Rabu, 9 Januari 2013

Koleksi Cerita Lawak: Lesen


Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway. Mereka di tahan polis. Ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.

Polis: Puan...Puan tahukah... Bahawe Puan memandu melebihi had kelajuan.

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.

Isteri: Bang.... Polis tu cakap ape?

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri. Isterinya mengalami kekurangan pendengaran. Maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.

Suami: Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!

Polis: Puan mintak lesen memandu.

Si isteri sekali lagi memandang suaminya.

Isteri:Dia kata ape bang.

Sekali lagi si suami menjerit.

Suami: DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut.Lalu polis itu berkata.

Polis: Oooo.. Kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama tempat sebenar]. Saya dulu-dulu mase mude-mude dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yang penah saye nampak.

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.

Isteri: Apebende die kate bang.

Dan si suami menjerit berkata.

Suami: DIA KENAL KAMU!!!!


Sumber: lawaktoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...