Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Isnin, 10 Disember 2012
Alhamdulillah segalanya dan Kembali Normal. Syukur... Lega Rasanya.
Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Segalanya dah selesai dan kembali normal. Lega rasanya hati ini. Harap-harap perkara sebegitu tak berulang lagi hendaknya dimasa-masa akan datang. Aaamiin.
Mungkin ada yang tanya apsal. Sebenarnya tu hari saya ada tulis berkenaan sis ZZA yang nyatakan ketidakpuasan hati dia terhadap saya di sini. Terkilan gak. Saya lambat jawab bukan sebab sombong ke hapa tapi bizi sesangat. Mungkin gak terlepas pandang soalan dia. Ramai gak sahabat yang wish saya lawat blog diarang tapi maaf sesangat buat masa sekarang saya tak sempat nak sambut perlawaan tu.
Sebabnya sekarang memang tengah sibuk dengan proses kemasukkan produk 2 Puteri ke Pasaraya Carrefour dan biasalah bila hujung tahun, banyak report yang kena sediakan. Saya menulis ni pun curi-curi masa demi janji saya pada sahabat kat sini. Ini pun pihak ICT - NCIA dah bising sebab saya kurang update http://2puteri.wordpress.com. Allahu Akhbar.. Tak reti nak cakap hihihi. Yang boleh dikhabarkan MAK BIZI DIKKKKKK....hihi
Mana nak layan 2 puteri ngan ayahnya lagi hahahah. Berserabai pala otak ai youuuu. Tapi tak pe la Insyaallah akan saya usahakan juga. Dah tak mampu nak gajikan orang kena le tanggung yer tak hahahah.
Berbalik pada sis tadi, syukur Alhamdulillah dia minta maaf dulu. Saya sebenarnya tak le marah sangat cuma terasa terkilan sebab saya dah kabarkan saya bizi dan minta maaf sedari awal terlambat balas terus dikatanya saya ni sombong. Panas le mak dik. Tapi syukur dia pahan yang saya tak suka oarang bersangka buruk tentang saya. I wan pis dan cool bebeh.
Tentang apa yang dia tanya... Memang saya tak mampu nak jawab. Macam saya katakan dahulu, kami memang terukkk sangat berusaha, jadi memang berat hati nak kongsi mudah-mudah dengan sesiapa. Takat ilmu sikit-sikit Insyaallah tapi kalau dah sampai keseluruhan cara, maaf.
Jangan ada lagi yang salah sangka terhadap kami. Kami bukan sekadar nak berseronok atau berlagak sombong. Tapi macam saya kata tadi, kami orang-orang yang Allah takdirkan susah dalam segala hal, kena bertungkus lumus sendiri untuk berjaya jadi sulit sungguh kami sesuka hati nak kongsi dengan mudah apa yang kami usahakan. Kami takut periuk nasi kami dikambus lagi... Nauzubillah. Memang kalau Allah dah suratkan begitu ia mungkin akan terjadi tapi demi zuriat kami, kami kena usahakan supaya bukan tangan kami sendiri yang lakukan sedemikian.
Tanya pada diri adakah secara mudah kita nak berkongsi rahsia sedangkan kita susah mengusahakannya? Jawab sejujurnya....
Sis ZZA, thank you sebab sedar akan kesilapan sis tu. Jangan mudah berburuk sangka dengan orang. Nasib dan pendapat semua orang tak sama. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Harap-harap lepas ni kita boleh berkawan kay... :)
Peace no war!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan