Hari ni saya nak story pasal cuka yang sering kita guna dalam masakan tu. Selain sebagai satu lagi rencah dalam hidangan seperti acar, jeruk dan sebagainya cuka juga boleh digunakan dalam mencuci segalanya dalam rumah kita. Kalau dibuat campuran dengan lain-lain bahan seperti garam, ianya merupakan bahan pencuci terbaik dan selamat.
Cuka boleh bertahan lama kerana bersifat asid semulajadi. Jadi kalau beli setong besar tu jangan risau le rosak ke apa sebab tempoh hayatnya panjanggggg. Kalau ada perubahan warna ke apa jangan risau sebab ianya bersifat estetik dan boleh guna tanpa was-was hihihi. Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan yang mesra alam dan sangat menjimatkan.
Petua yang saya ingin kongsikan kali ini
walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih (white distilled vinegar) boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah. Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria, kuman, gris dan minyak.
Berikut
adalah petua-petuanya:-
1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.
2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan
cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave.
Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama
beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan
bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Mersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’
Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih
cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama
sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.
14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan
beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika
perlu.
15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau
renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan
kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan
di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
16. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
19. Untuk menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan
air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di
sekitar bilik air.
20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet
Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya
untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’
karpet tersebut pada keesokkan harinya.
(Nota: Sentiasa lakukan
percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum
menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).
21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.)
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam
Campurkan
sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing
di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking
soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang
sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa
dan pewter tersebut.
24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas
aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih.
Kesan tompokan hitam akan tanggal.
25. Menghindarkan semut
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
26. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Wahh byk info. Blh sy sharing?
BalasPadamsangat menarik mohon share di laman blog saya
BalasPadamTip no 20 tu..
BalasPadamNk tanya..campuran tu bleh mlunturkan warna fabrik ke?