Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Rabu, 4 Julai 2012
Cerita Ceriti Projek Semalam
Assalamualaikum...
Hari ni baru dapat update blog. Sibuk sikit ler minggu ni. Mungkin bermula minggu ni :) Wallahualam.
Sebenarnya semalam saya sekeluarga ke Ipoh. Ngantarkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh. Alhamdulillah walau baru dibuka pada 18 Mei tu hari tapi produk kami yang dijual kat situ dapat sambutan best sangat dari sahabat-sahabat kat sana. Syukur Alhamdulillah.Terima kasih yer warga Ipoh dan yang sudi beli produk kami tu :).
Next time kalau ada yang baru-baru nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri, boleh ler ke Lorong Sos atau Agrobazaar kat pasaraya Mydin yer. Insyaallah harganya tak mahal, cuma RM4.95 je :). Resepi dah saya sertakan kat botolnya. Insyaallah menjadi tak rugi beli. Lagipun dia ni boleh buat hidangan lain selain dari Char Kueyteow. Boleh buat Bihun Goreng, Pasta Goreng, Asam Pedas, Sambal Tumis, Kuah Kacang, Sambal Sardin, nak salut ayam untuk buat Nasi Ayam Hainan dengan kuah kicapnya dan lain-lain. Nak tengok resepi yang ada guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri ni kena rajin follow blog. Insyaallah akan saya kongsi resepi sesekali.
Jadi bagi yang belum cuba Sos Char Kueyteow 2 Puteri sila ler dapatkan barang sebotol dua kat pasaraya Mydin Hypermarket yang berdekatan yer. Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di pasaraya Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Meru Raya dan Mydin Hypermarket Manjoi, Ipoh, Perak; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan; dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Untuk Cili Boh Asli 2 Puteri, Inysaallah kami tengah berusaha untuk pasarkan produk kami yang satu lagi ni dipasaraya-pasaraya di Malaysia. Insyaallah. Doakan kami yer.... Terima kasih :)
Labels:
2 Puteri,
Coretan Hati,
My Product,
Perkembangan Syarikat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan