Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 6 April 2012

Polkadot Swiss Roll

 

Itu hari masa layan FB ternampak ler satu hasil air tangan sahabatku Rahel Benyamin. Pertama kali tengok dah timbul keinginan yang membuak-buak untuk mencubanya. Polkadot Swiss Roll...memang menarik dan tertarik sungguh. Dengan warnanya yang lembut dan comel memang memanggil-manggil sungguh. "Meh ler meh ler try buat saya, sedap saya nih tau" hah macam tu ler dia panggil.

Polkadot Swiss Roll yang tengah beratur tunggu dingap

Setelah mencari-cari masa yang sesuai sebab selalunya memang bizi dengan macam-macam aktiviti (kadang tu tak der aktiviti tapi saja je bagi nampak sibuk heheh) akhirnya kesempatan untuk mencubanya diperolehi masa adanya jamuan raya tahun 2011...heheh raya tahun 2011 buat ni tau tapi dah hampir setengah tahun baru nak upload gambar dan resepi heheh...pemaleh betoi teman.


Dek kerana teruja dengan rupa hasil tangan Rahel, saya pun buat warna yang sama. Ikut sifu jangan derhaka :). Memang menarik sangat. Masa nak dot-dotkan tu yag paling risau kang tak jadi cantik macam cik Rahel kita kang malu beb hehh. Punya ler maintain tangan ni nak bagi nampak cantik. Tu ler dulu masa kecik opah bedung tangan ni nak kuor juga ha kan naya. Lagi pun risau gak tak cukup adunan yang diwarnakan kang nampak cacat pula. Bila dah siap rasa lega sangat...fuhhhhh.

Gulungan Polkadot Swiss Roll yang baru siap digulung

Anak-anak yang pemilih makan pun teruja untuk makannya. Setakat buat satu adunan memang tak cukuplah. So kena potong 2 pulak setiap keping. Kang untuk tetamu tak cukup pula. Tapi Alhamdulilah bila dicombined dengan lain-lain hidangan so semua yang datang dapat ler juga merasanya. Masing-masing memuji rupa dan rasanya. Kembang sebentar almaklumlah kita ni mana ler pandai masak-memasak ni so walau sikit pujian rasa kembangnya tak sudah heheh. Ni yang kat bontot ni tak surut-surut kembangnya sampai sekarang terlebih bangga beb.


Nak resepinya??? Meh saya kongsikannya pula kat sini. Moga-moga dapat dipanjangkan pahala Rahel yang beri resepi ni kan...aaaminn.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tu tengok tu krim cheesenya yang mengiurkan tu. Kot tak rasa rugi sebab sedappp!

Polkadot Swiss Roll 

By: Rahel Benyamin

Bahan-bahan:
  • 200g putih telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 25 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil ovalett
  • 100g gula pasir
  • 80g tepung gandum, ayak bersama 1/2 sudu kecil baking powder
  • 25g minyak masak
  • Pewarna pink
  • Emulco coklat
  • Perisa strawberry atau vanilla - nak bagi hilang bau hanyirnya. Kang kalau lupa taruk maunya kembang hidung bau tlur pulak

Inti:
  • 100g krim keju
  • 2 sudu besar jem strawberry
      *pukul bahan ini sehingga lembut dan sebati*


Caranya:
  1. Pukul putih telur, garam, ovalett hingga setengah kembang. Kemudian masukkan gula pasir sedikit-sedikit sambil dipukul hingga kembang selama 10 minit.
  2. Masukkan santan bersama perisa makanan dan pukul perlahan hingga rata. Masukkan lagi tepung dan pukul perlahan hingga rata.
  3. Masukkan minyak sedikit-sedikit sambil digaul rata. Ketepikan sedikit adunan dan beri warna pink dan emulco coklat. Isikan ke dalam bag piping.
  4. Tuangkan adunan warna asal ke dalam acuan 26x26cm dan dot-dotkan. Kukus selama 15 minit.
  5. Setelah masak, angkat keluar dan tanggalkan baking paper. Sapukan permukaan sebelah dalam dengan cream cheese, kemudian gulung dengan kemas. Ok dah siap.

* pesan: intikan sesuai dengan selera masing-masing.
* alas acuan dengan baking paper tanpa disapu dengan mentega sebelum adunan dituang ke dalam acuan.
* balut tudung periuk dengan tuala agar kek tidak terkena wap.
* panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga airnya benar-benar mendidih barulah mengukus kek.


Cubalah..pasti puas hati dengan hasilnya. Tapi kalau keluarga punya ahli yang ramai sila ler doublekannya terlebih dulu sebab kang tak cukup naya heheh.....

Pecah tembelang tak cantik pun saya buat berlubang-lubang...amatur lagi tapi dari jauh ok ah kan ;p

Ingat next time kalau rajin nak buat warna coklat dengan kuning, biru dengan pink, hijau dengan pink, purple dengan pink isk..isk lagi gabungan per yang best? Hahahah berangan lebih bila nak buatnya ntah ler. Ngengader jer lebay ;p Tapi jangan lupa tau sebab best sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...