Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 10 Julai 2012

Nata De Coco Yogurt Muffin


Hari ni saya nak kongsi resepi satu lagi resepi muffin yang mudah dan enak. Nata De Coco Yogurt Muffin. Resepi ni saya ambil kat My Resepi kiriman sis Yani kita yang hebat di dapur tu. Banyak resepi kirimannya kat situ. Semuanya sedap-sedap dan agak mudah untuk orang baru macam saya.


Jom tengok resepinya... Yuk.


NATA DE COCO YOGURT MUFFIN

By: Yani, My Resepi
Menghasilkan sebanyak 20 biji muffin


Bahan-bahan
  • 200g tepung * ayak bersama
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder * ayak bersama
  • 1 biji telur - suhu bilik
  • 120g mentega - suhu bilik
  • Secubit  garam * ayak bersama
  • 160g gula halus
  • 50cc susu segar
  • 160g nata de coco yogurt

Caranya

1. Panaskan oven pada suhu 180C terlebih dahulu.

2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

3. Masukkan telur dan pukul lagi.

4. Kemudian masukkan susu dan yogurt. Kacau.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.

6. Sudukan 1/2 cawan muffin dan bakar selama 20-25 minit.


* Boleh tukar dengan lain-lain perasa yogurt.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...