Hari ni tergerak gak le hati nak skodeng kat tenet ni nak tahu pasal cik pisau yang pelbagai ni. Kot-kot lepas ni dapat seru untuk guna ikut functionnya sebab tu hari bapa saudara saya, Haji Abdul Aziz K.S Mohamed dan isteri, Hajah Banin buat bawang goreng... Waduhhhhh cantik sangat. Nampak sama je besarnya. Bapak saudara saya tu yang potong rapi dan isterinya pulak yang gorengkan. Sampai habis kitarang meratah gitu je sebab best. Isk.. Ada ke rezeki saya nak tuntut ilmu dari diarang ni??? Moga Allah tunaikan hihihi. Rugi ooooo.
Sib baik skodeng tak lama dah jumpa. artikel pasal jenis-jenis pisau ni saya ambil kat laman centralhousewares. Sib baik le diarang sudi kongsikan ilmu ni untuk orang-orang macam saya. Saya copy pastekan untuk perkongsian dengan sahabat kat sini dan sebagai rujukan saya bersama anak-anak kelak....
1) Chef Knife adalah pisau yang paling banyak digunakan surirumah dan seperti namanya Chef le hihihi. Pisau sepanjang 8-10cm ini dapat digunakan untuk memotong sayur, mengiris daging, atau mencincang segalanya. Memang multifunction sungguh.
2) Paring Knife atau Peeler atau Pisau Iris atau Slicing Knife, tak tahu le yang mana satu betul sebenarnya. Rasanya Slicing Knife tapi kalau tengok kat kedai-kedai tulis paring bentuknya lebih kecil dan pendek, hanya sekitar 3-4 cm. Pisau ini dapat memudahkan kita untuk mengupas kulit buahan dan sayuran sebab bentuknya yang sedikit ramping dan tipis. Ada juga yang potong nipis daging guna pisau ni.
Yang ni yang bapa saudara saya tu gunakan untuk potong bawang. Memang cun jadinya. Samaaaa je. Tapi kalau nak guna untuk bawang sebaiknya asingkan dari untuk potong buah sebabnya air bawang tu buat pisau kita cepat tumpul. Kalau tak pun, sebaik lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal-tinggal sekejap pun. Petua saya le. Tapi yang sure, pisau kat rumah ni jarang tumpul.
3) Boning Knife dengan bentuk ujung yang agak melebar. Bentuknya yang ramping dan panjang, maka pisau yang satu ini paling tepat di gunakan untuk membersihkan tulang di dalam daging atau kulit ayam, memisahkan ayam dari tulangnya dan membuat irisan yang tipis dan kecil.
4) Meat Cleaver atau Pisau daging. Pisau ini agak berat, dan digunakan untuk memotong daging. Pisau ini banyak digunakan juru masak China sehingga juga bisa dinamakan Chinese Chef's Knife. Pisau ini mempunyai penampang yang sangat besar dan lebar. Kegunaan terbaik dari pisau ini untuk membelah dan memotong tulang ayam. Dan dapat digunakan untuk memotong sayur, mencincang daging, mengiris serta ketuk bagi hancur bawang putih, serai atau halia.
Palinggg saya takut nak guna. Nampak cam nak hentak orang je tak pun kalau guna terhentak tangan sendiri. Huhu naya. Allahyarham nenek selalu guna untuk kopek kelapa hik hik... Pelbagai guna gak ar pisau ni.
5) Filet Knife digunakan untuk memotong filet ikan.
6) Bread Knife adalah pisau panjang yang sebelah sisinya bergerigi. Pisau ini memudahkan kita untuk memotong roti supaya tidak hancur, terutama roti yang permukaannya agak keras tapi dalam lembut. Boleh gak le kalau nak potong kuih yang macam cucur tu. Gerigi pada mata pisau ini memberi hasil potongan yang licin, bagus dan tidak hancur. Masa memotong juga tidak perlu ditekan lebih lama tapi hasilnya yang cantik je. Kalau guna pisau biasa tak akan dapat hasil yang cantik macam ni sebab tekstur roti biasanya kasar. Kuih atau kek pun walau apa pun jenisnya seperti kek buah atau kacang lebih mudah dipotong dengan pisau ini.
Pisau ini harganya sedikit lebih mahal dari pisau biasa. Tapi functionnya hebat. Nak bersihkan pun mudah. Bersihkan pisau dari sisa remahan roti atau kuih. Cuci dengan air sabun hangat lalu keringkan segera. Sayangnya mata pisaunya yang bergerigi tidak mudah diasah seperti pisau dapur.
7) Pisau Ukir atau Paring Knife adalah pisau yang kecil dengan bentuk lekungan pada ujungnya pisau ukir ini memang sangat baik bila di gunakan untuk mengkir buah atau sayur, sesuai dengan namanya. Sehingga hasil daripisau ini akan bagus dan yang pastinya akan sesuai dengan hiasan sayur atau buah yang kita inginkan jadi bentuk-bentuk yang menarik.
Lagi satu terdapat sebab adanya perbezaan pada Hulu Pisau yang dijual. Tujuannya kata gulamolasses, adalah untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh standard HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) untuk kegunaan antarabangsa. Pisau ini functionnya digunakan mengikut warna untuk setiap sektor/bidang/kawasan masing-masing. Tujuannya ialah untuk menyekat pencemaran (cross-contamination) diantara tempat supaya tidak merebak pelbagai masalah kepada makanan seperti bakteria/patogen/kulat/keracunan dan lelain yang seangkatan dengannya dikawasan masing-masing. Walaupun ada berbagai jenis warna tapi bilah pisau tu sama saja. Tak kira le warna apa pun sebab warna hulu tu ikut citarasa kita le kan. Tapi yang ni untuk kegunaan industri. Kang buat yang bahaya kat customer kang kan naya...
HACCP warna kod untuk bidang kegunaan pisau
Hulu hitam - warna 'universal' untuk kegunaan am
Hulu merah - untuk daging mentah
Hulu biru - untuk ikan mentah
Hulu kuning - untuk daging masak
Hulu putih - untuk produk tenusu / bakery / kuih
Ha... Agak-agak faham le kot yer hihih. Ini adalah tips perkongsian Chef Andi dari glodokelektronik tentang cara pemilihan pisau yang baik
- Stainless
steel : Pisau yang baik adalah pisau yang menggunakan Stainless steel
pada bagian bilahnya. Mengapa harus stainless steel? Kerana bahan ini
tahan karat dan pisau yang menggunakan bahan ini mudah sekali untuk
dibersihkan.
- Ada
tanda aman (selamat) : Perhatikan apakah pada pisau yang anda beli terdapat tanda
aman. Aakah pisau itu aman untuk digunakan pada semua jenis makanan
atau tidak. Mungkin maksud chef tu sesuai untuk semua jenis makanan kot. Lebih kurang la hihihi..
- Uji cuba sebelum membeli :Tidak ada salahnya mencuba pisau yang akan dibeli kalau pihak penjual benarkan le yer. Tapi pastikan periksa apakah pisau yang anda beli benar-benar tajam atau tidak. Caranya test kat hujung jari. Jangan pulak tekan bagi luka tu bukan test dah namanya... Ala-ala lalu je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan