Isnin, 14 Mei 2012

Olala....Orang Seremban here we Comeeeee


Assalamualaikum.


Esok 15 May 2012 Sos Char Kueyteow 2 Puteri kembali lagi ke Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan.


Setelah sekian lama kami menghilang huhu.. .Bukan per... Yang saya tahu lama dah habisnya Sos Char Kueyteow 2 Puteri  ni kat sana tapi baru sekarang dapat order. Ada masalah sikit katanya. Sedih sangat. Lagi pula pegawai yang handle tu bercuti panjang so redha je la. Harap-harap lepas ni tak le macam ni lagi hendaknya.


"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah" Itu yang saya pegang.. Jadi usaha kena teruskan walau banyak halangan yang dihadapi. "Hadapi rintangan dengan senyuman walau kadangkala membingungkan, moga dengan senyuman itu membuka hati untuk terus tabah".

Jangan lupa yer...Ingat Mydin Ingat Sos Char Kueyteow 2 Puteri ;)

Buat rakan-rakanyang tinggal di Seremban dan yang telah mencuba Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni dulu terima kasih ya. Sambutan memang hangat kami terima. Terima kasih atas 'warm welcome' yang kami terima. Kalau puas hati rekomend le kat kengkawan lain kay. Tapi kalau ada masalah atau apa-apa yang berkaitan dengan produk kami tu call le kami. Insyaallah kita bawa berbincang kay.


Pada yang masih belum mencubanya, sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Terminal 2 Seremban (dan Mydin Hypermarket lain seperti di Bukit Jambul, Penang; Meru Raya, RTC Gopeng dan Manjoi, Ipoh; Subang Jaya, Selangor dan MITC, Melaka). Insyaallah berbaloi dengan wang anda. Ok kan iklan tu :)


Memang betul...kat Mydin tu hari saya tengok harganya RM4.95 je sebotol. Sebotol tu pula boleh buat 10 hidangan. Kalau beli kat kedai 1 pinggan Char Kueyteow lebih kurang RM3.50 ke RM4.50 kan... Jadi don't teragak-ragak lagi. Dapatkan segera :) Memang target kami untuk kegunaan para penggemar Char Kueyteow untuk rasai lebih kenikmatan dalam menikmati Char Kueyteow.


Pada yang nak berniaga pun boleh... Bukan kami nak tutup rezeki kawan-kawan. Tapi kami beri pilihan :).  Bayangkan pula, beli sebotol RM4.95 (atau harga asalnya RM6.00) jual sepinggan RM4.50. Untuk modal 1 1/2 kali masak je. Baki 8 1/2 kali lagi tu modal barang lain sikit dan selebihnya untung. Nak tak...? Bukan janji kosong Insyaallah...


Lagi satu sebab saya kata berbaloi sebab Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni boleh dipelbagai gunakan. Pada rakan-rakan yang kreatif, selain daripada memasak Char Kueyteow, sos ni juga leh buat bihun goreng, pasta goreng, Nasi Ayam Hainan, sambal tumis, dan lain-lain masakan.


Kot bekalan kicap habis dalam stok kat rumah tu kot emergency leh le ambil Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni sebagai pengganti. Ok le rasanya tapi tak le sehitam kicap pekat manis tu. Nanti-nanti saya uploadkan lagi resepi yang sesuai guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni kay...Insyaallah.    

Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Lorong Agrobazar dan lorong sos di Mydin Hypermarket

Ok lah saya nak kena siapkan barangan untuk dibawa esok. Sehingga bertemu kembali, tolong doakan yer agar kawan-kawan semua boleh dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni di Giant Hypermarket pula. Terima kasih semua....Assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...