Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 20 April 2012

Cili Boh 2 Puteri & Baginda Sultan

Assalamualaikum..


Semalam cuti bersemperna sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang ke 84 tahun. Moga Allah panjangkan umur baginda sultan dan diberkati Allah selamanya.


Serba sedikit info berkenaan baginda sultan:


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan dan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994.

Baginda
dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Pada 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia yang dilepaskan jawatannya pada 3 Februari 1984. Untuk makluman baginda merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel bila dilantik  menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1965 sewaktu berusia 37 tahun dan menjadi Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982 menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara.

Mendapat pendidikan tertinggi di dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953. Dan pada 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.


Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri iaitu Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956, Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957, Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958, Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960 dan Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.


 

Rujukan : wikipedia.org

*********************************************


Bersemperna dengan sambutan itu, seluruh rakyat di negeri Perak berpeluang bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga.


Tapi bagi saya sekeluarga, cuti ini menyebabkan kerja-kerja yang dirancangkan terpaksa ditunda keesokan harinya. Tapi nasib baik juga sebab kesempatan ini diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di Pulau Pinang. Kiranya cuti pun kerja kena jalan juga ler. Itu ler nasib bila bekerja sendiri macam kami.


Sebenarnya ianya berkenaan dengan artwork plastik label untuk Cili Boh 2 Puteri yang telah ditempah seminggu sebelum ini. Kebiasaannya kami mendesign sendiri label yang kami ingini supaya segalanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Selain itu kami juga ingin elakkan dari berulang alik ke kilang berkenaan bagi menjimatkan kos pengangkutan. Sangkaannya akan dapat lihat hasilnya cepat selepas dipersetujui oleh kedua pihak. Bayaran pendahuluan juga terus diserahkan agar pihak berkenaan segera dalam menjalankan tugas mereka.

Plastik pembungkus Cili Boh 2 Puteri yang asal

Akan tetapi entah mengapa artwork yang saya hasilkan menjadi masalah pada pihak designer syarikat berkenaan. Hampir lebih daripada seminggu kami berurusan akhirnya baru kami dapat artwork berkenaan. Tetapi desingnnya amat berlainan daripada yang diserahkan sebelum ini. Yang lebih menyedihkan artworknya agak menghampakan dan kelihatan sekadar siap sahaja. Kami suami isteri memang amat tidak berpuashati atas apa yang berlaku. Kami mahukan yang terbaik untu produk kami.


Akhirnya saya mendesign semula label yang baru dan semalam kami bersama ke kilang yang berkenaan untuk berbincang dan meneliti hasilnya. Selepas berbincang dengan lebih detail harap-harap selepas ini semuanya akan lebih mudah dan hasilnya akan kami perolehi sesegera mungkin. Yang agak menghampakan kami tidak dapat berbincang terus dengan designer mereka. Hanya melalui sales person sahaja kerana mereka tidak mahu orang luar masuk ke tempat designernya 'cari makan'. Fuhh macam le bila kita tengok mesinnya boleh terus beli untuk buat syarikat priting sendiri. Aduhaiiii.


Moga segalanya akan selesai dan kami akan dapat lihat hasilnya tak lama lagi. Dah masanya upgrade plastik pembungkus Cili Boh 2 Puteri kami supaya lebih elok dan dapat bersaing dengan lain-lain pengusaha cili boh di luar sana.

Label yang saya hasilkan sendiri. Ini yang termampu dengan bantuan laptop tuaku. Simple but saya puashati

Pada pelanggan kami yang terus menyokong walaupun packaging kami tak secantik yang lain, kami ucapkan bukan sekadar ribuan  tetapi jutaan terima kasih yang tak terhingga. Kami amat hargai kamu semua......Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...