Aloha!!!! Dah agak lama membisu seribu bahasa. Menyepi dan tersepi (boleh ker perkataan ni diwujudkan???). Sedar-sedar 2011 dah ucapkan selamat tinggal dan 2012 telah pun ucapkan selamat datang. Sejak balik dari kursus packaging itu hari di Sirim anjuran KKLW, macam-macam hal yang dilakukan. Akibatnya blog ni terbiar sepi.
Lepas pergi kursus di Sirim tu, pergi pulak Seminar Halal anjuran Jabatan Agama Islam Perak. Dan akhirnya dapatttt juga SIJIL HALAL untuk produk keluaran syarikat. Bangga dan terharu rasanya. Segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil juga.
Selain itu, sekarang tengah menunggu status GMP (Good Manufacturing Practise). Application sudah dibuat sejak August 2011 dan lawatan pertama oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah diterima. Harap-harap akan jadi kenyataan juga nanti..Aaaminn.
Cita-cita untuk menukar rupa label Sos Char Kueyteow daripada manual je (photostat je asalnya) akhirnya juga menjadi kenyataan. Bertambah bangga jadinya. Cuma sekarang nak kena ambil masa upload gambar di blog ni jer untuk penayangan wajah barunya.
Sejak Sos Char Kueyteow dah berubah wajah ni langkah pun makin berani dipanjangkan. Mr Hb telah mula berani menjelajah ke Mydin, Econsave dan Tesco (Tesco je tak pergi jumpa lagi dengan orangnya huhu. Banyak kertas kerja yang nak kena buat tapi kemalasan melanda hihihi) untuk menempatkan produk keluaran syarikat. Harap-harap semuanya akan menjadi kenyataan...Aaaminn. Pasaraya Mydin nampaknya positif begitu juga dengan Econsave. Harap-harap Tesco (Insyaallah by next week akan pergi buat appointment) pun begitulah juga hendaknya :)
Tahun ni wish sangat-sangat untuk dapat meneruskan perkembangan positif terhadap 2 lagi produk keluaran syarikat which is Dodol Nenek dan Cili Boh.Semoga perancangan yang diatur akan menjadi kenyataan. Tak sabar rasanya.
Juga wishing dapat pertambahan rezeki untuk keluarga kami macam gambar disebelah....banyaknya rezeki bertalam-talam banyaknya :) Aaaminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan