Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 15 Julai 2012

Pulut Lemak


Semalam Mr Hb cakap yang dia teringin nak makan Pulut Lemak dengan Inti Kelapa. Selalunya dia makan kat kedai mamak Cempaka di Kamunting tu kalau ada kesempatan. Memang best sangat Pulut Lemak diarang tu. Lemak sungguh tau. Kiranya kedai makan tu lain daripada kedai mamak lain sebab selain daripada pulut lemak tu diarang turut jual pulut kuning, lontong dan apam manis.


Mulanya Mr Hb ajak gi makan pagi esok tapi tah tetiba dia minta saya masakkan untuk dia. So oklah sebab dah permintaan suami tersayangkan heheh. Harus kena buat sebab dia jarang-jarang nak minta masakkan apa-apa untuknya. Selalunya dia tak kisah saya masak apa. Jadinya saya mintak ler dia belikan beras pulut dan kelapa parut.


Beras tu bila direndam semalaman hancur ler pulak jadinya. Itu ler susahnya kalau main beli jer beras pulut. Tak cantik sangat ler nanti saya punya pulut lemak. Next time kena tengok bebetul sebelum beli. Lagi baik kalau ada pulut susu. Baru lemak lebih sikit. Tapi nak buat macam mana. Dah terbeli. Guna jer la.


Eh lupa nak pesan... Beras pulut tu seeloknya kalau nak cepat proses kukusannya rendam ler semalaman. Memang ler ada yang cakap 3 jam jer rendam dah boleh kukus tapi saya pernah cuba cara ni. Nak tunggu dia masak humang lamanya. Dalam direndam berjam-jam pun masak makan masa lama. Inikan pula takat rendam 3 jam. Tak sanggup dah teman. Tapi ikut kowang ler ye. Masing-masing punya stail :). Ok la jom lah kita tengok resepinya kay...


PULUT LEMAK

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 500g beras pulut - rendam semalaman
  • Santan pekat - perah kelapa parut guna air sedikit panas
  • Sedikit garam
  • Daun pandan - taknak guna pun tak per

Caranya

1. Beras pulut yang telah direndam dicuci dan toskan.

2. Tuangkan beras pulut kat dalam bekas kukusan. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan kukus seperti biasa sehingga masak.

3. Bila dah masak, keluarkan pulut yang dah lembut tu dari periuk kukus. Kemudian tuangkan santan pekat yang telah dicampur dengan sedikit garam. Gaul sebati.

4. Bila dah siap gaul tu, kalau nak kukus sebentar lagi pun ok. Kalau tak nak pun tak per sebab santan tadi sebelum diperah dah dicampur dengan sedikit air panas.


Pulut lemak ni enak kalau dimakan bersama inti kelapa, sambal tumis ikan bilis, bersama ikan masin macam orang Kedah, dengan mangga macam orang Siam atau cicah je kari ayam. Best gak kalau nak makan bersama serawa durian style orang Perak. So terserah ikut selera korang ler yer....

Pulut Mangga.... Kat Kedah glamer nih.

Tu member dah tulis so ok ler kan... Fav orang Kedah ni. Tapi saya tak pandai makan :]


Pulut Vs Kari Ayam.... Who's the winner??


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...