Sabtu, 27 Ogos 2011

Biskut Hawflakes

 

Selak-selak laman MyResepi untuk cari resepi biskut raya, mata tertacap pada satu resepi yang best dari Cik Yani kita. Resepi yang best dan ada sedikit kelainan...mengandungi hawflakes. Hawflakes...mula-mula berkenalan dengan ramuan-ramuan masakan ni tak kenal ler jugak. Ingatkan penama le Hawflakes tu. Macam cornflakes ke rupanya? Nama dah dekat seiras.

Masa pergi ke kedai bakery, mata pun tercari-cari la si Hawflakes ni. Cari punya cari akhirnya ketemu juga. Perghhhh baru ku tahu Hawflakes tu apa. Asam keping 50sen rupanya. Ahaks* Lawak ler pulak rasanya. Ku sangkakan sepupu sepapat cornflakes rupanya asam keping makanan masa kanak-kanak dulu heheh. Tangan terus menyambar sepeket besar sebab risau gak nanti tak cukup sebab tekak ni teringin gak nak makan macam dolu-dolu hehe.


Membuat biskut ni mudah sangat tapi pisau kena tajam sebab nak potong kepingan Hawflakes yang tersusun dalan doh ni dengan cantik. Satu lagi kena keluar masuk peti supaya mudah proses memotongnya. Kalau tidak buat pendek-pendek & keluarkan sikit-sikit supaya tak lembik pula kalau keluarkan semua serentak.


BISKUT HAWFLAKES

By: Yani, MyResepi

Bahan-bahan:
  • 140g butter  - suhu bilik
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • Essence vanilla
  • 200g tepung *
  • 1/2 sk baking powder * ayak bersama ke dalam adunan
  • 5 pek Hawflakes - saya cuma masukkan 3 pek je

Caranya:
  1. Pukul butter hingga berkrim.
  2. Masukkan gula & pukul hingga jadi putih.
  3. Tambah telur & essence vanilla. Gaul sebati.
  4. Ayakkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Gaul sebati.
  5. Masukkan Hawflakes sekeping-sekeping. Gaul rata. 
  6. Bahagikan kepada 2 bahagian. Tabur tepung atas papan canai buat bentuk bulat panjang - jangan terlalu panjang. Balut dengan plastik wrapping & simpan dalam peti sejuk 12 jam @ hingga keras untuk senang potong.
  7. Potong setebal 7mm & bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...