Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 11 April 2012

Penghantaran Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin

Assalamualaikum.


Sejak awal April ni saya bersama Mr Hb memang agak sibuk sikit dengan projek memasak Sos Char Kueytoew 2 Puteri. Order dari Mydin dah makin bertambah disetiap cawangannya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah yang satu atas rezeki ini. Jadi kena siapkan semua. Nak berFb atau berblog pun tak leh berlama-lama. Sib baik tu hari dah standby beberapa cerita :)


Sebahagian daripada pengeluaran produk yang akan dihantar

Dalam sekejap pun ambil-ambil gak peluang berblog dan masak memasak - Nasi Ayam Hainan dan Kek Ubi Kayu. Resepi Nasi Ayam Hainan dah dipostkan. Resepi Kek Ubi Kayu akan menyusul nanti Insyaallah. Abik turn :)


Alhamdulillah Mydin Hypermarket Meru, Ipoh pun dah open so dapat juga order untuk cawangan sana. Tapi penghantarannya hanya boleh dibuat pada 17 April ni. So boleh ler dahulukan yang lain-lain seperti Mydin Hypermarket cawangan Subang Jaya, Bukit Jambul, Melaka dan Negeri Sembilan. Jadualnya balik dari Melaka stay jab kat Ipoh antar kat sana keesokan harinya.


Insyaallah akan buat perbincangan tentang kemasukkan ke Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan pula. Doa-doakan yer :)


Penghantaran ke Mydin Hypermarket  Subang Jaya dah dibuat 5 April tu hari. Pagi-pagi dah ready kat perkarangan Mydin sebab takut terlewat. Mana ler nak tahu kang kalau lewat ada masalah pula so, seawal mungkin dah bergerak dari rumah. Alhamdulillah pukul 9 lebih semua dah selesai. So rasanya Insyaallah dah ada ler tu kat rak di lorong Agrobazar di Mydin tu. Kalau ada rakan-rakan yang nak cuba boleh ler ke sana ye. Harganya murah je tapi memang berbaloi sangat.

Suasana di gudang Mydin Hypermarket


Yang dikatakan berbaloi sangat tu sebab kalau dah dimasak Char Kueyteow tapi masih ada baki boleh ditry dengan hidangan lain Sos Char Kueyteow 2 Puteri tu. Bukan takat masak Char Kueyteow sahaja tapi boleh juga masak sambal tumis, nasi ayam, masak merah dan lain-lain. Nak buat masak sayur pun ok tau. Sila scroll kat mana-mana resepi Mee / Kueyteow / Mihun, Pasta dan Sambal. Insyaallah ada terselit resepi yang melibatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Insyaallah bila ada kelapangan lagi, saya akan postkan lagi resepi yang boleh dimasukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni.


Mydin Hypermarket Bukit Jambul pula mungkin hari ini dah masuk rak sebab hari Isnin lepas (9 April) baru hantar. Manakala Mydin Hypermarket Melaka, Negeri Sembilan dan Ipoh Insyaallah minggu depan akan dihantar Insyaallah.


Buat rakan-rahan yang dah membeli Sos Char Kueyteow 2 Puteri, ribuan terima kasih kami ucapkan. Buat yang masih belum, boleh dapatkan dicawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan sekarang. Cubalah, Insyaallah berbaloi :) Kalau yang berminat nak berniaga pun ok. Harganya RM20.00 je untuk 1.4kg. Gunanya sikit je memang untung Insyaallah.

Ok takat ni je cerita kita. Insyaallah akan bersambung lagi nanti. Salam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...