Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Khamis, 3 Januari 2013
Hari persekolahan anak-anak.... Busynya!!
Hari ni sedari pagi sibuk sungguh jadual saya. Pepagi menyediakan keperluan Mr Hb yang nak kena hantar produk. Lepas melambai ucap selamat jalan terus masuk tidur sebentar. Yea la nak tunggu jam 6 pagi ada lagi 2 jam setengah so lelap le mata jab. Mengantuk beb. Muarghhhhhh... Ni pun mengantuk lagi ni.
Pukul 6 pagi bangun siapkan keperluan anak pulak. Masak untuk bekalan dia lepas solat. Masak yang simple je hihih. Tapi masak gak kan?????? Lepas tu siapkan diri dan anak pulak. Alang-alang menyeluk pekasam dua-dua puteri saya mandikan terus walau si adik hanya ke sekolah jam 8 pagi. Cadangnya siapkan susu dan nak bagi dia tidur dulu sementara saya hantar kakak ke sekolah. Tapi alih-alih hujan, jawabnya kena tunggu hujan stop dulu la. Teman mengantor dengan motor je yang baru semalam test tunggang. Boleh gitu?? Haaa. Nak buat macam mana. Dah darurat. Kang kalau tak sapa lak yang nak mengantornya ke sekolah. Nak bagi dia naik van.... Isk tak sanggup sebab cuak dengan brader yang bawak van tu. Sebabnya tu hari masa kitarang ada sukaneka kat taman ni, Mr Hb ternampak percubaan brader tu cuba memeluk anak dara orang yang masuk pertandingan. Hihihhi tak sanggup mak nyahhhhh. Kalau pun salah tetap tak berani mencuba. Biar le saya kena jalan kaki sekali pun akan saya buat demi keselamatan anak.
Risau zaman sekarang bukan macam zaman saya dedulu. Zaman saya kecil dulu pun ada bukan tak der syaitan bertopeng manusia ni tapi tak banyak kes. Sekarang, pantang bukak paper atau tv ada je cerita. Tu yang ngeri tu. Tambah pulak kita ni ada anak dare dedua. Lagiiii la risau. Itu juga punca saya berhenti kerja lepas kahwin tu. Sebab macam-macam cerita tak enak di dengar tentang anak-anak ni. Tu je pun pengorbanan yang saya mampu buat untuk mereka.
Budak baru belajar dapat pulak motor yang dah somput... Haaaa... Agak-agak camner yer. Tu yang mak gabra semacam. Cewah-cewah Mr Hb kata risau takut saya tak pandai bawa. Takut jadi apa-apa heheh. Rupanya yang dia tak cerita motor tu dah uzur bebeno yong. Nak masuk gear berkali-kali, nak turun gear pun degil. Tak kira lagi dengan break yang tak leh ditekan kuat. Kang menyondol mike ke depan. Di tekan perlahan... Idak le makan pulak. Isk isk iskkkkk. Cam ner le dia naik selalu. Udah le anak teman ni dedua kaki leter. Pantang ibu silap sikit dicomplaintnya. Huuuu berbulu teman hihihih. Dah balik call Mr Hb merungut baru dia mengaku. Amboi... Amboi... Amboi.... Cam ni pun ada ke.
Dah stop hujan baru saya gi hantar dedua ke sekolah. Memula adik sebab dekat je. Pusing balik ambil kakak. Hihhih rupanya kami je yang lambat sampai ke sekolah. Hihihi. Tu le takut gak nak merempit dalam hujan. Kang sekolah ke mana, kitarang pulak ke mana. So batter be safe than sorry. Lalu je depan bilik guru terdengar yang cikgu kelas Afif sebut nama dia. Terus gak le saya jawab dah sampai dah hihihi. Ustazah Omi kebetulan ustazah. Akak baru belajar naik motor so tak berani le bawa dalam hujan renyai. Lagi pun kang demam anak lagi naya hihihi. Janji sampai betul tak?? Hahahha.
Balik siapkan apa yang patut sedar-sedar dah jam 11.30 petang. Kena pulak bersiap untuk ambil diarang. Ambil adik dulu. Tapi dalam nak cepat tu boleh gear motor stuck kat gear 1. Tak nak turun ke free gear. Mengelabah le juga sebab nak cepat. Izaz pulak mula dah tanya itu ini. Siap tanya ni kang kalau motor tak jalan balik jalan kaki ke. Boleh? Mana boleh sayang... Kakak tu sapa lak nak menjemputnya. Sib baik ada wirawati yang lalu kat tepi motor tu. Malu gak tapi dengan selamba je saya minta tolong kat akak tu. Mak baru first time nak merempit balik setelah sekian lama tinggal arena ni. banyak ilmu merempit yang dah lupus dari ingatan hahahah. Terima kasih bebenyak le pada dia yang berjasa.
Lepas ambil kakak baru lega sikit hati. Ni jab lagi dah nak kena hantar ke Sekolah Agama pulak. Harap-harap smooth le hendaknya. Aaamiin.
Hihihi.... Dah ada anak bersekolah rendah ni baru terasa yang tugas menjadi ibu ni banyak sangat. Benda remeh tapi perlu diselesaikan. Kalau tak buat harus satu-satu benda tu cam tak lengkap je yer tak??? Dan baru tersedar yang orang pompuan ni walau makin berusia tapi segala aktivitinya akan berulang juga paling kurang pun sekali seumur hidupnya. Nak tahu apa??? Iron baju sekolah. Dulu-dulu masa kita sekolah, bila sampai masanya kita kena buat kan. Ha... Sekarang dah sampai masanya kita kena buat lagi. Gitu gak dengan basuh kasut sekolah yang paling saya tak suka tu. Kena tonyoh le betul-betul buang segala hitam yang ada. Masa main tak hengat hahah. Nak membasuh Ya Allah malasnya.... Sekarang kena lagi. Huhuh.......
Ada lagi tapi korang semua pun tentu faham kan hihih. Kena bubuh kapur kasut, balut buku teks dan homework!!! Hahahah... Ini satu lagi. Parah-parah nak kena perah otak semula hahah. Tapi tu le tanggung jawab yang perlu kita tunaikan pada anak. Moga-moga apa yang kita lakukan ikhlas buat diarang sekarang akan dapat balasan baik kelak hendaknya aaamiin.
Semoga kejayaan akan dikecapi buat anak-anak kita tersayang satu masa nanti hasil pengorbanan kita yang ikhlas pada mereka. Dan semoga mereka akan hargai pengorbanan kita suatu hari nanti dengan kebaikan juga. Aaamiin :)
Labels:
Coretan Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan