Ahad, 30 Disember 2012

Sejarah & Pelancongan: Sungai Siput (U)

Salam semua. Lama dah rasanya saya tak cerita pasal keindahan negeri Perak tercinta ni kat kawan-kawan semua kan. Rasanya last saya mengomel pasal Lenggong yang terkenal dengan Perak Man. Sibuk sungguh dengan cerita-cerita lain. Dari hal business la, kesihatan sekeluarga la, bagai-bagai lagi (fuhhh bahasa, ni kalau Dewan Bahasa jumpa ni harus kena saman kauuuu hihihi). Ok hari ni saya sambung balik bab Sejarah & Pelancongan kat Perak yang permai ni.... Kali ni macam yang diwar-warkan kat tajuk tu, berkenaan Sungai Siput pulak. Banyak yang tak diketahui tentang Sungai Siput ni kecuali ianya memang cukup kamceng le dengan Datuk Seri Samy Vellu. Jom tambah pengetahuan kita....




Sungai Siput terletak di negeri Perak, Malaysia. Sungai Siput berhampiran dengan Kuala Kangsar, Salak Utara, Jalong, Kantan, Lintang dan Felda Lasah. Daerah Sungai Siput bersempadankan daerah Hulu Perak di Utaranya, Daerah Kinta di selatannya, Negeri Kelantan Darul Naim disebelah timurnya dan daerah Kuala Kangsar di sebelah baratnya. Daerah kecil Sungai Siput merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Kangsar. Keluasannya yang merangkumi 155,141 hektar adalah merupakan 61.5% daripada keseluruhan Daerah Kuala Kangsar.


Nama Sungai Siput adalah daripada sebatang anak sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid India. Pada masa dahulu sungai ini banyak dipenuhi siput tetapi sekarang sungai berkenaan telah hampir tertutup disebabkan kesan pembangunan. Sebab itu peneroka-peneroka dahulu mengenali tempat ini dengan nama Sungai Siput.


Terdapat ladang-ladang getah yang diusahakan oleh orang-orang Inggeris pada awal tahun 30an. Bangunan utama IPD (K) Sungai Siput (U) dibina dalam tahun 1938. Darurat diistiharkan 53 tahun setelah 3 peladang British ditembak mati oleh pengganas komunis di sini pada tahun 1948. Ekoran dari kejadian itu darurat diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948 dan tamat 1960. Sehingga lewat 1989, setelah komunis meletakkan perjuangan mereka Sungai Siput dan kawasan-kawasan sekitar seperti Jalong, Lintang dan Lasah adalah kawasan hitam dimana operasi-operasi pasukan keselamatan kerap diadakan. Kini Sungai Siput telah melalui pembangunan ekonomi yang pesat dan pekan Sungai Siput tidak lagi menjadi sebuah pekan yang sunyi. Terdapat kilang-kilang, ladang-ladang dan pejabat-pejabat Kerajaan yang mula menjadikan pekan Sungai Siput sebagai pekan yang agak sibuk.


Tak banyak cerita yang dapat saya berkongsi tentang Sungai Siput ni tapi kalau sebut Sungai Siput surely orang akan ingat 3 perkara iaitu

1) Kacang goreng / kacang tanah - sebab ada 2 kilang paling galmer kat sini dengan hasilan kacang untuk kudapan yang laris seluruh negara
2) Komunis - isk....
3) Datuk Seri Samy Vellu :)


Ehhhh jom le kita kita tengok antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sungai Siput ni....

1) Ladang Infoternak Sungai Siput



Antara haiwan ternakan yang ada disini adalah Rusa, Ostrich dan Kambing. Ianya semakin menunjukkan kejayaan. Ladang ini dibuka untuk lawatan dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2) Gua Kelawar berhampiran Sungai Siput


3) Kuala Mu

Kuala Mu terletak di daerah Sungai Siput. Felda Lasah merupakan pintu masuk ke penempatan orang asli yang terdiri daripada berpuluh-puluh kampung



4) Lata Gerik/Sungai Durian


5) Sungai Klah Hot Springs Park


Kalau nak tahu satu lagi yang glamer yang ada kat Sungai Siput ni adalah di sini le tempat asalnya Kacang Pagoda yang kita suka makan tu. Glamer kat peminat kacang le sebenarnya hehhe... Buat yang tak suka makan kacang tu tak le glamer kot. Tapi rasanya ramai yang suka dari yang tak suka kan heheh.






 Satu lagi kilang Kacang Mee Hiong atau glamernya Kacang Menglembu Cap Pemancing. Yang ni lagi tua rasanya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...