Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Khamis, 19 Januari 2012
Wadah Terkini...Tesco Store
Wadah terkini....berita yang ditunggu sejak minggu lepas. Akhirnya Mr Hb pergi jumpa dengan pegawai di Tesco. Hasrat yang satu disampaikan....untuk memasarkan Sos Char Kueyteow ke seluruh pasaraya Tesco. Alhamdulillah hasil pertemuan memberansangkan. Insyaallah hasilnya akan diketahui dalam 2-3 bulan ini dan paling cepat pun akhir bulan Januari nih.
Tak sangka...selama ini ingatkan susah sangat syarat-syaratnya. Tetapi hasil pertemuan tu nampaknya memberansangkan sebab sebelum appointment dibuat dah terlebih dahulu disertakan apa yang perlu. Efficientnya diarang ni ialah bilamana semua syarat diberikan terlebih dahulu untuk dipenuhi sebelum appointment dibuat. Jadi dipihak kita dapat buat persediaan seberapa yang perlu. Tak ler terkial-kial masa appointment.
Masa perjumpaan tu juga memang lancar sangat sebab penerangan yang lengkap diberikan so tak ler tercangak-cangak sangat kita ni sebagai orang baru. Jadi sekarang ni kena tunggu jer hasil perbincangan untuk tentukan jumlah order untuk setiap cawangan Tesco. Alhamdulillah...syukur padamu ya Allah :)
Labels:
Coretan Hati,
Life Lesson,
Perkembangan Syarikat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan