Pergh... Sedar tak sedar esok dah nak sambut hari raya. Isk rasa cepat lak masa berlalu. Baru jer puasa rasanya heheh.
Kowang sumer dah siapkan segala persiapan nak sambut raya tak lagi? Pasti ada yang tukar langsir, hiasan rumah dan segala macam lah kalau pun tak tukar perabot-perabit yang ada kan :) Berapa jenis kuih dah siap? Beli ker buat? Almond London, Semperit, Tart Nenas, Makmur dan lain-lain jenis kuih tu sure dah dimasukkan dalam balang kuih raya dan diletakkan atas meja kan. Ehhh baju raya kaler apa tahun ni. Sure ada tema warna untuk seisi keluarga...
Saya ni masih guna langsir lama. Tak maleh nak pikir sangat bab tu sebab cantik dan relevan lagi warnanya heheh. Cuma sheer curtain je yang ditiadakan jadi nampak cam langsir lain le. Itu je yang berubah. Selain tu lampu lip lap jer tukar yang baru sebab yang lama dah reput. Anak bising nak lampu lip lap tu so Mr Hb beli ler satu. Yang tu kalo tak der rasa kureng meriahnya raya yer tak??
Pakaian raya tahun ni mulanya cadang tu nak pakai warna merah ala-ala warna Cili Boh Asli 2 Puteri kitarang. Tapi nasib tak baik kain yang nak ditempah buat baju raya tu dah hilang. Dihilangkan oleh pembantu tukang jahit tempat kitarang anto kain tu hari. Sedihnya bukan kepalang. Udah ler lagi 2 minggu nak raya memang susah ler nak cari warna tema. Tambah-tambah anak-anak punya. Bukan tak der warna merah tu tapi bila diarang dah tengok warna yang lain harus diarang tak nak merah dah... Masa gi Jalan TAR tu kitarang beli le baju raya semula. Akhirnya si kakak dapat pink, si adik pilih warna purple. Saya.. Mula tu ambik warna purple, tapi terbesar le pulak lengannya so Mr Hb dengan gentlenya gantikan le baju tu masa gi Ipoh tu hari. Siap amik satu sama warna dengan dia... Merah. Alhamduilllah sukanya saya. Thanks darling ;) Terubat sikit hati.
Persiapan kuih raya saya sikit jer. Macam biasa ler kuihnya. Tapi tahun ni saya cuma tambah satu je kuih buatan sendiri iaitu Almond Crips. Yang lain tempah dari rakan-rakan yang berniaga. Last year memang meriah dengan kuih raya buatan sendiri dalam berbelas jenis gak ar. Tapi tahun ni tak sempat dan malas nak buat. Sebabnya ada jer kerja nak kena buat. Keluar sana sini, masak cili boh dan sos char kueyteow la, berniaga produk Nurellyss la. Memang bila balik rumah rasa nak rest jer. Itu yang malas nak mencookies tu. Yang tu pun curi-curi buat masa cuti tu hari.
Macam biasa le juadah wajib kitarang Tart Nenas dengan Makmur. Yang lain aneka jenis kerepek. Yang ni paling laku kat rumah ni. Ada gak beli putu kacang untuk mak-mak kitarang. Masa test tu hari memang sedap sangat. Lembut dan rasa kacang tu memang sah-sah putu kacang asli. Tapi semalam dapat bila try satu adeh... Sah-sah eden kena tipu weh... Tak bagi kat mak dah war-war dulu. Nak bagi malu.. Tapi Mr Hb kata bagi je la sebab dah beli. Sikit-sikit ada gak yang akan makannya nanti. Tak elok buang-buang ni.
Azam nak buat kek buah terkandas le pulak sebabnya semalam balik dari umah mak semalam terlupa nak buat persiapan bahan-bahannya terlebih dahulu. So nampak gayanya tak der le kek tahun ni. Lepas kemas kini blog nak mengemas rumah. Tak sempat rasanya.
Customer Dodol Nenek 2 Puteri ada yang bertanyakan pasal dodol kitarang tu. Tapi tahun ni kitarang dah tak ambik tempahan. Selain dari masalah sibuk yang terlebih-lebih, harga kelapa pun mahal sangat. Memang tak mampu buat dodol enak tu. Ramai gak yang mintak gak kitarang buat tapi maaf le takut kang tak sempat kang naya. Nak cari kelapa lagi memang harga melambung le karang. Rumah kitarang pun tak berdodol. Harap-harap mak buat le tahun ni eheheh. Tahun-tahun lepas kitarang yang ambik alih.
Saya ambik kesempatan ni nak wish semua kawan-kawan yang sudi melawat blog kecil saya ni dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada tersalah kata terkasar bahasa semasa saya berblogging. Yang nak pulang ke kampung tu drive safe... Banyak keta sekarang ni. Ok Selamat Hari Raya Dari kami sekeluarga :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan