Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Selasa, 4 Disember 2012
Alhamdulillah.. Produk 2 Puteri bakal memasuki Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia!!
Syukur Alhamdulillah. Berkat kerja keras selama 1 tahun lebih akhirnya usaha kami diberkati Allah dan bakal menempah satu lagi kejayaan.
Jerit perih selama ini berkorban untuk mengembangkan sayap kami akhirnya membuahkan satu lagi hasilnya. Berita gembira yang ketiga tahun ini!! Selepas Mydin Hypermarket, diikuti dengan Pasaraya Tesco Store kini kami bakal memasuki Pasaraya Carrefour pula. Syukur Alhamdulillah....
Berbaloi Mr Hb yang kerja keras dan sanggup berembun untuk penuhi appoinment dengan pihak-pihak yang berkenaan. Mungkin pelik pada yang membacanya betapa kami perlu berjimat untuk berjaya. Tapi itulah hakikatnya. Kami tidak miliki modal yang besar, tidak juga dapat mana-mana bantuan dari pihak yang berkenaan. Untuk membuat pinjaman kami harus pastikan kami mampu untuk menyediakan bayaran bulanan. Jadi sebelum kami berani untuk membuat pinjaman pelaburan kami harus pastikan kami mampu. Itu semua untuk kejayaan masa depan kami. Biarlah kami berdikit dan berjimat untuk berjaya. Dan, Alhamdulillah kini ia semakin membuahkan hasilnya.
Saya catatkan semua ini untuk renungan anak-anak tercinta yang kami amat harapkan bakal mewarisi apa yang kami usahakan. Juga renungan buat sahabat semua yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan. Jika kita berkerja keras dan nekad untuk berjaya, Insyaallah kejayaan akan datang pada kita. Cuma bulatkan tekad, pastikan matlamat dan tinggikan kesabaran, Insyaallah.... Apa pun dugaan dan rintangan hadapinya untuk kekal terus berjaya.
Mungkin kejayaan kami ni kecil berbanding orang lain tapi kami tetap berbangga dengan kejayaan kami membina syarikat kami ini dari 0. Alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun ini kami berjaya sampai ke sini. Moga-moga dengan usaha keras kami, sokongan dan doa semua, kami akan mampu terus melangkah kehadapan lagi.
Segala dokumentasi telah ditandatangani, hanya tinggal masa dan tarikh yang akan diberikan oleh pihak Pasaraya Carrefour untuk penghantaran pertama.... Berdebar makin kencang menanti saat itu.
Terima kasih Ya Allah.... Terima kasih semua... Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan.
Sekali lagi dengan bangganya saya announcekan.... Insyaallah dalam masa terdekat ini kami, 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri bakal dipasarkan di Pasaraya Carrefour.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan