Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 2 Januari 2013

Bila Mula Persekolahan... Siap sedia apa yang perlu

Selamat Tahun Baru!!! Selamat Bertambah Usia.... Dan Selamat segalanya. Aaamiin.


Maaf lah yer buat semua sahabat di sini. Saya tak bersiaran sejak 2 hari lepas. Sibuk buat persiapan anak masuk sekolah. Fuhhh sebagai ibu yang baru ada anak masuk sekolah banyak rupanya yang perlu disiapkan. Kalut sungguh. Ingatkan dah siapkan semua oklah. Rupanya dalam dah siap pun banyak yang tertinggal. Pening... Pening.... Sib baik gak le ada kengkawan kat Fb yang sudi beri tunjuk ajar. Tqvm yer darling-darling sumer ;)


Saya siapkan barangan keperluan sekolah anak sedari bulan 11 dulu lagi. Baju, kasut semua kononnya dah siap le. Rupanya dalam pada tu ada gak yang tertinggal. Dah last-last minit teringat nak tanya kat kengkawan baru tahu ada lagi yang nak kena sediakan. Tu pasal yang kalut sangat tu. Baru tahu Sekolah Fardhu Ain/SRAR tu apa hihihi. Kena register lain rupanya. Ingatkan sekali daftar kat sekolah rendah dah on dah kelas KAFA tu hihi. Rupanya takkkk. Tengok... Sampai sekarang tak tahu KAFA tu sama tak dengan SRAR dan Sekolah Agama yang ajar Fardhu Ain tu hihihi.

Budget sekolah kena ambil tahu cepat. Hihihi demi anak tersayang & bekalan masa depan berapa RM pun wokay le kan

Masa daftar anak ke sekolah rendah tu hari pada 31/12/12 jam 8.00 pagi, kitarang pergi gitu je ke sekolah. Ingatkan ok le tak yah le bawak apa-apa dah sebab dah daftar tu hari. Kitarang daftar anak sejak tahun 2011 lagi sebab punya le risau kang dia tak dapat tempat di sekolah hihih. Nampak je banner kata mula pendaftaran anak tahun satu kat sekolah lain, terus kitarang serbu sekolah yang nak kitarang tempatkan anak. Tu yang terawal tu. Lepas tu dalam tahun 2012, dapat surat untuk sahkan pendaftaran. Kitarang dapat lewat surat tu. Kalau tak salah bulan 7 tapi surat tu lewat kami terima. Rasanya pun orang letakkan sebab tak bersampul atau berstapler. Punya le risau sebab dah lewat. Kang dicancel pulak naya. Sib baik ok.


Dah dekat nak bukak sekolah ni kitarang mulanya tak dapat apa-apa surat atau tak lihat pun apa-apa banner cakap pendaftaran dan ambil buku teks bila. Itu yang mula buatkan saya bertanya pada rakan-rakan Fb. Mungkin sebab kitarang ni kampung hulu bendul tu pasal sekolah tak le siapkan banner announce. Sib baik atas tunjuk ajar rakan-rakan Fb, Mr Hb bertanya kat pihak sekolah. Tapi dapat jumpa guard je hihi sebab cikgu tak der pun. Alhamdulillah, sib baik. Dapat le surat beritahu berapa kena bayar untuk beli buku latihan bagai. So senang le sikit nak bawa budget.


Masa daftar sib baik ada sahabat yang pesan pakai siap-siap baju sekolah walau 31/12/12 tu tak bukak sekolah lagi. Kitarang yang pergi melenggang ni jadi kelam-kabut balik sebab baru dapat tahu kena siapkan semula segala salinan IC, salinan sijil kelahiran anak, gambar, photocopy suntikan pelalian yang anak ambil dan salinan bil api/air rumah. Sib baik datangnya sekeluarga, so Mr Hb balik ambil. Semua tu saya dah simpan satu tempat so tak le kelam-kabut. Berguna gak yer hihihi.

Lebih kurang camni le sessi daftar tu. Tapi dek kerana kitarang ni tak ramai sebab kampung, satu je le tempat daftarnya

Dah siap pendaftaran, anak diperlukan mengambil ujian pertama mereka. Tujuan ujian ni untuk tentukan kelas mereka kemudian. So cikgu-cikgu akan asingkan murid-murid ikut pencapaian mereka. Bagus gak cara ni. Tak le yang lemah masuk setempat dengan yang pantas yang akan buatkan mereka tercicir lebih lagi nanti. Teringat saya dulu-dulu. Mana le ada test bagai macam ni. Fuhhh zaman semakin berubah dan semakin baik. Bagus yang ni patut dipuji.


Mula tu risau gak saya dengan pencapaian Afif. Bukan per, kat rumah payah sangat nak tengok dia baca buku. Puas berleter. Lagipun dia ada dyslexia jadi akan ada nombor atau huruf yang terbalik. Dua puluh (20) akan jadi 02. Tu yang risau sangat. Tapi saya yakin dia boleh buat. Kami pesan berkali-kali supaya dia tak gopoh dan hati-hati.


Balik dari daftar anak tu, terus beli baju untuk sekolah agamanya pulak. Dia ke sekolah kebangsaan saya pakaikan skirt sebab biar la dia merasa. Awal lagi untuk paksa dan wajibkan dia pakai baju kurung bertudung. Pada pendapat saya biarlah. Masa ni tak wajib lagi untuk dia. Nanti bila sampai masanya jangan buka lagi. Itu yang selalu saya pesan pada dia. Mungkin ibu bapa lain lagi suka ajar sedari awal tapi tidak pada saya. Lain orang lain pandangannya kan... Lagi pun risau gak kang jadi macam saya, pakai tudung kerana cikgu suruh. Dah rasa terpaksa. Tapi ada kesempatan tudung terbang hihihi. So lagi baik biar dia bersedia dulu. Atas kerelaannya. Tapi Insyaallah bila sampai masanya saya lebih suka dia tutup auratnya tu. No more free hair.


Tadi masa hantar dia untuk mulakan sekolah kitarang pergi sekeluarga. Afif bertanya gak apsal kena hantar semua oarang. Hihihi payah kalau dah suka pergi sekolah ni. Ta takut langsung. Ibu nak gak ikut, nak tahu kelas mana dan siapa cikgunya. Alhamdulillah bila tengok namanya ada kat kelas 1 Arif terasa lega sangat. Kalau zaman saya dulu divide kelas A dan B. Jadi kelas Arif sama dengan kelas A le. Lega.... Sekurang-kurangnya dia bersaing dengan orang yang pandai, dia akan turut pandai. Bak kata orang nak berkawan pilih ustaz kalau nak jadi baik kan... Tak le bermakna kelas lain tu tak pandai tapi yang ini mungkin lebih pantas. Jadi doanya kalau macam tu tak le dia main-main lagi. Biar dia tahu susah senang nak berjaya.


Buat sahabat yang akan punya anak yang nak masuk tahun satu may be next year atau another year... Hopefully this check list will help you...

1. Daftar anak seawal 2 tahun sebelum dia betul-betul kena masuk tahun 1. Maknanya... Kalau macam saya anak darjah 1 tahun 2013, daftar tahun 2011. Insyaallah ni untuk tentukan nama diarang ada di sekolah tu. Kang tak pepasal kena sekolah jauh dari rumah. Make sure bawa bersama:

    a. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    b. Salinan surat kelahiran anak yang nak diregister tu
    c. Salinan bil api/air rumah yang kita duduk
    d. Gambar anak saiz kad pengenalan 2 keping - yang ni tak sure ikut tempat le. Tapi kalau takut nak kena repeat baik tak yah yer tak. Kang nak kena bagi lagi cam kitarang hihihi.

2. Tahun berikutnya make sure ada surat confirmation dari pihak Jabatan Pelajaran atau sekolah. Yang ni rasanya antara bulan 4 hingga bulan 7 akan terima. Tak sure sangat sebab kitarang dapat lewat. Dah habis tarikh baru dapat. Sib baik kampung so masih ada le lagi tempatnya.

3. Last sekali masa penghujung cuti sekolah. Masa ni agak-agak dalam seminggu lagi nak start sekolah sila le jengok ke sekolah yang kita nak tempatkan anak. Ambil butiran buku latihan dan apa yang perlu dibeli, bila tarikhnya dan bila kena bawa anak untuk pendaftaran.


Masa hari pendaftaran yang sebetulnya pun perlu buat persediaan yer. Jangan pulak jadi kitarang melenggang kangkung je hahaah. Ingatkan dah daftar dulu tak payah dah rupanya idak hihihi. Kena gak bawa segala bagai untuk daftar sekali lagi. Yang ni daftar sahkan tempat. Tu hari daftar booking. Gitu la kot pada pendapat saya hihihi.


Ok untuk daftar persekolahan pulak ini yang perlu ada.... Make sure sehari sebelum pergi daftar anak sediakan kay...

a. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
b. Salinan surat kelahiran anak yang nak diregister tu
c. Salinan bil api/air rumah yang kita duduk
d. Gambar anak saiz kad pengenalan 3 keping


Ok... Langkah yang perlu diambil hari pendaftaran. Yang ni kena tahu sebab ada sekolah smooth tapi ada gak yang kena pandai sendiri. Jadi bersedia yer

1. Pergi beli buku tulis dan seangkatan dengannya kat koperasi sekolah. Dalam butiran yang kita minta seminggu sebelum mula nak buka sekolah Insyaallah ada. Lencana.... Ikut baju. Kalau 3 pasang beli le 3 yer sebab nak kena jahit kat baju/tudung nanti.

2. Register anak. Masa ni serahkan kad laporan peribadi anak yang ada dalam buku tulis yang kita beli tadi. Tengok le fail warna merah, hijau atau lelain. Bagi dengan segala photocopy yang saya cakap tadi. Make sure nama yer. Betulkan ejaan dan bin/bintinya juga segala butiran kalau ada yang salah.

3. Lepas registertunggu kalau cikgu suruh bawa anak ke kelas untuk duduki test. Lepas pesan apa yang patut biarkan diarang buat sendiri test tu. Cakap le kita tunggu kat canteen ke mana. Kang dia cari naya lak hihihi. Dalam waktu ni dada ibu ayah yang dup dap lebih sebab test pertama anak tentukan diarang tahap mana. boleh ke booooooo leh la... Hihihi jangan mare contoh tuuuu hihihi.

4. Terus tengok buku teks kalau ada. Jangan tangguh sebab murid mungkin ramai takut kang melepas pulak. Saya nasib baik... Yang terakhir dapat. Kalau lambat melepas. Fuhhh kot tak naya.



Hari pertama persekolahan adalah detik yang mendebarkan buat ibu bapa. Anak-anak tengok ah. Ada yang cool. Ada yang lain macam sikit heheh. Tapi saya pasti ramai yang cool kan. Dah biasa tadika dulu yer tak? Sampai ke sekolah paling lewat 7.30 pagi. Ada assembly. Kalau dapat lagi awal lagi baik sebab leh tengok keputusan test tu.. Alah keputusanya bukan berapa peratus tapi kelas mana lepas ni anak akan ditempatkan. Tu je hahaha. Jangan lak tanya berapa peratus. Tak dernya. Bersyukur kalau anak dapat masuk kelas cemerlang. Tapi kalau pun masuk kelas kedua pun ok le sebab first test. Tak semua orang leh hadapinya yer tak. Kita pun yang masuk exam berkali-kali kalau masuk lagi maunya dup dap dada. Tu jugak anak-anak hihih.


Ok lah... Petang pulak jangan lupa hantar sekolah agama pulak. Yang ni tak wajib tapi seeloknya le yer dak. Bab tu nanti saya sambung cerita sebab saya pun sebenarnya terlewat daftar hihihi. Tapi Insyaallah akan ada tempatnya. Sahabat saya cakap not to worry. So tu yang tak worry sangat hahahah. Kang pukul 3.00 saya kena hantar sebab kelasnya bermula pukul 3 petang. Nak bawa apa nanti saya cerita yer. Nak bersiap dah untuk jemput diarang. Hari pertama anak balik kul 12.30 tapi nak kena jemput adik dulu dari tadika.


Harap-harap perkongsian saya ni leh le bantu sedikit sebanyak sahabat semua yang masih belum berpengalaman. Huh kalau tak tahu teruk gak. So jangan jadi cam kitarang terhegeh-hegeh hihihi. Tu pun sib baik ada yang sudi tolong gak. Kot tak lagi le naya.... So good luck le nanti hihihi.

Dengar ni ha mak cik nak pesan.....

To anak-anak yang bersekolah, time to start all over again. Belajar rajin-rajin yer. Insyaallah masa belajar ni belajar betul-betul. Apa yang korang peroleh sekarang, korang akan kecap masa kerja sok. Jangan jadi macam akak dikkkk, dulu tak pandai tu yang sekarang kena kerja keras untuk hidup. Lagi satu jangan ikut kawan-kawan. Kenali potensi dan kelemahan diri dulu. Mungkin ada kelemahan atau kekurangan dan mungkin ada kelebihannya yang kita belum sedar. Macam saya, dulu ingat orang study sampai 2-3 pagi hebat kena ikut. Last-last tak... Saya tak leh belajar macam tu sebab ada dyslexia so itu masalah yang buat saya belajar teruk tapi tak faham-faham. Tu punca saya terkandas... Just to let you know mungkin bukan tak bijak tapi ada masalah. Cuba fikir dan teliti untuk masa depan jugak kay...


Good luck ya!!!

1 ulasan:

  1. bad...sorry.I just drop up my comment.Be honest to say this...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...