Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 26 April 2012

Saat Hampa: Talam Lapis Pisang


Assalamualaikum.


Itu hari waktu skodeng dapur kak Azlita Aziz di Masam Manis ada ler ternampak resepi Talam Berlapis Pisang ni kat situ. Saya yang tak pernah melapis apa-apa pun ni teringin sangat nak cuba. Apatah lagi bila dihidangkan dengan gambar-gambar yang menarik hasil dari kepakaran kak Ita memberikan tatapan yang menarik buat pengikut blognya tu. Memang tak tahan le nak cuba.


Memang cun habislah. Tergoda you.

Ni le gambar kiriman kak Azlita Aziz. Tergoda kan??????????????

Tangan ni pun mula ler gatal capai pen dan kertas untuk menyalin resepinya. Mudah pulak bila dibelek-belek resepinya. Bahan-bahan pun semua ada jadi tak ragu-ragu lagi ler nak buatnya nanti. Pisang pulak memang setiap saban minggu kat rumah ni. Tapi pisang berangan atau pisang emas je la. Pisang nangka memang tak pernah ada.


Mula buat tu tak menjadi sangat. Sebabnya tak pernah buatkan. Jadi tak ler gris loyang tu dengan minyak sebab tak tahu. Hasilnya melekat la pulak. Adunannya menjadi. Rasa geram le sangat sebab dah cantik dah buat tapi nak angkat hancur.


Kali kedua buat lepas bertanyakan pada rakan-rakan kat Fb cara nak kukus talam. Saya  pun cuba dengan lapis loyang dengan plastik wrapping tapi hasilnya pula permukaan adunan jadi tak cantik. Berbalor-balor jadinya permukaan kuih tu. Apa pula salahnya kali ni. Sebab wap air ke? Sedih sangat. Nak jamah pun hilang selera. Penyudahnya...ke tong sampah le jadinya. Nanti kena tuntut ilmu lagi la.


Teringin nak buat lagi tapi nanti la kena tanya kak Ita sendiri la rasanya. Kalau ada jawapannya nanti saya akan cuba lagi.



TALAM LAPIS PISANG

By: Azlita Aziz, Masam Manis


Bahan A:
  • 120g tepung beras
  • 100g tepung ubi - jika tak de boleh diganti dengan 50g tepung jagung yang dicampur dengan 50g tepung sagu)
  • 250g santan pekat Kara
  • 150ml air

Bahan B:
  • 175g gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan
  • 400ml santan cair (100ml santan + 300ml air)

 Bahan C:
  • 400g pisang nangka/pisang berangan - boleh juga dikukus terlebih dahulu jika suka

Caranya:
  1. Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.Saya kisar dalam blender je macam kak Ita buat tu hingga bergaul halus.
  2. Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang ke dalam bahan A ketika masih panas, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  3. Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang ke atasnya. Kukus sekejap supaya pisang masak. 
  4. Tuang bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama dan kukus sekejap juga.
  5. Untuk bahagian terakhir, ambil dahulu sesenduk adunan dan ketepikan. Tuang yang lain ke atas lapisan dan kukus selama 5 minit. Setelah itu susun baki pisang terakhir. Masakkan sekejab kemudian tuang baki adunan yang diketepikan sebentar tadi dan tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus lagi sekitar 20-25 minit.
  6. Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Insyaallah bila semangat kembali pulih saya akan cuba lagi. Kalau ada teman-teman yang pandai dalam bab talam menalam ni boleh ler bagi tunjuk ajar pada saya yea....Tq


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...