Hai dengan tajuk aktiviti hari ini apa lagi yang wajar diceritakan kalau tak pasal aktiviti hari ini jekan. Hari ini Rabu 4/4/2012. Pertama-tama bila tengok tarikh ni teringat kat cousin teman si Muneeza Zakaria yang tinggal kat Sungai Petani Kedah. Ari ni birthday dia yang ke tutttt heheh kang kot di war-warkan marah pulak dia. Tapi happy birthday yer darl. Rindu kat ang beb.
Berbalik ke sebabnya yang teman pergi hospital. Sebenarnya teman ke sana sebab nak g check up tema punya cyst. Dah tak larat kendong dah hahah. So ingatkan hari ni boleh jer buat check up tengok wjar buang atau tidak. Alih-alih masa sampai kat hospital tu baru sedo yang ari ni 4hb. tapi appointment sebenornya semalam 3/4. Aduuhai tensennya. Tu ler kot tak di teliti betoi-betoi ini ler jadinya. Hasilnya appointment di tukar ke tarikh lain...12/4. Kena ler juga ceramah ikhlas dari nurse tu. Adohai nasib badan ler hamik kau.
Balik singgah jab umah mertua antokan capati kat diarang. Capati tu mak kau lembutnyaaaaa. Cita je tak best sebab dah kena baru tau memang lentuk habis. Rasanya dalam banyak-banyak tempat yang dicuba, yang buat sendiri pun tak dapat lawan kelembutan capati kat sini. Nama kedainya tak ingat (apa nak buat ingat nak makan je langsung tak pandang lain dah) tapi dianya kat depan TM Taiping. Sebelah dengan Bank Rakyat.
Bila ler nak dapat satu macam ni. Teringin gak nak asah skill yang tak berskill ni |
Sampai-sampai umah mertua tengok diarang pulak tak der. Isk kemana pulak. Harap-harap tak pergi jauh ler sebab kitarang tinggalkan jer kat atas meja makan tu. Kang mengeras pulak di kat sana. Apa lagi dah tak der orang balik ler terus.
Singgah pulak ke kedai jahit baju. Nak tempah baju raya. Hahah semangat beb nak raya tu yang terus tempah tu. Puasa pun lambat lagi beb. Sebenarnya bukan apa teman ni tak pernah tempah baju raya. Selalunya main beli yang dah siap je. Tapi tahun ni ingat nak buat kelainan sikit itu yang tempah tu. Sib baik Mr Hb pun mahu layan kira semangat lebay sikit la. Dia pun tempat gak sepasang baju melayu tu yang ok tu. Tapi Mr Hb memang understanding tu yangbest tu cuma wktu pilih design je yang h Jadi takut nanti terlewat so alang-alang kain dah beli terus tempah je la. Kot disimpan lagi kang nanti lupa terus tak der orang nak amik dah. arap-harap dapat ler bergaya lebih sikit tahun ni hahah.
Lepas membebel ni nak kena siapkan bungkusan kotak Sos Char Kueyteow 2 Puteri pulak untuk dihantar ke Mydin Hypermarket di Subang Jaya esok. Tapi kena bertolak dari sini, Bukit Merah dalam kul 3 pagi kot sebab takut gak lambat sampai kang. Lagi pun mana ler nak tahukan. So berwaspada lagi baik dari naya kemudian hari. Budget-budget sampai dalam kul 7 atau 8 pagi ler kot sebab biasa le bawak santai-santai. Bawa tak banyak sebab cawangan lain minggu depan pulak so naik keta je le travel kali ni. Next time kena naik van sebab banyak kena bawa.
Jadi sesapa yang tinggal di kawasan sekitar Subang Jaya jangan lupa sila ler dapatkan satu yer. Ada kat lorong Agrobazaar di Mydin tu. Kot nak buat berniaga pun ok sila le beli banyak-banyak. Teman suka :). Hahahha iklan sekejab jangan mare.
Penghantaran ke Mydin Hypermarket Subang Jaya. Thanks kat suma di sana yang dah try Sos Char Kueyteow 2 Puteri (SCKT 2 Puteri). Nanti boleh dapatkan lagi ye :) |
Lepas tu sebelum balik rasanya nak jugak ler hilangkan lengoh-lengoh badan dengan berwindow shopping pulak hahah (hilang ker lengoh tu). Lama tak ke KL rasa rindu pulak dengan bau Sogo, Masjid India, Nasi Beriyani Insaf dan Bukit Bintang. Sempat ke wallahualam. Doa-doakan yer selamat perjalanan kami nanti. Adios sumer :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan