Assalamualaikum,
Panjang tak tajuk kali ni? Tu..kena pilih betul-betul nak dengar yang mana satu dulu. Satu berita sedih satu berita happy. Yang mana jadi pilihan untuk diperdengarkan dahulu?
Jika itu persoalan yang diutarakan kepada saya harusss saya pilih yang sad dulu. Kemdiam baru pilih happy. Bukan apa biar ler yang happy ni walau pun sikit tapi penyedap hati yang lara lepas dapat berita sedih kan heheh. Tapi tak tahu lak dengan kengkawan semua.
Tu hari saya ada ceritakan kat sini yang kami dah tempah packing untuk Cili Boh Asli 2 Puteri. Yang dah dibayar lebih 60% wang pendahuluannya tapi hingga sekarang tak dapat-dapat. Mungkin ada kengkawan yang tanya dah lama mana kami tempah?
Packing lama. Label main photostat je... Itu yang mampu masa tu |
Sebenarnya kami tempah pakaging untuk Cili Boh Asli 2 Puteri tu sejak awal bulan 3 lagi. Dah masuk 2 bulan dah tapi sampai sekarang masih tak siap. Ada je masalah yang wujud. Naik pelik juga dengan kilang tu sebab setahu saya kilang tu dah lama dah. Bukan kecil-kecil punya production yang diarang buat. Antara company yang gunakan khidmat diarang adalah company jual bihun yang agak glamer gak ler. Pergi Tesco sure ada ler.
Mula-mula dikatanya design saya beri susah nak buat. Lepas push ok le. Tu pun siap kita masuk campur. Kot tak entah ler... Tak leh bayang design yang diarang bagi dulu. Bikin pecah kepala huorghhh. Opsss sowey :].
Kemdian cakap barcode tak cukup angkanya. Dah diberi sekali lagi. Pastu cakap 'mould' lambat sampai. Mintak diarang percepatkan.Akhirnya, minggu lepas diarang cakap ok ler mungkin minggu ni boleh dapat.
Kita muslim mana boleh temper-temper kan... Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kita dengan satu-satu ujian tu.. Yer tak? |
Tapi bila masuk awal minggu ni (Isnin 21 May) sales person dia call cakap ada masalah nak scan barcode pula. Pulak... Itu hari saya tanya dengan diarang masalah ni. Katanya tak de masalah. Alih-alih timbul pulak. Itu yang buat kami geram sangat.
Jawabnya kena tunggu lagi ler nampaknya. Diarang kena buat 'mould' semula. Entah ler lama mana pulak le nak kena tunggu ni...
Aduhai.. itu ler antara cabaran dalam berniaga ni. Ndak tak ndak kena harung juga demi anak-anak. Kuat Semangat! Kuat Semangat! Kuat Semangat!! heheh.
Eh... Comel pulak saya ni kan. Tak sangka I.. |
Masalahnya yang buat saya SAD sangat-sangat adalah kesan daripada tindakan diarang ni.
Semalam kami dapat berita dari pihak Tesco (jeng jeng jeng...nak sampai dah bab Happy ni) yang diarang nak sample produk kami esok. Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Cili Boh Asli 2 Puteri. Pihak Tesco nak buat test market terlebih dahulu sebelum order. So esok kena ke KL antar produk ler pulak. Jadi esok tak ke temu ler kita yer.. Ada ker yang sedih heheh.
Hehehh citer sikittt ni pun nak happy ke? Takat test je heheh. Memanglah sikit dan kecil tapi amattttt bermakna buat kami. Lepas penat berhubung dengan pihak Tesco dengan macam-macam cara akhirnya sebelah kaki kami dah ada kat situ. Syukurrrrrr sangat-sangat Alhamdulillah.
Yang sedihnya Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang dapat pergi dulu. Bagi Cili Boh Asli 2 Puteri kena bye-bye jab sebab masalah pakaging tu lah...
Itu ler ceritanya... Sedih dan happy silih berganti kan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan