Rabu, 18 April 2012

Kek Ubi Kayu

Assalamualaikum.....



Hari minggu itu hari 8 April 2012, saya telah memulakan semula projek baking kek. Dah lama oven tak berasap. Last sekali masa buat Nasi Ayam Hainan tu hari. Tu pun sekejap je sebab buat sikit.


Kebetulan dalam 2-3 hari sebelum tu ayah ada beri ubi kayu yang ditanamnya pada kami. Mulanya Mr Hb cakap nak rebus je. Tapi tah macam mana dia tak nak dan disuruhnya buat kek pula. Sebetulnya resepi kek ni dah lama sangat saya simpan. Sejak tahun lepas lagi. Dah tak ingat pulak siapa yang beri.



Dulu nak buat tak dapat-dapat ubi kayu. Yang ditanam sendiri jadi kecik je ubinya takat sekali makan dah habis. Ayah pun baru tanam je masa tu. Yang dijual Mr Hb tak suka sebab katanya takut masuk angin. Tak best rasanya nanti katanya. Kita ni mana ler nak tahu sangat so ikut je la katanya.



Akhirnya berkat kesabaran menanti si pokok ubi yang ayah tanam tu membesar akhirnya membuahkan hasil. Lepas siap bakar kek terus dititipkan buat ayah sebab masa ambil ubi kayu tu ada le cakap kat dia nak buat kek. Alhamdulillah dapat pujiannya. Memang dia makan banyak le jugak kek tu. Mulanya dia kata tak rasa pun ubi kayunya. Lepas cakap yang dah diparut baru dia faham :) Ada gak ler yang terkantoi sebab berketul sikit so ada ler tastenya.


Teksturnya memang rasa berserat sikit. Kalau tak tahu sure ingat ada quaker oat kat dalamnya. Rasa manis pun berpatutan je tak ler manis sangat. Mula tu risau gak takut manis. Tapi Alhamdulillah. Terima kasih pada rakan Fb yang beri resepi ni. Memang best dan beri kelainan pada hidangan kek kita. Yea la selama ni kek durian je yang glamerkan. So try yang ni pulak kot boleh jadi koleksi variasi kek yang best kawan sumer. Nanti kalau ada rezeki nak try kek cempedak pulak. Tu ary ada tersport kat dalam Fb juga. Tapi ayah minta kek buah. So kena selak resepi kek buah le pulak.


KEK UBI KAYU


Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 3 cawan ubi kayu - parut dan buang airnya (elakkan dari rasa pahit)
  • 1 cawan tepung gandum * ayak bersama
  • 2 cawan butter
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate * ayak bersama
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 2 jenis pewarna yang digemari

Caranya:
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan butter dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang dan warna keputihan.
  3. Masukkan parutan ubi kayu. Sebelum tu lerai-leraikan guna hujung jari. Jika tidak berketul-ketul nanti. Nanti kalau dah masak dalam hari kedua yang ketul-ketul tu akan jadi keras. Nak makan pun tak sedap.
  4. Masukkan campuran tepung gandum dan kacau rata. Tak payah laju-laju cukup sekadar kaup balik. Kalau guna mesin guna minimum speed je.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna yang digemari.
  6. Gris loyang dengan butter dan tuang adunan secara berlapis-lapis. Ratakan dan ketuk sedikit loyang bagi sekata adunannya.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Saya rasa oven saya sekitar 1 jam 5 minit je tapi ikut oven masing-masing ye.

Rasanya memang sedap. Cubalah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...