Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 12 Disember 2012

Mydin RTC Gopeng... Yang Sebenarnya...


Tadi dah pergi mengahantar stok untuk kali ke dua ke Mydin Hypermarket RTC Gopeng nun. Alhamdulillah cepat je selesai semua urusan. Itu yang sempat mengupdate cerita kat sini sekarang.


Tu hari timbul tanda tanya kat kepala otak saya sama ada Mydin Hypermarket RTC Gopeng tu bukak tak lagi. Almaklumlah masa hantar stok hujung bulan 11 tu hari tengok masih banyak yang tak siap kat bangunan yang diarang renovate tu. Pelik gak sebab kalau awal bulan Disember diarang buka memang pantas sangat la kerja-kerja renovation diarang dapat siapkan. Hebat tu...


Tadi masa pergi hantar tengok situasi tak le siap lagi sepenuhnya. Hihih silap da... Bila tanya rupanya hari Sabtu ni perasmian pembukaan. Oooo tak le lama lagi. Tapi apsal diarang tambah order? Isk itu yang saya tak sangaa. Pikir gak tapi tak pe la, ucapkan Alhamdulillah sudah. Mungkin itu rezeki dari Allah Taala kan... Harap-harap jualan kat sini pantas le macam cawangan yang lain tu. Lagi pantas lagiiii baik. Yer dak? Hahahha. Dah namanya peniaga, memang selalu nak lebih hahah. Tapi apa pun berserah dan berdoa je kepada Allah, kami dah berusaha sebaik-baiknya. Moga-moga dia bagi yang terbaik juga pada kami. Aaamiin.


Insyaallah nanti kot ada rezeki nak try pujuk Mr Hb gi perasmian kat Mydin RTC Gopeng tu. Kot dia nak le sebab hari Ahad nak kena bawa ayahanda tercenta, Abu Bakar Daud ke Kuala Lumpur. Kakak dapat ijazah hari tu. Mr Hb pulak kemungkinan letih sebab balik dari menghantar order ke Tesco dan Mydin MITC Melaka. Tah le doa je le kot ada rezeki pergi ke perasmian tu.

Masa perasmian Mydin Hypermarket Manjoi... cik ayubarbydol yang pergi saya tak hihih

Dengar kata seminggu gak le akan ada karnival promosi produk. Alhamdulillah kitarang terpilih untuk promosi tapi terpaksa tolak sebab seminggu, lama sangat pulak. Banyak masalah nak duduk sana selama tu. Lagi pun short notice sangat. Baru je tahu kelmarin. Mana le sempat nak siapkan produk untuk promosi nanti. Kitarang mana le cukup kakitangan so rasanya tak dapat le turut serta. Ada le pekerja tapi mokcik-mokcik payah le nak tinggal pokcik lelama hihihi. Kalau saya atau Mr Hb lagi payah sebab sapa nak buat kerja-kerja memasak dan yang lain-lain. Nak menghantar produk lagi. Tenaga kerja kat sini memang cukup-cukup je dan fully used. Tak der peluang nak relek-relek.


Lagi pun nak turut serta kena bayar sewa bagai. Mak mana le mampu sebab mak sekarang tengah berdikit-dikit nak beli van baru dan nak buat iklan promosi. Van yang ada ni uzur le sesangatnya. Tapi yang ni le juga Mr Hb nak bawa sampai ke Melaka nanti. Dah le tiap minggu ke Tesco. Risau bukan tak risau tapi itu le nasib semua kena servive sendiri. Nak minta bantuan mana lagi pun tak tahu dah. Bukan orang nak layan pun. Ada yang buat derk, ada yang kata saya tak layak. Antar borang, profile dan produk bagai tapi senyapppp je. Tapi depan puji bagai yang kita le yang terbaik dan terlengkap semua. Sedih sungguh. Minta bantuan pulak ada yang kata tak layak sebab pencapaian dan tinggi. Tinggi macam mana entah le. Tapi kalau kami tak berusaha mana le nak dapat sampai tahap macam ni. Kami betul-betul berusaha keras untuk ada ditahap ini. Bergolok bergadai untuk berjaya. Camner kata kami tak layak??? Tinggal van buruk je sekarang nak ke mana-mana. Itu yang bila orang kutuk saya sombong saya hangin cepat sikit. Macam ni ke gaya orang sombong??? Entah le. Hihih isk... Yang tu dah lepas biar lah tapi please darling semua, next time jangan le bersangka buruk kat saya. Saya nak happy and tenang tanpa ada yang menyampah kat saya. Dah le bab kerja kena gila-gila berusaha, bab lain biar le relex sikit yer tak???

Karnival produk kat MITC Melaka. Akak tak mampu nak joint dikkkk. Tak de rezeki lagi huhu

Nak buat pinjaman bank pun susah sebab saya ni record bersih, tak pernah berhutang dan tak der card credit. Rumah pun tak mampu beli lagi dikkk. Naya gak yer orang-orang yang berhati-hati lebih macam saya. Bangunan kilang tu pun Alhamdulillah terbina dengan duit VSS yang saya dapat dulu.


So mana nak cari lagi? Harap produk yang terjual je la nak bantu kami harung hidup. Tapi macam saya cerita dulu kitarang berniaga baik di hypermarket atau kedai-kedai biasa semuanya berkonsepkan consignment. Fahamkan consignment macam mana? Hantar dulu dah cukup masa baru dapat bayaran. Untuk hypermarket, Alhamdulillah le selagi tak rosak diarang bayar semua. Barang pun selamat kat rak. Tapi kena le jugak harung potong sana sini, diskaun sana sini hihih. Kalau kedai runcit atau mini market lagi la naya. Hantar barang... Tak laku tanggung, rosak tanggung, orang sorok/caras produk tanggung, tokey tak nak bayar/lari pun tanggung. Modal dah keluar, penghantaran dah buat, masa nak ambil... Tak dapat. So balik dengan hampa jawabnya. Tengok mata anak sayu je... Kadang tu ada gak yang melezer mulut kata kita ni pengemis le hapa. Ada yang marah sebab rasa cam kita minta duit dia pulak. Masa jual dia tak ingat. Sedih sedih...


Ada gak yang siap buat produk sendiri macam kami, hantar pun kat kedai-kedai yang kami ada. Kiranya semua kedai yang kami masuk, dia pun wajib ada. Harganya sama seperti kami, guna plastik pun sama je design je lain sebab diarang pelekat kami design kat plastik terus cuma, yang lainnya berat diarang lebih sikit. Tak banyak tapi customer tetap tengok dan tetap memberi kesan. Memang le rezeki Allah tentukan tapi jangan le sampai tahap dengki mendengki atau caras. Orang pun nak cari makan gak. Ada gak anak-anak yang nak kena besarkan. Tapi entah le... Sabar dan berdoa je agar Allah beri kekuatan dan rezeki kat kami sama..


Itu yang saya selalu cakap, nak berniaga tak mudah. Kena ada target, kuat tekad dan kesabaran yang tinggi. Tapi memang kadang kala goyah juga dengan dugaan yang ada. Bila serah semua pada Allah, kami jadi kuat balik. Mula bersemangat untuk lebih berusaha dan buktikan pada yang menghina kami sebelum ini bahawa Allah tu Maha Adil.... Kami berusaha, Insyaallah kami akan berjaya. Demi anak-anak, demi keluarga tercinta... Aaamiin.


Hihihih... Dah lajak lagi ke bab perniagaan pulak. Hihihi maafkan saya terbagi kuliah petang pulak kat korang hahaha. Mana le ada kelayakan yer dak nak bagi kuliah kat oarang tapi tak pe la sekadar perkongsian. Mungkin ada yang ditakdirkan Allah mudah dalam segala hal. Alhamdulillah, bersyukurlah. Hargainya. Tapi kami memang susah. Apa yang kami ada hasil pengorbanan yang tinggi yang harus kami lakukan untuk melancarkan perjalanan operasi syarikat. Kalau kami tak sediakan kami juga yang tanggung akibatnya. Entah la...


Hihihi... Jadi balik. Ok memang bab nak joint carnival kat Mydin RTC Gopeng tu tak der rezeki lagi kot. Kitarang terpaksa tolak. Sedih gak takut nanti tak berpeluang lagi tapi Allah lebih tahu situasi kami, moga-moga tak le tertutup atau sulit pintu rezeki kami hendaknya sebab tak dapat mengikuti apa-apa promosi. Kalau sekejap mungkin akan kami usaha atur jadual. Tapi macam saya cakap kena pikir semua faktor hihihi. Kategori Fear Factor gak la hahahha.


Ok lah, nanti janga lupa dapatkan produk 2 Puteri kat pasaran yer. Ada di Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Penang; Mydin Hypermarket Meru Raya, Manjoi dan RTC GOPENG, Perak; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Melaka. Juga tak boleh dapatkan dirangkaian Tesco Store seluruh Malaysia untuk produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Thanks :)


2 ulasan:

  1. salam..berminat berniaga dalam mydin mitc ataupun mydin jasin yg akan opening 29/march ni..bole hubungi sy di talian 016-2339052...firdaus...leasing executive mydin...tq

    BalasPadam
  2. Encik Mohd Firdaus Atoy, utk kedai & food court ker? Atau kat dalam?

    Ok buat sahabat yang nak berniaga cuba-cuba contact Encik Firdaus. Insyaallah customer ramai kat Mydin tu memang meriah dan kalau kena produk yang kita niagakan Insyaallah memang lumayan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...