27 Disember 2012

Saja Nak Cerita Tapi Malu la... Berat badan saya


Itu hari masa Mr Hb nak balik dari Carrefour lepas adakan perbincangan dengan pihak diarang tentang pemasaran produk 2 Puteri di Pasaraya Carrefour, Mr Hb ada tegur sorang awek bertanyakan bas nak balik ke Puduraya. Kemudian gadis  tu yang bernama Natalia tu terus tegur Mr Hb. Mungkin sebab tengok keadaan badan Mr Hb yang besar sikit kot. Dia pun tunjukkan gambar asalnya yang tembam juga. Terperanjat Mr Hb sebab yang kat depan matanya tu slim je. Jauh berbeza. Katanya turun 23kg dalam 10 bulan. Biar betul.


Bila sampai je kat rumah, Mr Hb terus cerita kisah dia jumpa Natalia tu. Dia turut tunjuk gambar perubahan Natalia pada saya. Ooi.... Badan asal lebih kurang saya. Tapi besar sikit rasanya. Hihihi perasan kecik le tu hahahha. Tapi yang confirm dah berubah. Tak sangka kau... Tengok gambar orang lain pun dahsyat gak. Purata semua tu turun lebih 10kg dalam masa beberapa bulan je. Macam tak percayaaaa je kan. Gambar tu terus saya simpan dalam bekas tempat saya simpan call card. Saja le simpan sebab nak usha dulu kat sini kot benar apa yang saya tengok tu.


Saya ni dah cuba produk yang ambil terus dari doktor. Masa tu lepas dapat anak pertama. Turun gak le. Tapi lepas dapat baby kedua. Try tak menjadi pulak. Last-last tak ambil dah le. Tapi bila tengok gambar saya yang terlalu mengembang, saya cari balik kat farmasi ubat tu. Tapi saya dapat tahu sekarang dah dihapuskan kat pasaran sebab bahaya. La pulak... Sib baik tak jadi apa-apa masa saya ambil tu. Patut la doktor akan check jantung, buah pinggang dan fizikal saya masa nak continue amabil ubat tu.


So saya try produk lain yang dijual kat farmasi. Mula-mula makan ok la. Tapi lama-lama kesannya memalukan! Terus saya stop. Mana le tak malu, minyak keluar dari dubur. Habis kotor semua pakaian. Jangan kata masa buag air besar jadi macam tu. Masa keluar angin pun jadi gak. Tak ke naya. Pakai lapik pun tetap bocor. Takut gak kang infect bahagian lain badan. Tersurus saya stop.


Rasanya baru 3 kali kot beli produk yang jual gitu-gitu. Maksud saya kat kiosk atau terus dari rakan. Yang memula tu produk yang terkenal. Tapi bila try tetap maintain beratnya terus saya stop. Yang turun wang kat poket je buat apa hihih. Kali kedua masa terpengaruh iklan kat paper. Produk hebat dan dikatakan berkesan. Ada beberapa orang beri testimoni. Katanya taja Allahyarham Bob Kuman tapi tak berjaya pun. Sekarang Allahyarham dah meninggalkan kita. Innalillahiwainnailahirojiun... Pergi beli kat kedainya sendiri kat Utara tanah air. Hangus RM450.00 tapi baru je 3 bungkus kecil terus saya stop. Tak rasa kenyang pun. Lak tu kena berlapar baru leh kurus. Isk camner tu, I'm human la. Kalau produk tu leh bantu tahan lapar satu pasal le juga. Last-last 2 kotak yang belum bukak dengan satu kotak yang dah try 3 bungkus kecil saya buang dalam tong sampah. Nyampah aiiii... Sib baik Mr Hb tak marah sebab dulu saya yang gegatal nak beli. 3 pek pulak tu konon nak jimat. Tapi hihihi masam le sikit.


Kali ke tiga masa Mr Hb terlibat dengan karnival 'Produk Malaysia Citarasa Kita' anjuran KPDNKK di Carrefour Seberang Jaya. Dah cuba 2-3 bulan. Mulanya memang menjadi. Turun rasanya dekat 5kg. Tapi masuk pack kedua dah stop. Lak tu badan pun asyik tak sihat je. Mula tu ingat sebab jangkit dari Afif sebab dia pun teruk gak tak sihatnya. Tapi kebetulan saya termasuk dilaman sahabat blogger, ondscene. Bila tengok kesan produk yang mengandungi bahan terlarang terus saya renung balik pada diri kitarang sekeluarga. Isk... Terkena dah... Anak terkena sama sebab saya beri minum tehnya sebab kata sis tu elok pada anak juga. Naya betul! Sib baik la tak parah. Kesian dia, disebabkan kesilapan saya dia pulak yang akan menderita kang. Oooo sapa sanggup biarkan anak sakit. Terus saya stop ambil produk tu. Tak sanggup dah beb.


Itu sebab bila ditunjukkan produk yang baru ni saya tak ambil endah sangat. Takut masalah lama jadi lagi. Dah le keluar duit banyak-banyak. Ingat nak baik ok le kan. Rupanya keluar duit banyak untuk dapat penyakit pulak. Rasanya ramai gak yang sependapat macam saya. Baik stop bukan? Pasrah je dengan apa yang ada. Tapi takut gak kang mati orang tak larat nak angkat bawa ke kubur... Allah hai jangan le.


Seminggu lepas tu kebetulan kitarang pergi ke satu pasaraya tu ternampak le kedai yang tunjukkan produk yang serupa. Tengok pada bannernya diarang turut taja ramai atelit. Isk betul ke? Mr Hb terus ajak masuk dan bertanya. Tengok gambar yang diletakkan kat situ memang ramai yang dah berjaya. Siap cun lagi jadinya. Sis tu cerita le serba sedikit pasal produk keluaran antarabangsa tu. Katanya dah banyak negara yang jual produk tu. Yang buat kajian dan lembaga pengarahnya semuanya ada PhD. Ada gak yang khusus bahagian sains. Hati mula tertarik.


Saya mula buat timbangan. Hihihi dah lama tak timbang harus jarumnya tunjuk angka yang tak sanggup nak tengok hihihi. Berdebar sungguh masa timbang tu. Malu pun ada. Bacaan berat saya 74.5kg. Aduhai... Besonya mak dikkkk. Malu gak nak cerita kat sini hihihi. Tapi honest la kan. Kiranya lepas saya ambil produk teh dulu, berat saya maintain le 74kg. Naik 500g sebab baru lepas makan tengah hari kot hihi. Mr Hb terus bagi saya cuba minum untuk beberapa hari kat situ. Boleh le try, pakejnya murah gak le. Kalau nak beli produknya satu set mahal le jugak. Lagi pun kang kalau tak jadi tak ke naya. Baik try sikit dulu.


Dalam pakej tu kalau nak nampak result lebih baik kena ambil tiap hari. Isk idak le saya mampu nak ke sana tiap hari. Bukannya dekat. Lagipun masa kerja mana leh monteng. Jadinya ikut suka le timenya. Memang tak ikut aturan langsung. Tapi masa timbang sebelum minuman terakhir berat saya turun jadi 74kg. 500g hilang. Isk biar betul beb. Hihihi sepanjang percubaan tu tak langsung saya kawal makan. Pulak tu masa ambil minuman kedua saya berpeluang untuk try buat Durian Crepe yang tinggi kalorinya. Hihihi makan sampai habis bersama Mr Hb rasanya sorang 5-6 ketul gak le. Makan mee goreng dan lelain yang melemakkan gak le. Tak ikut peraturannya pun. Sebab saya tak ikut aturan tu sebab nak beli kena ada RM500.00 (satu set lengkap bersama yuran ahli), kang kalau result ok kang hati membuak-buak lak rasa nak beli. Bulan ni dah le banyak kena keluar duit sebab ditambah dengan persediaan anak nak mula sekolah.


Tapi... Disebabkan turun 500g hati membuak-buak nak beli dan guna. Tak sabar gila kau hihihi. Search kat internet pun banyak yag kata berjaya. So 24/12/12 tu hari Mr Hb belikan satu set untuk diamalkan kat rumah. Alhamdulillah thanks laling ;) hihiih. Hari ni masuk hari 4 saya amalkan minumnya. 2 kali sehari. Hari memula tu je saya ambil belah malam je sebab belinya petang. Dari hari pertama, kedua dan ketiga (hari ke tiga sebelah pagi je) saya tersilap ambil dosenya. Konon nak jimat tapi rupanya salah. Nak turun berat badan kena ambil 2 sudu besar. Tapi saya ambil satu je. Hihihi. Tapi belah petang dalam pukul 3.30 saya pergi timbang, berat dah turun jadi 73.9kg. Berat tu lepas makan lunch nasi claypot bersama cheesy onion ring 5 ketul. Beli pizza untuk anak tapi diarang tak makan onion ring. Itu yang ibu makan tu. Agak-agak kalau tak makan tu berat mungkin kurang sikit lagi hihihi.

Saya yang tembam. Punca tak nak bergambar (satu-satunya tahun ni) dan malu jumpa sahabat lama

Start semalam saya buat 2 sudu besar bancuhan. Harap-harap kesannya lebih baik lepas ni hhihi. Try buat bancuhan pelbagai perasa. Sedap. Dulu pinggang saya 36 inci, semalam turun jadi 34.5 inci. Hari ni ukur pagi tadi sebaik bangun tidur turun sikit jadi 34.3 inci. Boooleh la hahah. Semua tu saya ukur lepas bangun tidur. Yang pasti kena minum banyak air suam dalam satu hari. Satu hari kalau boleh lebih 3 liter. Saya ni payah nak minum. Tapi kena belajar le. Syukur takat ni satu hari dapat gak lebih 5 liter. Masuk minuman yang saya ambil sekali 1.4 liter jadi 7 liter lebih la. Tapi semalam saya ambil takat 3 liter je sebab keluar. Susah sikit le takut nak buang air je. Saya ni dah le penggeli. Kena belajar le buang rasa geli masuk tandas awam.


Cuma satu je, disebabkan saya ni ada masalah tekanan darah rendah terpaksa le ambil gula dalam minuman tu. Tak pun masa makan tengah hari saya terpaksa makan dengan ambil air manis. Patut le dah 3-4 hari pening je kepala. Makan panadol pun tak jadi apa. Try le macam kakak tu cakap sebab dia pun ada tekanan darah rendah, makan gula. Ha... Jadi rupanya. Hilang sakit kepala gitu je. Bukanya ambil banyak pun takat secubit tapi berkesan. Tapi tu le gatal sangat tadi masa buat bancuhan untuk minum pagi saya campur dengan cappucino instant keluaran rakan pengusaha IKS. Terasa tekanan darah drop. Sebabnya rasa nak pitam dan loya. Try ambil gula 2 cubit full (selagi boleh cubit) terasa ok sikit. Jab lagi kena ambil gula lagi rasanya sebab tak ok sangat lagi. So kalau sahabat nak cuba produk ni, make sure penyakit/kekurangan kita dan ambil dengan selamat. Jangan gegatal try nu try ni macam saya. Hihihi. Naya. Tapi yang pasti kalau tak sebab tekanan darah saya turun yang lepas ni tahu dah le camner nak handle, Insyaallah target berat badan sihat akan jadi nyata aaamiin.


Hihih dah panjang lebar bercerita. Nanti saya sambung lagi tentang perkembangan cerita ni. Doakan saya yer ;)

Fuhhhh.... Idaman ni.. Meleleh air liur teringin body bergetah cam ni hheheheh

Selasa, 25 Disember 2012

Profile Syarikat dan Produk 2 Puteri


Syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise ditubuhkan pada 27 Julai 2010 dengan mengeluarkan produk makanan dibawah jenama 2 Puteri. Produk berkenaan ialah Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.


Walaupun masih baru tetapi kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna-pengguna yang mahukan produk makanan yang halal, bersih dan terjamin kualitinya. Bermula dari kedai-kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan kedai-kedai makan sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar, Trong, Parit Buntar hingga ke Pulau Pinang kami bergerak sendiri.

Kini kami telah melangkah lebih jauh lagi ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk kami di 34 rangkaian Pasaraya Tesco Store di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' dan 10 rangkaian Mydin Hypermarket di bahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Pada tahun 2013 kami akan memasuki 22 buah rangkaian Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia. Kami akan berusaha untuk mendekati pengguna kami sehampir mungkin.


Produk 2 Puteri

Pada masa ini kami hanya memasarkan 2 jenis produk iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Kedua-duanya dipekkan mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna-pengguna di rumah. Pembuatan kedua-dua produk ini dihasilkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam demi menjaga kebersihan dan kualiti produk. Segala bahan mentah yang digunakan dijamin Halal seperti yang disyaratkan.



 


Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk yang membantu pengguna mendapatkan hidangan Char Kueyteow yang enak dan menepati hidangan Char Kueyteow yang sebenar. Dengan langkah-langkah mudah yang disertakan, pengguna kini dapat menikmati hidangan Char Kueyteow dalam satu pakej yang lengkap iaitu enak, mudah, murah dan paling penting juga berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Ini kerana, Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja.

Pada tahun ini kami berazam untuk mengeluarkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam saiz besar bagi memudahkan pengguna yang membuka restoran atau warung mendapatkan produk kami. Ramai pengguna Produk 2 Puteri yang mengeluh dan mahukan saiz yang menepati keperluan mereka.


Cili Boh Asli 2 Puteri pula menggunakan hanya cili asli tanpa campuran lain kecuali air bersih, garam dan pengawet yang dibenarkan. Dengan itu warna dan rasanya adalah asli dari cili yang telah diproses halus demi memudahkan para pengguna dalam memasak. Melalui penggunaan produk yang asli ini, hasil masakan adalah menjadi lebih cantik, enak dan lazat.


Logo Jenama 2 Puteri

2 Puteri dipilih sebagai jenama produk keluaran kami bersemperna 2 orang cahayamata perempuan kami. Potret wajah kedua-dua mereka sewaktu kecil diabadikan sebagai logo sebagai tanda kasih kami terhadap mereka.


Dengan penuh kasih sayang juga kami ingin memastikan produk yang kami hasilkan di bawah jenama ini berkualiti dan diyakini pengguna. Untuk itu kami memastikan hanya bahan yang terpilih dan terbaik sahaja dalam menghasilkannya. Paling penting kami juga menggunakan produk yang benar-benar terjamin Halal mengikut syarat JAKIM/JAIN. Kami turut memastikan setiap penghasil produk adalah berkualiti dan terbaik.



Komitmen Kami

Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan kami dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk para pengguna. Oleh itu, kesemua produk keluaran kami dihasilkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Akta Makanan 1983.



Dalam menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti, kami hanya menggunakan bahan mentah yang terpilih, segar dan dijamin Halal oleh Jabatan Agama Islam. Produk kami juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak  (JAIP) pada 20 Mei 2011, kurang 1 tahun sejak ia mula dipasarkan.

Selain daripada aspek keselamatan produk dan kilang yang kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, premis perkilangan kami diluluskan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).


Selain daripada itu kebersihan premis turut dipantau agar memenuhi keperluan dan syarat dalam menghasilkan produk makanan yang bersih dan selamat. Dengan itu, walaupun kami merupakan sebuah organisasi yang kecil namun segala kualiti yang baik kami terapkan dalam memberi yang terbaik pada para pengguna. Cara perlaksanaan yang kami amalkan adalah melengkapi syarat yang ditetapkan oleh KKM. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti Produk 2 Puteri akan mendapat taraf GMP dan HACCP.

Jaminan kami hanya produk yang berkualiti dan segar dihasilkan di kilang kami untuk semua pengguna.Untuk itu stok sediaada tidak disimpan lama dipremis kilang. Setiap penghantaran merupakan stok baru yang dihasilkan oleh kami.


Visi dan Misi kami

Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang bermutu, bersih, selamat dan pelbagai di bawah jenama 2 Puteri. Walaupun kami telah mendapat Sijil Pemeriksaan Keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kami akan berusaha untuk memenuhi piawaian Skim Pensijilan GMP (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami juga akan mula mengeluarkan pek besar bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri supaya memudahkan pengguna yang ingin mengusahakan perniagaan makanan seperti di restoran, warung, hotel dan katering. Selain daripada itu kami juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia agar memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk kami di mana-mana sahaja.

Juga, bermula pada tahun 2013 kami akan merancakkan lagi perniagaan kami dengan mengadakan kelas untuk sesiapa yang berminat mempelajari teknik dan cara memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak dan sempurna.


Keunggulan 2 Puteri

1. 100% merupakan milik bumiputera Islam
Sebuah syarikat milikan penuh bumiputera Islam dan merupakan sebuah syarikat baru yang berdaya saing dalam pembangunan produk makanan yang suci dan halal

2. Produk yang bersih, suci dan Halal
Mengutamakan kebersihan, kesucian dan mementingkan aspek Halal dalam penghasilan produk, kami mengaplikasikan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM/JAIN dalam semua aspek.

3. Harga yang sangat kopentetif dan berpatutan
Kami berusaha untuk memenuhi keperluan dan kemampuan setiap pengguna. Ini dapat dizahirkan dengan meletakkan diri kami sama seperti pengguna lain yang mahukan produk yang berkualiti dalam harga mampu milik.


Sabtu, 22 Disember 2012

Terung Goreng Sambal 2 Puteri


Alhamdulillah sempat kita bersiaran lagi hari ini. Semalam Mr Hb cakap dia tired bebeno so lepak kat umah je la sepanjang hari. Tapi mungkin hari ini kitarang akan keluar hantar cik computer nih gi check up. Ada jangkitan kulat sikit rasanya hihii. Tu le orang berkomputer kita pun nak juga. Orang pandai jaga kita satu habuk pun tak tahu. Kan naya...


Jangkitan kulat ni rasanya masa saya nak download printer atau akibat pergi scan sijil halal kat computer orang masukkan dalam tumb drive yang kemudiannya didownload kat sini. Tah le yang mana satu tak ingat. Lama dah le ceritanya. Pak tua pun masuk ICU sebab tu le. Sampai sekarang tak keluar-keluar lagi sebab nak kena duit banyak kalau nak operate. Tengah pikir baru atau operate sebab banyak gambar dalam tu. Tu le akibatnya kecanggihan dunia siber tak di manafaatkan. Kalau simpan kat sini atau facebook harus ada lagi kan???


Hari ni saya nak kongsi resepi Terung Goreng Sambal 2 Puteri. Itu hari mak ada beri terung yang ditanam pada kami. Menjadi sungguh tanaman dia. Mak ni mentang-mentang dah tak der apa-apa kerja sekarang, habis keliling rumah ditaman macam-macam benda. Duduk kampung macam ni le yer dak? Laman luas so banyak projek boleh dibuat. How I wish.....


Terung tu saya buat masak Goreng Sambal 2 Puteri. Bab bab sambal ni memang expertise saya kot. Hehehh mengaku le pulak. Perasannya saya hahahha. Tapi yang pasti kalau saya masak bersambal Mr Hb sure puji. Makan pun banyak. Tu yang maleh nak masak tu hihii. Alasan kan... Boleh gitu?? Hahahha


Sebenarnya saya masak Terung Goreng Sambal 2 Puteri ni semalam. Macam biasa saya masak Ikan Goreng Bersambal 2 Puteri. Nak jimat masa tu yang masak makanan Bersambal. Rasa cepat dan mudah masak resepi Bersambal ni. Tukar lauknya je heheh. Lagi pun tu kegemaran Mr Hb. Untung badan le hahah.


Terung Goreng Sambal 2 Puteri dan Ikan Goreng Bersambal 2 Puteri bahan asasnya sama, jadi saya kidnap le sikit kat dalam kuali tu untuk di tuang atas Terung Goreng pulak. Bukan le payah mana pun hihihi. Tapi hidangan hari tu merah je le semua hahhah. Sian Mr Hb. Nak buat camner dapat wife creative sakan hahah...


Nak buat Sambalnya tak susah tapi ada beberapa cara. Lain orang lain caranya walau resepi ni paling mudah pada saya. Resepi yang saya kongsi ni hasil godekkan saya yer. Mungkin jauh berbeza atau ada bahan yang tak sama dengan orang lain sebab saya ni masak main belasah je tapi bila ada yang kata sedap terus lekat dengan cara tu itu aja.


Masak Terung Goreng Sambal 2 Puteri ni mudah je macam masak sambal biasa tu. Alah macam masak yang saya buat untuk Ikan Goreng Bersambal 2 Puteri tu. Cuma cara saya tak masukkan air asam kat masak Terung Sambal ni. Itu je bezanya sebab rasa pelik le kalau ada rasa masam-masam kat sayur. Tapi ada gak orang lain yang buat macam tu. Entah le pilih je la mana suka. Saya ni nak cerita lebih tak pandai sebab baru tahun ni pandai makan terung ni. Selama ni tak pernah sentuh cik terung. Entah kenapa tak minat langsung. Kalau masak pun Mr Hb yang makan. Tapi sekarang pun tak le suka sangat cuma kalau terada kat rumah je makan. Jadi tak le tahu sangat cara mana yang sedap.


Nak masaknya tak susah. Kalau rasa terlebih rajin boleh tumbuk ikan bilis atau udang kering sikit, pastu masukkan dalam Cili Boh Asli 2 Puteri yang telah ditumis dan pecah minyak tu. Kalau ada left over ikan goreng ke apa lagi best. Tumbuk pastu campur. Sedap. Ada rasa lemak ikan lagi le sedap. Tapi saya kongsikan ni yang biasa je yer sebab kadang-kadang semua tu tak der kan... Up to you kata nenek heheheh.


TERUNG GORENG SAMBAL 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Sahabat blogger

Bahan-bahan
  • Terung
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Bawang putih - kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Bawang merah - kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam & Gula

Caranya
1. Potong terung ikut cara yang disukai. Biasanya saya suka potong serong nipis sikit. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit jika suka. Kadang-kadang saya goreng gitu-gitu je. Kosong...kosong...kosong... kata Najwa Latiff. Goreng terung sehingga keperangan dan layu. Terus angkat dan ketepikan.


2. Sambal: Tumis bawang merah dan bawang putih atas api sederhana kecil hingga keperangan.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga garing dan pecah minyak.

4. Masukkan gula dan garam. Nak sedap jumlah gula tu lebihkan sikit bagi manis-manis terasa gitew.

5. Tuangkan sedikit (agak-agak sesudu dua) Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk beri rasa lemak-lemak dalam hidangan tu.

6. Kacau seketika. Masukkan terung yang digoreng tadi. Kaup balikkan dan tutup api. Siap.


**Kalau suka atau ada bahannya, tumbuk udang kering/ikan bilis atau baki isi ikan goreng. Masukkan dalam Sambal sebelum masukkan garam dan gula. Kan per, kang terlebih masin tak sedap... Rasa dulu sebelum masukkan garam. Hidangan Terung Sambal 2 Puteri akan rasa lagi lemak dan enak.



Jumaat, 21 Disember 2012

Hari kerja kami di Tesco Store dan Mydin Hypermarket Subang Jaya


Alhamdulillah semalam selamat sudah perjalanan kami menghantar produk 2 Puteri ke Tesco Store dan Mydin Hypermarket Subang Jaya.


Letih memang letih. Perjalanan yang kami mulakan seawal jam 3 pagi akhirnya selesai. Kami bertolak awal sebab takut kang kalau ada masalah apa-apa yang timbul sempat le buat Plan B. Hihihi Alhamdulillah semuanya selamat walaupun pak cik van dah tua. Harap-harap 'dia' dapat terus memberi khidmat sehingga kami beroleh kemampuan untuk beli yang baru. Aaamiin.


Anak-anak dah terbiasa jadi syukur masing-masing faham dengan masalah kitarang. Walaupun masih kecik. Harap-harap sampai ke tua le hendaknya diarang bersikap tak kisah dengan kesusahan dan akan terus berusaha untuk berjaya. Yea la kan tak susah dulu cam ner nak berjaya. Betul tak??? Bukan takan berbisnes tapi semua aspek kehidupan macam tu. Nak makan pun kalau tak susah-susah nak suap camner nak kenyang. Kot malas berlapar le terus.


Masa kat Mydin Hypermarket Subang Jaya tu sempat le usha produk 2 Puteri kot-kot masih ada lagi atau dah habis terus. Syukur kat bahagian Agrobazaar dah kehabisan stok walaupun ruang yang disediakan untuk produk kitarang kecik je. Tak per janji mudah gak le customer nampak. Itu yang penting. Tapi lagi best kalau dapat ruang lebih besar iye tak? Hihihi. Kat bahagian Sos masih ada sikit lagi. Alhamdulillah maksudnya surut cepat le jugak produk kami kat Mydin Subang Jaya tu walaupun ada produk lain yang sama dengan yang kami nih. Tak per asalkan persaingan sihat ok lah hehehhe.


Saya tengok Mydin Subang Jaya tu tengah buat renovation. Secara besaran gak le nampak. Hissss yang respeknya walau dalam berrenovate kat kebanyakan ruang 2 tingkat tu, Mydin dan ada gak pihak yang menyewa yang terus berniaga. Tak tahu le kalau dah syarat kena bukak juga. Wallahualam.. Tapi yang tu yang bagi semangat kat kami peniaga muda yang nak memulakan bisnes keluarga ni... Walaupun hadapi kesukaran atau apa-apa pun harus berusaha juga. Sedangkan orang yang dah mampu dana kaya pun terus berusaha nikan pulak kita yang baru nak mula hidup. Mesti le kena kerja lebih kuat lagi. Dalam berrenovate pun masih ramai pelanggannya... Dahsyat tuuu.


Nampaknya hajat nak bagi anak bersantai sekejap tak dapat le. Tempat main dah tak der. Tapi sib baik diarang pun cam relek je. Lega sikit. Ambil kesempatan kat sini pergi potong rambut Afif. Nak sekolah rendah ni kena le berambut pendek tak le susah sangat nak siapkan dia nanti. Lagi pun saya paling takut dia dijangkiti kutu nanti. Yer la kalau dah rambut basah-basah kena ikat harus berkutu... Isk mintak simpang jangan le. Dah beambut pendek ni lega le sikit. Mulanya moncong gak sebab tengok rambut dia pendek sangat. Tak jadi princess la lagi katanya. Tapi nampak cantik le. Memang pandai le tukang potong tu dapat realisasikan potongan boy cut yang saya mintak.


Izaz pun bila ibu dan ayah puji kakak cantik berambut pendek terus merajuk. Memang le memula dia pun nak potong tapi Mr Hb tak bagi sebab takut tak sesuai dengan muka dia. Tapi bila dah dua tiga kali dia cakap dengan nada merajuk yang rambut kakak dah cantik tapi rambut adik tak cantik, faham le kita. Last last pergi le sekali lagi untuk potong rambut adik pulak. Mulanya brader tu nak potong rambut 'mushroom style'. Isk no way.... Mana le cantik. Tu fesyen kanak-kanak saya bila Allahyarhamah nenek yang potong. Takkan anak pun nak fesyen cam tu hahahha. Kalau rambut kembang cam saya ok le. Tapi rambut adik nipis sikit memang tak cun jadinya. So saya minta dia potong boy cut gak tapi yang adik belah depan panjang sikit. Hasilnya Mr Hb suka (tu yang penting) dan adik dah nampak lasak lebih pulak. Isk isk isk....


Kami bertolak balik jam 3.15 petang. Tapi dalam perjalanan singgah jab kat Mydin RTC Gopeng yang baru bukak tu. Rehat jab sambil usha produk 2 Puteri kat sana. Alhamdulillah walaupun baru ramai orang. Yang penting produk kami laku hihihi. Syukur sangat. Harap-harap berterusan le hendaknya.... Aaamiin.


Kat situ sekarang sedang berlangsung Karnival 'Produk Malaysia Citarasa Kita' anjuran KPDNKK. Tapi sayangnya sambutan kurang menggalakkan. Entah mungkin sebab lokasi atau lain entah le. Tapi kedudukannya bersebelah tempat makan Agromall tu tapi dibahagiakan dengan MyMart ditengahnya. Jadi susah sangat nak nampak orang singgah. Kalau ada pun sikit sangat. Tu pun kat belah tepi dan paling hampir dengan tempat makan tu je. Kat belah lain lagi le. Tengok tu rasa sedih le jugak sebab boleh bayang kalau kitarang in their shoes.... Tu duduk situ dengan keadaan yang macam tu berapa sangat le masyuknya.  Tu hari kan saya ada cakap yang kami pun ditawarkan ruang niaga kat situ... Mungkin itu le tempatnya. Nasib baik kitarang terpaksa tolak. Kalau tak banyak gak le yang keluar dari yang masuk. Boleh nampak harapan kat mata masing-masing tapi ye la rezeki bukan tentu. Yang penting tempat gak. Location...location...


Sebagai tanda sokongan, kitarang beli le sikit oleh-oleh dari teman-teman sebidang tu. Ada gak le kek, biskut dan kopi hihihi. Boleh le. Sekarang kita tolong orang, moga-moga lepas ni ada le rezeki kitarang pulak hihihi. Tak le mengharap tapi berdoa hahah. Ada cam tu??? Booooleh la hahah.



Hari ni lepas dah mengomel ni nak kena tumpu urusan rumah pulak. Kemas apa yang patut. Cuci segala yang semak semalam. Esok nak kena mula operasi produk pula. Dah masuk lagi order dari Tesco. Hhihih balik lewat semalam. Dalam pukul 10 malam sampai terus buka computer tengok ada tak lagi order. Rakus hahahha. Tak sabar beb. Syukur Alhamdulillah masuk order lagi. Cili Boh 2 Puteri banyak gak. Dah ndak setanding dengan Char Kueyteow 2 Puteri gak tiap minggu. Bukan per, cili boh kan banyak saingannya kat Tesco Store tu. Memang tak sangka le leh dapat sambutan. Tiap minggu ada ordernya. Rasa yang otai ada 3-4 jenis. Lak tu yang baru masuk bahagian IKS lepas kitarang ada pulak satu lagi. Memang tak sangka, Alhamdulillah. Kami akan terus berusaha berikan yang terbaik dalam produk kami. Itu janji kami... Dan Insyaallah kami akan berusaha realisasikannya. Bukan takat cakap je tau...


Urusan dengan Carrefour tak selesai lagi. Harap-harap seawal bulan Januari 2013 ni kami akan mula hantar. Tak sabar rasanya. Tapi di Carrefour tak der bahagian IKS. Jadi persaingan terbuka dengan otai-otai... Tak per Insyaallah ada le rezekinya nanti hendaknya. Serah saja pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia yang tentukan semua.


Apa pun nampaknya untuk produk Char Kueyteow kami le pemula di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia. Dapat gak le angkat martabat Sos Char Kueyteow ni. Kalau tak di pasar-pasar malam dan kedai-kedai runcit je letaknya. Syukur sekarang kat hypermarket dah... Bangga le jugak sebab kami yang kecik ni jadi pemulanya.... Peshhh poshhh peshhh poshhh kembang hidung mak dikkkk. Hahahahha...

Peshh poshh peshh poshhh... Hahahha Darth Vader bernafas

Lepas ni agaknya kena cuti berblog lagi untuk beberapa hari. Sebab nak bawa check up cik computer ni. Tapi tak tahu le kot Mr Hb rajin tak kuar hihih. Almaklum la dia seharian tak tidur semalam. Kalau dapat pun lelap jab masa anak-anak potong rambut. Sian juga kat dia yang teruk bekerja... Ok lah. Kot tak sempat le kita borak lagi nanti-nanti heheh. Till then, salam semua & thanks for visiting us. Do come again later :)


Rabu, 19 Disember 2012

Aktiviti Kami Minggu Ini.... Banyak tuuuu


Assalamualaikum.....Assalamualaikum..... Ada orang kat luar tu?


Ha... Ada pun. Hihihih. Pe kabo weh? Saya Alhamdulillah sihat cuma kepenatan je lepas 2-3 hari gak le merayap seluruh KL. Hikhik.... Naik mengah mak dengan ayah mengikut kami. Nak buat macam mana redha je la kot sebab itu je yang saya tahu, berjalan dari satu tempat ke satu tempat selain dari naik pengangkutan awam yang popular, LRT hahah.


Saya ni dah lama tinggal kat KL. So rasa-rasa banyak gak lorong yang dah dilawati. Tapi dek kerana dulu (hingga sekarang) tak der kereta so memang tak tahu le tempat-tempat parking diarang. Jadinya sekarang kalau nak ke mana-mana dengan keluarga memang jalan kaki le hahahha. Tak per senaman tak gituew? Hahahh.


Tak-tak pernah nak bersenam tetiba kena kerja keras berjalan sana sini memang memenatkan. Tu yang balik semalam tak sempat nak bercerita. Sakit betis woooo hahahah.


Anak bising nak naik bas tapi dek kerana kesilapan saya terlupa Lebuh Ampang kat mana terpaksa le jalan kaki pulak ke LRT untuk ke Masjid India. Pusat lawatan terkenal untuk orang kampung macam saya! Boleh lupa you... Hihihih. Appala. Nak tunggu lagi bukan senang. Lama-lama sekali. Mau hangit kat bas stop tu. Nak pulak lepas tu kami nak gi KLCC lagi le jangan hahah. Hangit kang naya je hahah. Pergi Masjid India pun bukannya beli apa cuma jejalan. Anak-anak dare ni je la sambar sorang satu mainan.


Mak dah mengah semacam dah. Nak buat cam ner umur pun dah nak masuk 70 tahun, kena lak dera dengan saya memang mencungap le jawabnya. Bila ditanya boleh tak, dia kata ok. Kita pun ok le hihihi. Tapi tak per sekurang-kurangnya dia tahu cara anak menantu dia ni kala berhibur. Dalam berseronok ada kepayahannya. Tu pun sib baik tak bawa ke Petaling Street pulak sebab dah tengok teruk sangat dah hihihi.


Pergi KLCC pun bukannya beli apa pun. Tak mampu akak dikkkk. Tapi saya pun bukan suka sangat beli barang ni kecuali untuk Mr Hb dan anak-anak. Tanya gak kat Mr Hb kot nak baju ker sebab dia selalu kerja luar dan jumpa orang sini sana. Tapi katanya tak ndak so jejalan je la. Ayah pun mulanya nak sambar sehelai dua seluar tapi mak tak kasi green light. Batal le hasratnya hahahha. Sabo je la.


Memang pancet le kami 2-3 hari tu. Dah le sebelum tu pun dah dipenuhi aktiviti berjalan sehari suntuk. Dengan hujan lagi. Nasibbbb nasib hahaha. Alhamdulillah anak tak demam. Lega le sikit sebab diarang kena hujan sepanjang kami berjalan tu.


Tahniah buat kakak, Tijawati Abu Bakar sebab dah dapat Ijazahnya. Fuhh dah anak 3 pun sempat belajar lagi. Saya ni agak-agak ada ke peluang ikut jejak langkah ni hahah. Otak saya bukan jenis membaca punya orang. Payah le sikit bila ada Dyslexia ni. Tu pun dah tua baru tahu ada. Kot tak sampai mati le dok pikir apa masalah yang teruk sangat masa belajar dulu. Ingatkan otak ni tumpul bebeno tapi rupanya masalah yang tak disedari ni yang mengganggu. Saya orang kampung memang tak tahu langsung hal-hal ni. Sampai le Afif tunjuk tanda-tandanya. Baru sedar. Tu pun masa tengok cita apa tah yang Amir Khan berlakon jadi cikgu yang bantu budak Dyslexia yang dikatakan bodoh tu. Insyaallah lepas ni tahu le camner nak handle Afif untuk masa depan dia.


Lepas tengok cita tu terus cari kat internet berkenaan Dyslexia ni dan cara nak handle kekurangan yang tak menonjol ni. Insyaallah...




Ok lah... Nak stop dulu. Mr Hb dah balik. Nak kena siapkan stok Sos Char Kueyteow 2 Puteri pulak untuk dihantar ke Tesco dan Mydin Hypermarket Subang Jaya esok. Semalam balik terus masak stok. Memang letih tapi tanggung jawab. Kitarang tak suka simpan stok siap lama-lama kat kilang. Suka rasanya kalau sahabat beli yang masih baru. Kalau ada pun takat sekotak standby kot apa-apa masalah timbul macam pekedai tetiba minta ker apa. Tu je.


Nampaknya disebabkan nak kena ke Subang Jaya, saya tak dapat le nak berblog esok. Saya kena ada untuk tunjuk jalan. Dah saya pergi, anak-anak pun kena usung sama le sebab nak tinggal kat sapa lagiu. Heheheh tidur dalam van le lagi. Sib baik diarang faham, Alhamdulillah. Upahnya main kat Mydin nanti hahahah. Insyaallah jumpa lagi lepas kami balik dari menghantar produk. So doakan kami kay...(:

Keletihan....

Sabtu, 15 Disember 2012

Mydin Wholesale Hypermarket MITC Melaka dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Khamis lepas, 13 Disember 2012 kami selamat menghantar produk ke Mydin MITC Melaka. Syukur Alhamdulillah perjalanan selama hampir 23 jam pergi balik selamat akhirnya.


23 jam??? Memang lama. Sian kat Mr Hb yang keletihan. Nak buat macam mana dah van terlalu uzur jadi tak boleh pandu laju-laju. Jadinya banyak lori yang potong dia bukannya dia potong lori hahaha. Tak pe la asalkan selamat sudah yer tak??? Ada rezeki nanti dapatlah hendaknya van baru yang elok sikit. Memang kesian tapi itu lah sumber rezeki kami sekeluarga jadi kena le tempuh walau payah.


Sebelum ke Melaka, Mr Hb singgah sebentar ke Tesco Store untuk menghantar produk. Alhamdulillah untuk Tesco Store memang setiap minggu penghantaran dibuat kerana tempahan yang masuk syukur tiap minggu ada. Minggu depan pun nampaknya kena pergi juga untuk hantar stok. Alhamdulillah itu lah rezeki Allah bagi. Syukur.


Ada gak yang terperanjat tengok van kami ni. Heheh berani kau???? Yea la nak buat macam mana, tu je yang kami mampu setakat ini hahaha. Modal dah habis keluar untuk produk dikkkk. Janji kami cuba berikan yang terbaik pada produk kami cukuplah. Buruk pun buruk la tapi besar jasanya hahahah.


Kesian pulak bila pikir. Yer la dua tiga minggu ni perjalanan Mr Hb memang meletihkan. Esok dah nak kena ke Kuala Lumpur bawa ayahanda Abu Bakar dan bonda tercinta, Asma Jaafar. Kakak, Tijawati Abu Bakar akan terima ijazah di PWTC jadi kena le hadirkan. Kami sekeluarga turut serta. Dapat juga bawa anak-anak berjalan semperna cuti sekolah ni. Hihihi sambil menyelam minum air.


Kebetulan pula Isninnya kami kena ke Carrefour semula untuk tandatangan agreement dengan pihak gudang pula. Alhamdulillah, Allah bagi masa yang dekat-dekat so dapat le Mr Hb rehat jab kat KL nanti. Kalau tak pergi balik, pergi balik letih. Kesian sungguh. Insyaallahs aya pun akan aaaikut serta dalam meeting nanti. Dapat gak experiance. Hihih selama ni Mr Hb yang bersusah payah pergi sana sini untuk berbincang.


Jadinya mungkin dalam 2-3 hari gak le tak dapat update blog ni. Tapi entah le kot boleh bawa cik computer ni. Kang Mr Hb kata ngengada pulak hihih. Macam le biz nala punya beso hahahah. Sabo je la. Wokay doakan perjalanan kami pergi balik yer.


Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di Mydin MITC Melaka dan yang berdekatan dengan korang. Tq tq tq....


Crepe yang Famous... Selain Durian Crepe


Hari ni nak sambung entri yang pasal Durian Crepe yang saya kirim dulu. Tu hari saya kongsi resepinya kat sini. Memang enak dan tak rugi buat. Isk kalau tak hingat pada badan yang semakin montel ni harus akan ada stoknya kat rumah ni. Tambah pulak bila lebihan fresh cream berlambak lagi kat dalam frezer tu. Rasanya satu kotak tu boleh buat 12 kali adunan crepe la. Kot berniaga memang tak rugi. Mudah dan untung hihihi. Tu le pasal ramai yang berniaga kot....


Saya tak sempat dah nak buat berniaga kecil-kecilan dah. Nak tumpu penuh pada perniagaan produk 2 Puteri  ni. Dulu rajin gak buat cabang biz 2 Puteri Home Made Bakeries tapi dek kerana kebizian yang amat terpaksa ketepikan seketika. Harap-harap lepas ni dapat le buat balik. Syok oo kalau ada tempahan. Rasa macam best sangat. Tapi bila dah stop ni pun kadang kala ada yang call tanya rasa sian pulak. Yer la terpaksa hampakan hajat orang kan. Orang call tanda dah suka kat apa yang kita buat. Tapi kita pulak dah tak der kakitangan memang kena lupakan le sekejap. Ehhh kakitangan tu ada dikkk tapi staf you. Ai tak mampu nak bagi gaji orang lagi dalam arena bakery nih.


Ok la... Back tu our main subject. Kat sini sebenarnya saya nak sambung pasal filling-filling lain yang boleh kita gantikan cik durian tu. So kalau tak musim boleh le kita teruskan mengcrepe ni. Hahah kalau musim pun dok makan Durian Crepe je tak ke muak jadinya hahah. Sesekali nak gak le buat lain-lain perisa yer tak.


Resepinya saya sambung dari perkongsian sis Siti Hafizah. Kan saya dah kata sis sorang ni tak kedekut ilmu. So boleh le kita pelbagaikan hasilan Crepe kita kan. Tq sesangat kat dia yang sudi berkongsi pada kita resepi ni...



Strawberry and Custard Cream Crepe

By: Siti Hafizah
Gambar: Cendanakasih

Bahan-bahan
  • Fresh Strawberry - cincang
  • Icing sugar -  tabur kat strawberry tu
  • 50g instant Custard Powder
  • 100ml fresh milk - yang sejuk dari peti ais yer

Caranya
1. Combine custard powder dengan fresh milk dan gaul sebati.

2. Masukkan fresh strawberry yang dicincang tadi. Gaul lagi. Kalau pekat sangat boleh campur sedikit fesh milk lagi.

** Kalau tak nak guna Cream Custard pun tak per. Just slice-slicekan je buah Strawberrynya



Sweet Corn Custard Cream Crepe

By: Siti Hafizah
Gambar: dewattiesdelight

Bahan-bahan
  • Sweet corn - yang kat dalam tin tu. Cincang dulu tau
  • 50g instant Custard Powder
  • 100ml fresh milk - yang sejuk dari peti ais yer

Caranya
1. Combine custard powder dengan fresh milk dan gaul sebati.

2. Masukkan sweet corn yang dicincang tadi. Gaul lagi. Kalau pekat sangat boleh campur sedikit air dari tin jagung manis tu.



Selain tu boleh gak try buat macam ni untuk Filling Custardnya yang saya ambil kat laman sahabat blogger, Wattie tu.


FILLING CUSTARD for crepe

By: dewattiesdelight
Gambar: Sabngomel

Bahan-bahan
  • 200 gm susu segar 
  • 2 kuning telur 
  • 30 gm gula halus 
** Kacau atas double boiler hingga pekat.
  • 250 gm whipping non dairy ~ putar kental
Caranya
1. Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik
2. Jadikan inti dalam kulit crepe yang dibuat tadi.
** Inti tu boleh juga digantikan dengan mangga, jagung krim dalam tin atau lain-lain buah segar atau inti filling



Dah siap melipat macam buat Durian Crepe tu simpan dulu dalam peti sejuk beberapa jam. Sedappp. Cubalah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...