Assalamualaikum..
Tu hari le masa skodeng dapur Rosmaniza @ Ogy... Nampak cun je hasilnya. Mula ler teringin nak cuba buat. Stok oren pun sentiasa ada kat umah ni. So bila ada peluang apa tunggu lagi... Coba terus. Sementelah pulak bulan posa ni panas sikit cuacanya. Layan jelly memang sesuaiii sangat rasanya.
Buat lebih kurang 12 biji oren. Belennya saya masukkan dalam acuan jelly besar dan yang berbentuk kartun untuk anak-anak. Banyak le jugak dapatnya. Nak mengekjas tak reti dan takut kang tak sedap so saya follow resepi times 3 le untuk 12 biji limau.
Rasanya not bad.. Macam minum orange biasa tu tapi berjelly le. Rasa masam pun sebijik limau tu. Saling tak tumpah. So kalau makan dalam kulit orenge ni memang feeling tu jelas sangat. Kalau yang dalam acuan ada sikit lari tempo le sebab selalunya jelly kan manis. Bila masam...rasa sukar le sikit nak diterima orang. Jadi saya sarankan kalau nak buat jelly ni jangan banyak sangat. Biar cecukup je dengan jumlah kulit orange yang ado. Tapi cam ner nak jadikan cukup-cukup... Itu ler masalahnya. Buat sikit ok ler kot :) Sebab nak masukkan dalam kulit orange tu tak payah banyak sangat pun.
Buat orang-orang yang macam Mr Hb yang tak suka makan jelly flavour lain kecuali plain sirap jelly boleh le terima jelly ni. Nak-nak yang ada kulitnya so feeling macam makan buah oren berjelly la..
Jom tengok resepinya... Boleh le buat nanti kalau ada masa kan... Gambar saya ambil kiriman kawan-kawan. Saya tak dapat download gambar sendiri sebab cik kamera rosak... Tak berganti lagi. Mr Hb dah warning sok-sok kalo beli jangan dok gatal tanang nak download lagi dah... So terima kasih buat kawan-kawan yang ada gambarnya kat sini ya...
Orange Jelly
By: Yani, MyResepiSkodeng di: Ogyjoren
Gambar: Juwita & Ogy punya
Bahan-bahan:
- 4 biji limau saiz besar
- 10g serbuk agar-agar
- 5 cawan air
- Jus limau/oren
- 1/2 cawan gula
- Secubit garam
Caranya:
1. Limau belah 2 dan keluarkan isinya. Saya perah dulu jusnya baru keluarkan isi. Ada gak yang tebuk sedikit disebelah atas dan keluarkan isi. So boleh le pilih mana yang dirasa mudah kay.
2. Perah isi ambil jusnya pada yang tak buat lagi. Tapis kalau nak nampak cantik. Saya ambil semua pulpnya. Cuma buang mana-mana yang dirasakan memburukkan oren saya nanti je.
3. Masak agar-agar, gula dan garam sehingga sebati. Kacau tau jangan biar terus atas api.
4. Masukkan jus dan pulp dan biarkan hingga mendidih. Tutup api.
5. Terlebih dahulu susun kulit limau yang dah dibersihkan di atas cawan supaya mudah dituang dengan jelly cair tadi.
6. Tuangkan jelly cair ke dalam kulit limau sehingga penuh. Biarkan sejuk di luar sebentar baru simpan dalam peti sejuk.
7. Masa nak hidang nanti baru keluarkan dari peti sejuk dan potong macam belah limau biasa. Biarkan bersama kulit....Kalau ada pulp memang agak terpedaya sikit cuma nampak berkilat je la.
Ok tu je...mudahkan. So sesenang kang try le. Pastikan stok limau ada kat rumah. Musim panas sekarang memang sesuai sangat kalau makan jelly sejuk-sejuk macam ni.
Dek kerana comel sangat Mr Hb dengan anak-anak laju jer habiskan jelly ni. Untuk buah tangan berbuka kat rumah mak diarang suruh bawa yang dalam acuan je ke sana. Tapi masalahnya belen tu saya masukkan dalam acuan kartun so... Sebelum orang kutuk cerita awal-awal... Mr Hb punya salah heheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan