Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 11 Ogos 2012

Mydin Subang Jaya


Hari ni kitarang nak kena masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk dihantarkan ke Mydin Subang Jaya. Insyaallah minggu depan kitarang akan bertolak ke sana untuk buat penghantaran. Harap-harap perjalanan smooth ler nanti. Insyaallah... Aaamiin.


Sepatutnya penghantaran dibuat selepas raya ni tapi untuk elakkan sebarang masalah berlaku. Yea la.. Raya kan harus jumpa sanak sedara semua. Jadi takut gak kang tengah-tengah happy macam tu terpaksa tinggalkan keluarga untuk hantar produk. Isk mak tak rela uuuu.


Berkesempatan nak ke KL nanti kitarang bercadang nak shopping baju raya kat KL. So sambil menyelam dapat gak ler minum air hehehhe. Jangan air masin dah ler. Kang muntah hahaha.


Tu hari kiarang ada singgah kat Mydin Subang Jaya masa gi hantar business proposal kat KKLW. Singgah tu nak bincang status produk kami kat Pasaraya Mydin ler. Lepas berbincang, kitarang tunggu jab sebab ingat boleh dapat by hand terus order tu. Sekejap tak sekejap dalam 3 jam gak ler heheh.


Masa menunggu tu kitarang pun jalan-jalan sambil bershopping kat dalam tu. Ada ler beli dua tiga barang terutama anak-anak punya. Sangkut gak yer heheh. Kitarang gi ler jengah Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat rak di lorong Agrobazaar tu. Tengoknya produk kitarang yang comel tu terletak above eye level. Sedih gak takut customer tak perasan sebab botol kitarang tu comel sangat. Tinggal 1 jer lagi. Tarikh expirednya pun yang mula-mula kitarang hantar. Jadinya kami agak orang tak perasan ler kot botol yang satu tu. Nak-nak letaknya agak tinggi.


Kitarang jalan lagi dan sampai kat bahagian sos dan kicap pulak. Alhamdulillah kat situ ada gak produk kitarang tapi tetap sama above eye level. Hala... Apsal sumer above niiii. Produk kitarang tu comel tak boleh duduk above atau below eye level. Takut orang tak nampak. Memang tak nampak pun sebab tengok tarikh expired tu yang mula-mula kitarang hantar. Yang terkini tak der. So kitarang agak yang lama tu tertolak ke belakang jadinya orang tak nampak. So customer hanya capai apa yang diarang dapat ambil jer la. Nak cari tak nampak sebab tinggi. So yang kat belakang tinggal ler berlapuk kat situ. Itu yang produk kitarang masih berbaki tu.

Eye level yang kat tengah-tengah tu yer. Heheh jangan mare saja nak bagi chantik ada gambor ;p

Harap-harapnya dengan izin Allah this time kedudukan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kitarang tu akan berubah dari above eye level jadi exactly at eye level. Aaamiin.


Kalau sesiapa yang nak cuba Sos Char Kueyteow 2 Puteri sila ler ke pasaraya Mydin yang berdekatan. Produk kitarang tu berada di lorong Agrobazaar dan lorong Sos dan Kicap di pasaraya berkenaan. Insyaallah.


Terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...