Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 29 Mei 2012

Bila Masuk Test


Assalamualaikum.


Kali ni saya nak cerita pasal keputusan ujian psikometrik dari UKM yang saya duduki. Alah ujian tu melalui internet je amiknya. Bayar RM50.00 pastu pergi pejabat Mara untuk ambil ujian.




Sebenarnya saya ambil test tu pada 2hb March 2012 tu hari. Tapi tah cam ner keputusannya hilang pulak dari simpanan. Melilau saya cari. Habis satu rumah kena selongkar.


Alih-alih masa buka poket beg sekolah anak jumpa kat sana. Hisss rupanya dia tolong ambil simpan. Aduhaiii punya ler letih kiarang suami isteri mencarinya. Punya ler simpan sampai dekat 2 bulan cari tak jumpa-jumpa. Anyway thanks sayang sebab tolong simpan untuk ibu heheh.


Yang saya bangga sangat nak kongsikan tu bukannya apa, tapi itu ler keputusan ujian yang paling best yang pernah saya dapat heheh (iye ker???). Tak lah... Dulu masa sekolah pun pandai apa.


Ujian ni sebenarnya melibatkan psikologi dan kematangan kita. Diduduki untuk memperlihatkan bahawa kita sebagai owner sesebuah syarikat ni mampu kendalikan sebarang masalah dan memang ada fokus dalam perniagaan. Heheh itu pendapat saya je le sebab soalannya lebih kurang macam tu.


Mula nak dudukinya punya ler duk dak..duk dak.. risau gak kalau-kalau percentagenya tak memuaskan.


Nak masuk menjawab Mr Hb pesan macam-macam. Doa tak putus-putus. Mengalahkan nak masuk exam SPM le pulak rasanya.


Masa jawab tu saya cuma tawakkal dan jawab ikut apa yang saya fikirkan betul. Jawapannya lebih kepada ya atau tidak je. Tapi disebabkan itu lagi letih nak pilih. Kena betul-betul kita fikir logik. Kalau silap sikit harus naya sebab nanti mungkin akan diulang soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza. Nak padam jawapan lama memang tak boleh punya. Sekali jawab kira muktamat dah. Kang kalau tak sama harus effect keputusan ujian.

Lebih kurang cam gini ler situasinya. Cuma saya sorang je hahah

Lepas ujian tu terus dapat keputusan. Pergh... Tak sangka hebat ler juga saya ni heheh (xsen ler pulak). Pegawai yang jaga tu cakap saya ler yang dapat keputusan tertinggi dalam ujian yang diadakan. Tapi takat dari Daerah Kerian je la. Daerah lain tak tahu ler pulak saya heheh. Apa pun masih berbangga hahaha.


Apa pun syukur Alhamdulillah.... itu wajib kita ucapkan kan. Dia yang bagi kepandaian dan ilmu psikologi ni kat saya. Alhamdulillah :)


                                 1.   Self-Awareness      :      81.9% (average 66.75%)

                                 2.   Self-Regulation     :      82.23% (average 73.45%)

                                 3.   Self-Motivation     :      98.4% (average 73.87%)

                                 4.   Empathy                 :      97.07% (average 77.81%)

                                 5.   Social Skill             :      96.22% (average 72.22%)

                                 6.   Spirituality             :      97.78% (average 72.76%)

                                 7.   Maturity                :      100% (average 76.85%)


Matuarity 100%. Pergh... Matang sungguh rupanya saya ni hahah. Syukur Alhamdulillah :)


Sebenarnya bukan nak menunjuk tapi ni tanda kenangan pada anak-anak. Bukan apa sekurang-kurangnya nanti bila diarang besar diarang akan sedar yang ibunya ni pandai le juga heheh. Mana ler nak tahu kot-kot kertas result hilang lagi heheh.

2 ulasan:

  1. hi, assalamualaikum...boleh sy tau soalan mcmana yang ditanya ya? barely iq test..or ade soalan general knowledge..sejarah dan sebagainya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi... waalaikumussalam. sebenarnya soklan semua tu rangkum byk aspek. nak cita detail sesangat pun payah sbb dia berkait antara satu sama lain lebih kurang la. cuma soalan je pusing sana sini. petua saya, just ambil yg logik. mcm lagu tanya sama pokok, tp yg ni tanya sama diri hehe. jgn jawab sesuatu yg lebih kurang mengampu atau nak tunjuk hebat bagai. just be honest ha... tu yg terbaik.

      nadiahishamsaid, ada org nak masuk test ke????

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...