Alhamdulillah akhirnya bermula semalam (20 Januari 2012) SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI mula memasuki Mydin Hypermarket di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Setelah sekian lama menanti akhirnya penantian itu berakhir juga semalam :) Bangga, happy sangat-sangat dan terlalu bersyukur kehadrat-Nya kerana rezeki ini Alhamdulillah. (Moga dengan ini akan lebih berjaya dimasa-masa akan datang).
Terdapat di lorong Agrobazar |
Kini dengan adanya Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini, pastinya semua orang dapat membuat sendiri Char Kueyteow pada bila-bila masa sahaja. Resepi dan sukatan untuk memasaknya telah disertakan pada label. Insyaallah pasti teman-teman semua akan berpuashati. Resepi yang ada disertakan itu adalah resepi mudah yang menepati citarasa semua. Namun bagi yang rajin dan mahu lebih enak, gantikan air seperti di dalam resepi dengan stok rebusan kulit dan kepala udang. Kalau suka boleh masukkan sotong dan sedikit gula juga. Ingat ya lepas masak makan segera.
Bagi yang allergy, Insyaallah jangan risau kerana kandungannya pasti selamat untuk semua.
Insyaallah siapa yang beli pasti akan berpuas hati sebab ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk memasak Char Kueyteow yang macam dijual tu tapi sebaliknya boleh digunakan untuk lain-lain resepi juga seperti memasak bihun goreng, pasta, sambal tumis, buat sayur masak kicap dan lain-lain. Apa yang pasti olah sahaja mengikut kebijaksanaan teman-teman ya.
Harganya yang murah berpatutan dengan hasilnya untuk 10 hidangan Char Kueyteow. Berbaloi, boleh makan puas-puas dan apa yang penting....Jimatttt.
p/s : Insyaallah dalam masa terdekat ini Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga akan menemui teman-teman semua di Mydin Hypermarket Subang Jaya, Era Square Seremban (Terminal 2) dan MITC Melaka. Nantikannya ya :)
Assalam....
BalasPadamkat mydin subang belum ada ke?
Salam.. Insyaallah minggu depan dalam 12/2 akan masuk Mydin Hypermarket Subang Jaya. Selain itu di Mydin Hypermarket MITC Melaka dan Era Square Seremban. Silalah Saiful dapatkannya di situ ya. Harganya berpatutan Insyaallah :)
BalasPadam