Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Khamis, 17 Mei 2012
Cerita Ceriti pepagi ni...
Assalamualaikum semua.
Buat apa tadi? Saya dah balik dari Seremban. Tapi dek kerana letih sangat dengan program tu hari, baru malam ni bersiaran. Biasala kan... Dah tinggalkan rumah seharian kena le membasuh mengemas pula :)
Kelmarin 15hb Mei 2012, lepas hantar produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Hypermarket Terminal 2 tu kitarang jejalan jab dalam Mydin. Saja buat lawatan sambil membeli belah. Mulanya ingat nak beli air mineral je sebab bekalan 1 botol air masak 2 liter memang tak cukup untuk kami. Bukan tak minum air lain tapi masing-masing jenis kuat minum. Itu yang nak kena beli tu.
Tapi dah namanya masuk hypermarket, harus yang lain pun terbeli juga. Kononnya nak beli mineral murah le sikit. Tak percaya saya cakap murah? Teka berapa? Siapa tahu jawapannya sila angkat tangan. Hadiahnya.... Botol mineral kosong hihihi.
Ha...saya beli mineral 1 Malaysia cuma RM0.89 je untuk 1 botol 1500ml. Tapi saya keluar dari Mydin dengan belanja hampir RM60.00. Isk pelik gak mana datangnya lebihan perbelanjaan. Tercari gak kat dalam 2 plastik bag yang berat tu.
Lepas tu kitarang pun berangkat ke Kay Ell le pulak. Tu untuk tunaikan janji dekat Afif dan Izaz untuk bawa diarang pusing-pusing naik bas dan ketapi. Isk lama sungguh tak naik bas ni. Last naik masa kerja tu hari. Dah 7 tahun gak ler. Kiranya sambil bawa anak sambil imbas nostalgia le konon hehhe.
Lepas je sampai Masjid India terus kitarang naik train pulak. Beli tiket sampai Bandaraya je sebab dekat sikit nak pusing balik nanti. Tapi tu la dah namanya bawa anak-anak naik train, kitarang tunggu sampai habis stesyen dan patah balik ke Stesyen Bandaraya baru turun. Baru saya tahun yang Stesyen LRT Bandaraya tu sekarang dah bersambung dengan SOGO. Heheh...selama ni datang ikut jalan depan je. Memang tak pandang le tempat lain.
Selesai semua perkara, kami pun balik jalan kaki je ke kereta. Ini memang aktiviti wajib saya masa kerja dulu. Jalan kaki sampai rumah sewa. Kesian gak kat anak-anak tapi diarang pun masing-masing tak merungut. Mungkin sebab teruja so sepanjang jalan menceceh je kerjanya. Ada saja yang nak ditegur dan disoal. Letih gak le nak menjawab.
Masuk je kereta terus kami bergerak balik. Letih le jugak.
Dalam perjalanan masa dengar radio (stesyen apa tah main turn on je) terdengar Djnya cakap yang Mydin Hypermarket Meru Raya di Ipoh akan mula beroperasi pada 18 Mei 2012. Wah teruja kami jadinya. 17 April tu hari kami hantar produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat sana. So this time nak tunggu respond orang kampung le pulak. Respond dari kawan-kawan kat negeri lain memang best. Jadi begitu juga le harapnya dari orang Ipoh/Perak.
Target nak masukkan Cili Boh 2 Puteri tak sempat lagi sebab plastik pembungkusnya yang ditempah masih belum siap. Katanya lagi 10 hari baru boleh siap. Fuhh lama dah tempah tu sebenarnya. Kalau tak salah akhir bulan 3 lagi dah. Payment pun dah lebih 60% kitarang bayar on the spot. Tapi ketentuan tuhan tu mungkin ada hikmahnya kan... Jadi redha je la satu produk je dulu yang dipasarkan kat Ipoh. Janji ada kan... Kot tidak lagi naya. Harap-harap lepas ni boleh le pasarkan pula Cili Boh 2 Puteri kat pasaran hypermarket juga....Aaamiin.
Kawan-kawan yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan dan yang tinggal di Ipoh, Perak sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di pasaraya Mydin kay. Terima kasih pada yang sudi membelinya :)
Kay nak beradu dah... Letih semalam pun tak hilang lagi ni. Esok misi masak memasak pula. Semperna birthday Afif Khadyeeja pula. Dia wish coklat cake so nak try Kek Coklat Mayonis esok. Harap-harap menjadi le sebab dia nak decor Princess Barbie atas keknya... Doakan saya yer :) Assalamualaikum...... Nite-nite all :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan