Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 25 Ogos 2011

Biskut Tembikai Merah Kuning (ala2 team Red Giant le pulak heheh)


Assalamualaikum...


Biskut Tembikai..masa mula-mula tengok resepi ni kat wall fb saya kiriman kak Rina Mohd Dom terus terpikat nak cuba. Yea la comel je nampak rupanya. Kita pulak baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni memang pantang le tengok yang cantik-cantik tu. Ini akan jadi salah satu dari hidangan raya saya tahun ni tekadnya heheh. Terus tangan capai pen dan kertas untuk salin resepi.


Selepas buat Biskut Hawflakes, keesokkan harinya terus ambil resepi dan buat preparation untuk buat adunannya. Dah tak sabar rasanya nak tengok hasilnya.



Aduh rupanya susah sangat nak buat biskut ni. Lama pulak tu masa yang diambil. Nak-nak kita ni amatur sesangat lagi ler terasa susahnya. Rasanya lepas ni tak berani lagi dah nak buat sensorang. Kalau ada yang tolong boleh la. Serik pun ada. Nak sediakan adunan dan membentuknya je dah makan 6 jam. Yang leh perasan tu pun sebab mula projek masa anak-anak baru ke sekolah jam 8.00 pagi. Sedar-sedar diarang dah balik. Maknanya kul 12 lebih dah ler tu. lepas tu dekat nak habis tanya Mr Hb, dia cakap dah 2.30 petang dah. Macam mana tu...lamakan????


Akibatnya lepas siap uli dan jadikan tembikai masa simpan doh tu sebentar dalam peti ais terus pergi baring. Sakit sangat rasanya tulang belakang ni dah. Dah ler masa buat tadi pun bersandar je dah sebab dah tak larat sangat tulang belakang ni nak tampung duduk berterusan. Nak berjalan ke bilik pun dah macam nenek kebayan dah.


Nak-nak pula dengan pewarna yang sedikit memang tak cantik sangat jadinya dan makin susah nak ratakan warna yang ada. Lagi ler terasa penatnya. Memang tabik ler pada sesapa yang buat sendiri biskut ni tetambah yang berjualan tu.

Pada kawan-kawan yang nak try buat biskut ni pastikan yer pewarna penuh dalam botol tu. Kalau dah tinggal 1/2 sila ler sediakan yang baru. Takut tak cukup nanti. Nak kepal-kepalkan adunan tu jadi bulat-buat pun susah juga. Kuat sangat takut pecah so kena lembut-lembut je la. Yang ada pewarna tu mudah le sikit sebab doh dah lembut sikit. Yang plain..mak datuk malas nak cita. Dah terjerumus buat nanti baru tahu.


Lepas buat biskut ni terus baring sekali lagi sebab keletihan sangat-sangat. Sakit pinggang mak you... Udah le kita puasa so memang azab sesangat rasanya. Akibat Mr Hb le kena beli juadah berbuka hari tu. Anak-anak pun dia yang take over jaga. Sib baik dia memahami dan tak bising.Thanks sooooo much darl. :)



BISKUT TEMBIKAI

By: Rina Mohd Dom


Bahan-bahan:
  • 150 gm gula kastor
  • 250 gm mentega
  • 1 biji kuning telur gred C
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 550-580 gm tepung gandum * ayak bersama
  • 1 sudu kecil baking powder * ayak bersama
  • Secubit garam * ayak bersama
  • Sedikit pewarna merah dan hijau - saya tambah warna kuning
  • Bijan hitam dan putih
  • Paper cups - jika suka

Caranya:
  1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
  3. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. (Saya buat 4 bahagian sebab tambah kuning sama).
  5. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
  6. Canai doh plain nipis-nipis, kemudian salutkan dengan bebola merah tadi. 
  7. Canai doh hijau nipis-nipis juga, kemudian salutkan dengan bebola plain tadi. Buat seperti buah tembikai.
  8. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya masa ia keras).
  9. Belah 4 bebola tadi, kemudian letaklah bijan hitam dan putih sikit dan aturlah dalam paper cups jika suka dan barulah diletak di dalam tin pembakar. 
  10. Bakarlah pada suhu 160C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Alhamdulillah...lega sangat bila dah siap semuanya. Tengok hasilnya rasa tak puas hati sangat sebab warnanya berbalor-balor. Next time kalau buat lagi (biar betul tadi baru cakap rasa serik sikit nak buatnya) harus dipastikan pewarna tu dari botol baru dan ada spare lagi sebotol heheh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...