Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 9 Januari 2013

Yey... Dah kurang 2.4kg dalam masa 16 hari. Ok le tuuuu


Alhamdulillah... Baru-baru ni saya ada cerita yang saya ambil satu produk untuk turunkan berat badan. Mulanya tak berminat pun tapi bile tengok hasilnya pada ramai orang juga pada sis Natasha yang cerita pasal produk ni terus rasa teringin nak cuba. Bukan sekadar satu tapi ramai. Kat blog-blog dan banyak medium lagi yang katakan yang berhasil.


Saya start ambil produk ni sebelah malam pada 24 Disember 2012 tu hari. Siangnya dah makan macam-macam hihih. Kira jamuan akhir sebelum nak start diet hahah. Lepas tu saya makan seperti yang disarankan. Sebenarnya tak le sangat sebab 3 hari pertama tu saya ambil satu scoop je untuk 1 kali makan sedangkan saranannya 2 scoop. Memang salah le tapi dek kerana rasa mahal tu yang saya main tipu sikit hihihi. Tapi lepas timbangan pada hari ke empat tengok berlaku penurunan 900g, terasa le pulak. Kalau makan macam yang disarankan harus kurang lagi kan heheh. Agak saya je la...


Sejak tu saya start makan 2 scoop untuk setiap kali hidangan. Boleh le. Kalau result ok Insyaallah semangat le sikit nak buat aktiviti lain bagi keluar peluh dan mungkin akan turun lagi banyak nanti. Saya ni sebenarnya dah merajuk nak excersice sebab tak de result pun dulu. So rasanya kalau berat nampak turun, mungkin semangat akan datang balik may be. Insyaallah. Tapi sekarang dah mula rajin balik nak berkebun you... Haa... Kan ke tu perkembangan yang baik.


Masuk hari ni dah 16 hari saya ambil produk ni. Tapi kadang-kadang ada gak time saya skip. Biasanya masa malam kalau perut dah terasa kenyang. Selalunya saya ambil produk ni pagi dan malam. Tapi kadang-kadang kalau ada aktiviti kat luar pagi, saya ambil tengah hari dan malam. Tapi dek kerana saya ni mudah terasa kenyang, jadi kalau ambil tengah hari saya tak ambil malam sebab masih terasa kenyang. Ganti dengan minum air suam je banyak-banyak. Memang tak betul tapi dah tak rasa lapar terasa rugi pulak. Mungkin salah tapi Insyaallah lepas ni kena buat betul-betul... Tak nak main-main dah sebab.......


Hhihiihi nak bagi suspen sikit. SEBAB....


Sebabnya... Tadi timbang dalam pukul 10.30 pagi lepas makan sepinggan nasi lemak bersama telur mata dan segelas kopi o gelas, berat saya turun jadi 72.1kg. Ni kalau timbang masa perut kosong harus kurang lagi kan kan hihihi. Syukurrr sangat. Pengurangan 2.4kg. Wah.. Berita baik untuk orang yang macam saya yang susah nak turun berat badan ni...


Paling penting dah makin nak dapat potongan badan yang kecik sikit. Dah boleh pakai t-shirt baju saiz L yang dijual kat Tesco yang kaler-kaler merah, oren terang tu tanpa ada kelihatan spare part kat tepi-tepi hihihi. Alah t-shirt murah yang reganya RM8.00 tu.... Tadi tengok kat Tesco offer, beli 2 cuma RM14.00 je. Kurang RM2.00 le. Hahaha. Ni cita ni nak bagi korang badget saiz mana baju tu yang saya kata dah boleh pakai hihihi. Akak pakai t-shirt murah je kat umah dikkkk. Janji bergaya ala-ala mahal heheheh. Bukan orang tahu kalau tak cita kat sini yer tak???


Kalau tali pinggang pun dah boleh tarik sampai hujung lubang yang ditambah le. Dulu tambah lubang kat tali pinggang masa kurus lepas dapat Afif, si sulung. Lepas tu main banyak lubang yang tak leh masuk. Tapi sekarang dah balik ke asal lubang last tu dah hihihi. Kiranya dah kurang dari saiz 34 dah. Insyaallah nanti-nanti saya check dan update kat sini.


Muka pun dah reshape balik. Yang ni Mr Hb le yang tegur. Dah tak mulat sangat dah. Nampak le kebujurannya balik hihihi. Lega den dengo weh....


Nak tahu produk apa? Insyaallah nanti saya cerita. Sekarang ni biar saya cuba dulu. Kalau tak berjaya tak le kena semak balik segala entri sebab tak nak le sebarkan apa-apa yang tak betul kat sini. Tapi kalau berjaya akan saya ceritakan Insyaallah.


Insyaallah lepas ni akan saya jaga lagi pemakanan dengan betul. Walau kadang-kala ada gak le ambik makanan yang tak sesuai untuk nak kurus seperti yang bergoreng tapi tu le yang tu tak leh nak elak sebab diet kita dah macam tu kan. Banyak yang bergoreng dari yang berebus so macam mana nak pilih? Susah. Lagipun kalau masak sendiri, jenis bergoreng rasa lagi mudah berbanding masak kukus atau rebus atau bakar. Entah kenapa tapi tu le. Mungkin dari dulu diajar macam tu jadi memang rasa sulit sangat nak ubah. Huhu....


Saya ni pun sebenarnya susah sangat nak berpeluh. Jadi kalau excersice ke berkebun ke memang tak berpeluh langsung. Tapi sejak ambil produk ni peluh sakan beb. Sapu sampah keliling rumah pun dah mencerau peluh keluar. Lepas iron baju atau masak pun harus kena mandi sebab berpeluh. Yang saya mandi kan per, disebabkan susah nak berpoluh dulu, terasa geli pulak bila tetiba peluh mula start keluar hihi. Tapi nampak le perubahannya. Bermula dari situ, saya mula nak berkebun balik sebab terasa syok pula berpeluh ni. Terasa sihat badan lepas keluar peluh. Insyaallah lepas ni akan bergerak untuk excersice pulak... Insyaallah. Baru semangat sebab nampak le sikit hasil dah buat aktiviti. Kalau dulu, excersice le berjam-jam pun tak de maunya keluar peluh. Takat gitu-gitu je. Memang tak best langsung. Sekarang baru tahu nikmat bila berpeluh. Baru semangat ada mari hhihihi.


Paling kurus saya pernah rasa dalam hidup ni 53-54kg. Masa tengah darurat sangat lepas belajar dulu hihihi. Tak dapat kerja lagi masa tu. Tinggal pulak dengan sahabat kat KL so memang makan maggie je masa tu. Sekali sehari je makan. Tapi jenis besar so tu je berat paling kecil yang tercapai hihihi. So agak-agak mimpi tak kalau saya berhajat berat area 5+kg hihihi. Wooooo banyak tuuuuu. Mampu ke? Hahahha. Target je tapi jadi nayat ke idak tak tahu le teman hihihi. Kot menjadi pun agak-agak bila tahun le dapatnya hahahhaha.


Ambil purata le yer, kalau 16 hari 2.4kg. Kalau 5-6 bulan leh ker? Hahahah... Tak per bagi semangat kat diri sendiri tak salah kan??? Teman nak berdiet tak der so macam ni le nak cari semangat hihihi. Wokay le dok melalut panjang lebo kang boring pulak mike hihi. Insyaallah nanti saya update lagi kalau ada apa-apa progress. Insyaallah... Doakan saya yer ;)


2 ulasan:

  1. Tahniah! Kira azam baru le ni ya :)

    Akak pun tengah berdiet ni dik... moga kita berjaya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. hihih sikit je tp besar pd saya yang payah nak turun2 ni. good luck gak untuk akak. moga2 target kita tercapai. kurang le sikit jumlah obes kat Malaysia ni yer tak hihihi.

      thanks gak sbb sudi visit & pollow kitarang ya

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...