Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 14 April 2012

Catatan Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum teman semua....


Buat teman-teman yang mengikuti blog ini ribuan terima kasih saya ucapkan. Ianya sebagai pembakar semangat unuk saya terus menulis di sini. Jadi saya menanam azam untuk rajin mengemaskini blog. Dalam bersemangat untuk terus menulis kadang kala ada juga halangan dan tugasan lain yang menyebabkan hajat tertunda sebentar sehingga ianya selesai. Maafkan saya...


Itu hari pun ingat nak postkan resepi Kek Ubi Kayu macam dijanjikan. Tetapi seawal pagi Izaz batuk-batuk. Jadi kena beri tumpuan pada dia dulu. Ingatkan akan postkan belah malam la le jika dia dah masuk tidur. Tapi makin lama makin teruk pula batuknya. Tak henti-henti walaupun dah bagi makan ubat batuk. Insyaallah ye nanti-nanti saya kirimkan.


Sebelah petang Mr Hb bawa dia keluar bermain sekejap. Ingatkan dengan keluar peluh dia akan ok balik. Tapi tak sangkat lepas masuk tu bunyi nafasnya sedikit berdesit dan dada pun berombak-rombak dah. Terus siap-siap kitarang ke hospital.


Muka budak sakit. Siannya...

Sempat senyum simpul uuuu


Masuk je Izaz dalam kereta batuknya pun semakin kurang. Kalau tidak memang tak putus-putus. Sangka kami macam biasa le. Lepas pergi hospital, makan ubat akan terus baik.


Dalam perjalanan ternampak Ustaz Hassan Ali buat ceramah di Taiping. Mr Hb ajak singgah sekejap. Memandangkan Izaz pun dah kurang batuknya, saya pun setuju je. Tapi kami di situ dalam 5 minit je sebab dengar nafas Izaz masih berdesit jadi kami terus bergerak ke hospital semula.


Di hospital agak ramai orang jadi sedari pukul 8.30 malam kami tiba pukul 11 lebih baru dapat jumpa doktor. Letih juga menunggu. Bila tiba turn Izaz, dah lewat jadi kami dibawa ke bahagian rawatan kes berat. Di sana doktor suspect Izaz kena jangkitan paru-paru dan kena tahan di wad sehingga sembuh. Dia di beri oksigen dan diambil darah untuk pengesahan. Aduh tak sangka sungguh. Pagi tadi je dia batuk dah jadi macam ni.


Berurusan untuk daftar dan segala macam hal, pukul 2.40 pagi baru settle. Dia ditempatkan di wad kanak-kanak di Blok C3. Kesian sungguh tengok keadaan Afif masa tu. Dah le lewat pagi tak dapat tidur lagi kena ikut kami uruskan si adik. Sejak adik kena cucuk jarum ditangan dia mula menangis hingga bengkak-bengkak mata. Kesiankan adik. Izaz pun makin lemah jadinya sebab kurang minum susu. Dan mungkin keletihan sebab dah terlalu lewat dari masa tidurnya.


Keesokan harinya lepas tidur yang nyenyak dan makan ubat, kelihatan dia sedikit ceria. Doktor sahkan yang dia mengalami bengkak di lehernya. Tiroidnya membengkak teruk. Ianya menyebabkan saluan nafas sempit. Itu yang jika bernafas berbunyi berdecit dan dia batuk-batuk. Akibatnya juga paru-paru alami jangkitan. Jadi atas nasihat doktor saya kena beri dia makan aiskrim dan lain-lain makanan yang sejuk dan lembut. Jadi masa Mr Hb jaga dia sebelah siang, saya pergi belikan aiskrim untuknya (sebelah siang Mr Hb datang jab jaga dia, Afif dengan saya supaya masing-masing tak rasa hilang tumpuan dari ibu dan ayah). Afif pun minta juga.


Doktor juga sambungkan drip sebab dia kurang minum.  Sebelah tengah hari dia dah nampak segar. Lepas makan aiskrim dan ubat makin ceria. Dah mula bersembang dan menyanyi-nyanyi. Naik letih pula ibu sebab letih layan mulutnya yang tak renti-renti bercakap. Insyaallah esok dapat le keluar hendaknya kalau tengok perkembangan Izaz. Sebelah petang masa checkup doktor sahkan yang bengkak tu dah surut sedikit. Patutlah...


Dia punya semangat bersembang sampai ke malam. Nurse-nurse yang ada pun tegur sebab menceceh tak habis-habis. Suruh tidur berehat pun tak mahu. Akhirnya dalam dok menceceh tu dia tertidur juga jam 10.45 malam. Ibu pun tumpang tidur awal sebab semalaman tak dapat tidur. Letih sangat-sangat dah...


Jumaat 13 April, sebelah pagi doktor hentikan sambungan dripnya dan cakap yang kemungkinan boleh keluar sebelah petang. Tapi semua tu bergantung pada bekalan oksigennya. Lepas tengah hari diarang akan hentikan bekalan oksigen dan akan lihat sama ada dia dapat bertahan atau akan mula batuk kembali. Jika dia batuk bermakna dia masih belum boleh keluar hospital. Alhamdulillah lepas tengah hari bekalan oksigen dihentikan dia makin ligat jadinya. Nama nak duduk di katil jangan harap le. Asyik duduk depan tv je dah. Sampai doktor nak check pun kena pergi jumpa dia di sana heheh.


Melihatkan perubahannya dan kesihatannya yang semakin pulih akhirnya doktor beri pelepasan keluar dari hospital. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Jadi ada peluang le ikut ke Mydin Hypermarket Melaka hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri Isnin ni.

Bekas luka tempat masauk drip

Terima kasih pada kakitangan Hospital Taiping di wad C3 atas dedikasi yang diberikan. Layanan dan jagaan yang best dari semua. Kurang le sikit rasa sakit dan letih patient.


Apa pun paling tak sangka bill hospital hanya RM5.00 je. Bayangkan 3 hari 2 malam duduk situ. Dengan ubat, makanan pesakit dan penjaga dan lain-lain hisss tak sangka sungguh. Meleset sungguh sangkaan kami sebab ikut pengalaman kalau dah perkhidmatan yang diberikan macam tu biasanya harus mencecah RM2000. Memang terbaik la....:)

Tidur last sebelum check out dari hospital

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...