Bright Eye Susan...Masa tengok rupa biskut ni masa dipost oleh akak Zue Zunaidah kat dalam facebook terasa teringin sangat nak buat. Agak-agak penangan Susan Dalfino dalam Desperate Housewife tu kot heheh. Simple & humble. Dah la cantik sangat hasil rupa biskutnya.
Masa pergi cari Hawflakes kat kedai bakery terus sambar sepeket almond nips. Stok kat rumah cuma ada slice, powder & almond nut je. So termasuk yang ini kira complete variety almond yang ada & tunggu nak digunakan je hehe.
BRIGHT EYE SUSAN
By: Zue ZunaidahBahan-bahannya:
- 260g tepung gandum *
- 1/2 sudu kecil baking powder *
- Secubit garam * ayak bersama
- 250g butter
- 125g gula castor
- 1 sudu kecil essence vanilla
- 1 biji kuning telur
Caranya:
- Pukul butter & gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur & essence vanilla. Kacau sebati.
- Kaup balik campuran tepung di dalam adunan butter tadi. Uli setakat jadi doh lembut
- Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan (cuba bentukkan bagi sama). Celupkan permukaan doh tadi dengan putih telur & diikuti dengan almond nips.
- Susun dalam dulang pembakar & tekan ditengahnya untuk dibuat lubang. Boleh guna jari atau hujung senduk. Paipkan jem dalam lubang tadi.
- Bakar pada suhu 200C selama 10 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan