Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 28 April 2012

Sejarah dan Pelacongan: Kampung ku... BUKIT MERAH


*-* Iklan yang dirakamkan oleh Margerine Plata Raya berlatarbelakangkan Tasik Bukit Merah pada permulaan adengan (diambil dari abangcantik youtube) *-*


Assalamualaikum


"Kali ini saya nak bercerita pula tentang kampung tempat saya dibesarkan, mendapat pendidikan awal, tempat dimana saya memulakan kehidupan bekerjaya dan tempat saya membesarkan anak-anak sehingga kini. Bukannya tidak pernah meninggalkan kampung yang tercinta ini sepanjang menjalankan kehidupan ini akan tetapi jodoh yang panjang menyebabkan walau jauh kaki melangkah namun kesini jua hinggapnya saya setakat ini. Mungkin ditakdirkan selepas ini saya akan pergi dari sini tapi keindahan dan kenangannya tak mungkin luput dari ingatan"

 

*********************************************


Bukit Merah terletak berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau di negeri Perak, Malaysia. Terdapat sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas yang dikenali sebagai Tasik Bukit Merah.


Empangan Bukit Merah Perak
Keluasannya meliputi sehingga ke Pondok Tanjung di daerah Larut Matang dan Selama; Kampung Tebuk Panchur dan Kampung Selamat di Gunung Semanggol di bawah pentadbiran daerah Kerian. Di tasik ini juga terdapat beberapa pulau kecil yang berjumlah hampir 14 buah. Empangan Tasik Bukit Merah telah dibina pada tahun 1906 mempunyai keluasan tasik 40 kilometer persegi dengan kapasiti takungan kira-kira 70 juta liter padu pada aras 28.50 kaki


Mengikut ceritanya, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar,Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong.


Pada ketika itu tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada hanyalah denai pejalan kaki yang menghubungkan dari Alor Pongsu, Bagan Serai ke Batu 2, Bukit Merah. Ianya merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya menjadi kawasan penanaman getah, kelapa sawit dan dibahagian lembah dijadikan sawah padi.

Jalan keretapi lama yang merentasi Tasik Bukit Merah Perak

Kawasannya yang dibarisi bukit yang menganjur memanjang hingga ke tasik. Tanah bukit yang telah dicangkul oleh salah seorang daripada mereka didapati berwarna merah. Hasilnya tercetuslah nama Bukit Merah bersemperna dengan peristiwa itu.


Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak. Kayu-kayu balak itu diangkut melalui stesyen kereta api yang ada di sini yang dibina oleh pada zaman pemerintahan Jepun ini.

Permandangan diwaktu pagi di tepian Tasik Bukit Merah

Tasik Bukit Merah Perak - Permandangan diwaktu malam nan indah

Kereta api juga merupakan satunya pengangkutan awam pada masa itu. Keunikan landasan keretapi inilah yang menjadi tarikan orang ramai ke Bukit Merah sekian lama kerana ianya dibina merentangi Tasik Bukit Merah selain daripada memancing pada masa itu. Bukit Merah juga adalah satu-satunya tempat di Malaysia, dimana landasan keretapi merentasi tasik. Jika melaluinya pada waktu senja, satu panorama yang menakjubkan akan dapat lihat.

Stesyen Keretapi lama
New railway double track yang sedang dalam pembinaan melintasi Tasik Bukit Merah

Selepas Jepun menyerah kalah, penduduk kampung mula membuka lebih banyak tanah baru di kawasan ini. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, semakin ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah dan kebanyakannya berasal dari negeri Kedah dan Perlis. Mereka membuka perkampungan mereka sendiri di tepian jalan kereta api yang dikenali sebagai Kampung Kedah dan Kampung Perlis.


Bukit Merah terletak dibawah Mukim Beriah yang meliputi 9 buah kampung selain daripada Kampung Bukit Merah ini. Antara kampung lain di bawah pentadbiran mukim ini ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Alor Pongsu dan Kampung Batu 38, Jalan Keretapi. Kampung-kampung ini merupakan kampung sekitar yang terletak berhampiran Bukit Merah. Selain itu, ada juga kampung di mukim berlainan yang terletak bersebelahan Bukit Merah iaitu Kampung Tebuk Panchor dan Kampung Selamat di bawah Mukim Gunung Semanggol.

Antara aktiviti di Bukit Merah Perak

Populasi penduduk di Bukit Merah dianggarkan seramai 1,631 orang yang hidup dalam keadaan yang harmoni. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti di sini dan selebihnya adalah kaum Cina dan India. Kebanyakan rumah kayu dibina secara berselerak di atas tanah milik masing-masing. Namun di sini terdapat sebuah penempatan baru yang diberi nama Bandar Lembah Beriah dan jika dilihat pola petempatan di sini bersifat terancang dan tersusun.



Selain mengusahakan kebun kelapa sawit, ada juga penduduk setempat yang mencari rezeki sebagai penoreh getah, pesawah padi dan nelayan di Tasik Bukit Merah. Antara jenis-jenis ikan yang terdapat di tasik ini ialah ikan lampam, baung, sebarau, kelisa dan sebagainya.

Bukit Merah Laketown Water Theme Park



Ada juga penduduk yang berniaga dan bekerja di sektor kerajaan seperti guru. Terdapat juga penduduk yang bekerja di Bukit Merah Laketown Resort iaitu sebuah taman tema air yang dibuka pada tahun 1997. Ianya menjadi salah satu pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di Malaysia. Dan itu antara kebanggaan penduduk di Bukit Merah kini.


Ia dilengkapi dengan Taman Tema Air, Pulau Orang Utan serta Eco Park yang unik dan menarik. Konsep bercuti sambil berhibur di Taman Tema Bukit Merah menjadikan destinasi pelancongan ini sesuai dinikmati seisi keluarga menjadikan kunjungan ke utara Perak amat berbaloi. Waterpark ni seluas 11 ekar dan merupakan terbesar di negeri Utara Semenanjung Malaysia. Taman Air Bukit Merah ada 14 tarikan iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, ‘Mandi Timba’ dan Waterfall Bridge. Banyak kan... Di sini juga terdapat sebuah Kolej Kejururawatan Bukit Merah.


Selain itu juga, Bukit Merah turut dikenali sebagai satu-satunya tempat habitat asal ikan arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya yang berwarna keemasan yang dikenali sebagai species 'Malaysian Gold'. Ia juga dikenali sebagai 'Dragon Fish' atau 'Bony-Tongued Dragon" oleh sesetengah masayarakat cina. Ianya begitu diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan. Ini kerana ia mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.


Jika berhajat untuk sampai ke sini berikut adalah jalan yang boleh diambil:
  1. Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh.
  2. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. 
  3. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang.


14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam kembali Norlie. Terima kasih kerana melawat laman saya yang tak seberapa ni :)

      Padam
  2. Salam. Saya ingin mencari kawan saya di kampung Tebuk Panchor. Bolehkan saya mohon bantuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kalau akak ke TNB Taiping mungkin akak leh tolong tanyakan. Tapi cam ner nak cerita kat diarang sebab akak pun tak tahu cerita. Kang terkulat-kulat pulak akak nak bercerita sebab akak tak jelas hujung pangkalnya. Kat mana kawan adik tu tinggal yer?

      Padam
  3. Sya sgt suka dengan penerangan di atas.Sya org Kubu Gajah tp dah bhijrah ke KL.Tasik Bukit Merah sgt signifikan dgn hidup sya.Sya selalu ke sini sejak kecik.Byk foto yg sya dah ambik sekitar tasik.Suka railwaynya tp now dah moden & mghilangkan keindahannya.Teruskan penulisan saudari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Carlazman.. Firstly thanks sebab sudi lawat laman saya yang simple ni. Hihi Insyaallah, apa yang saya ada/belajar akan saya cuba kongsikan dengan semua. Sama-sama kita tambah ilmu kan..

      Syukur, berkenalan juga saya dengan orang sekampung yang dah berhijrah melalui penulisan yang tak seberapa ni. Tasik Bukit Merah... Memang terkenal dan jadi kebanggaan anak-anak yang tinggal sekitarnya. Moga walau dimana sahaja kita berada, kebanggaan kita tetap pada Tasik Bukit Merah yang mengikat semua kampung sekitarnya ;)

      Padam
  4. dah lama saya cari info menarik pasal tempat tinggal saya..bukit merah mmg menarik..siapa2 yang ada koleksi gambar lama di bukit merah ni kongsi lah ya..saya anak jati tebuk pancur.awk tawu tak pasal rumah lama atas bukit berdekatan dengan empangan..yg kalau tak silap saya kena daki seratus anak tangga utk kerumah tu..sy tak pasti.sy pernah kerumah tu.tp masa tu masih kecil.guru ngaji sy duduk rumah tu.katanya itu bekas markas org jepun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam d della. Terima kasih kerana sudi lawat saya kat sini. Seronok jumpa sorang lagi ahli Tasik Bukit Merah :). Tebuk Pancur memang laluan yang wajib la yer untuk warga Bukit Merah hihih. Nanti2 singgah le lagi yer :)

      Pasal rumah lama kat atas bukit dekat kawasan empangan tu. Saya pun tak berapa tahu sangat sebab kalau tak salah last saya naik umur 5@6 tahun. Gambar masa kat sana ada lagi hihi. Masa sekolah rendah jadi tempat skodengn orang hihi. Tapi mesa sekolah menengah dah tutup tempat tu. Jadi memang tak tahu sangat. Just kalau ada lagi boleh buat homestay kan.. Sayang kalau betul bekas markas orang Jepun lagi elok dinaik taraf utk lawatan kan bagus. Sejarah tu...

      Padam
  5. Salam, tentang ulasan seramai 6 orang yang buka Bukit Merah tu, saya rasa tidak tepat kerana yang buka Bukit Merah adalah keturunan dari arwah sebelah bapa saya, iaitu yang last ketua kampongnya adalah Haji Ahmad Buyong bin Natim, tetapi sebenarnya yang buka Bukit Merah adalah sebelah Arwah Nenek saya iaitu Putih binti Ali iaitu isteri kepada bekas Ketua Kampong yang terakhir Arwah Haji Ahmad Buyong yang rumahnya berhampiran dengan stesen kereta;pi lama Bukit Merah. Keturunan sebalah nenek saya/datok saya adalah keturunan Bangsawan dari Rawa. Kerajaan Perak pernah menghantar arwah datok saya ke Mekah dengan percuma kerana mengenangkan jasanya sebagai Ketua Kampong dan keturunanya yang membuka Bukit Merah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali. Yer ke tak tepat sebab saya ambil dr laman wikipedia dan dari sini http://119.110.105.56:82/CSKC/Template/TemplateContent.aspx?ContentID=3498. Tak pasti tepat atau tidak. Waalhu'alam. Apa pun itu yang tercatat dlm sejarah kini. Nak bertanya pada yang lebih otai dah tak tahu nak cari kat mana hihi. Kot ada generasi sekarang rasanya mungkin ramai yg dah tak maklum. Apa pun thanks kerana sudi berkongsi cerita :)

      Padam
    2. Betul tu memang arwah Haji Ahmad Buyong yg buka dan dan mula2 pugag Bukit Merah.Dulu semasa zaman sekolah sy pernah bersembang dgn arwah tentang selok belok bukit merah.

      Padam
    3. yer ke. ttp mungkin gak sbb Allahyarham kan warga paling tua kat kampung nih. Apa pun harap2 akan dtg byk le perkembangan kat kampung nih. mereka dah buka kampung ni harap2 pembangunan pun ada le hendaknya. takkan masih ditakuk lama yer tak? kg kat sini ker?

      Padam
  6. Arwah datok saya iaitu bekas ketua Kampong Bukit Merah, arwah haji ahmad buyong mempunyai 5 orang anak, yang sulong Perempuan bernama Kamariah binti Haji Ahmad Buyong (Arwah), kedua Abdul Shukor bin Haji Ahmad Buyong, ketiga ibu saudara saya Mak Lang Zainab binti Haji Ahmad Buyong, rumah nya depan Balai Bomba Bagan Serai, tapi sekarang dah berpindah ke Shah Alam mengikuti anaknya dimana salah seorang anaknya adalah bekas Timbalan Ketua Pengarah BPR Dato Mohamad Zawawi Mohd. Noordin, kempat Jaafar bin Haji Ahmad Buyong (arwah) dan kelima ahwah bapa saya Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad Buyong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok Buyong tu kalau tak salah saya kenal. Baik dengan Allahyarham datuk saya kalau tak salah. Heheh ingat2 lupa dah. Rumah dia dekat jalan keretapi ikut laluan belakang kedai2 tu kan?? Ada pokok bunga tanjung yang wangi tu betul tak?? Tempat saya bermain dulu tu sambil2 kutip bunga tanjung buat ikat pada sanggul. Kalau betul, Atok Buyong tu merupakan warga paling tua kat Bukit Merah ni. Last saya dapat tahu umur dia 115 masa tu masih bersekolah lagi. Dan Atok Buyong pun masih mampu datang bertandang ke rumah lagi hihi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...