Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 13 Ogos 2012

Baju Raya 2012


Minggu lepas saya dapat call pagi-pagi dalam kol 8 lebih dari somebody. Rasa cam pernah nampak no phone tu. Mulanya ingat costomer yang beli produk Nurellyss Serum. Kita pun angkat ler dengan confident nya. Almaklumlah rejeki. Heheh. Tu hari masa call, dia cakap serum ada lagi. Tapi dia puas hati pakai serum tu. Alhamdulillah.


Saya pun ingat nak beli ler lagi. Rupanya yang call tu orang lain. Pembantu tukang jahit tempat saya tempah baju raya tahun ni... Ok ler terus saya tanya baju dah siap ker. Hantar dari bulan 4 lagi sebab takut terlewat tempah nanti orang tak nak dah. First time tempah baju so cadang tu nak ler bergaya dengan anak baju fesyen pulak. Jemu lak saban tahun baju kurung.. Excited tunggu jawapannya.


Last-last dia minta maaf sebab katanya kain yang nak buat baju tu dah hilang. HILANG???? Allahuakhbar!!! Saya hantar bulan 4 lagi. Sebelum tu elok jer ada. Tak kan dekat nak raya hilang... Lagi2 minggu nak raya pulak tu. Aduh sedihnya... Macam mana nak beraya dengan baju fesyen baru? Dah ler masa pilih tu punya ler telek tenung nak cari yang tercantik kat mata. Dua kali masuk kedai Euro Moda kat Ipoh tu pasal mata berpinau tengok banyak kain yang cantik-cantik.



Hilang pulak.. Afif dah bising bertanyakan baju raya dia.


Mula tu bengang gak ler. Tapi bila teringat mungkin itu janji Allah saya redha. Tapi saya cakap pada kakak tu masa dia tanya nak ganti kain atau duit. Saya katakan bahawa saya mahukan duit. Yer la kalau kain, bila masa dia nak jahit. Kang apa yang kita nak jadi lain lagi naya. So saya mintak dia buat bayaran. Tapi terus terang saya cakap pada kakak tu harga sebenar saya memang tak ingat sebab sebaik beli 4 bulan lepas terus saya hantar untuk tempahan. Jadi memang memori bab harga tu saya tak ingat. Lagi pula 2 kali keluar masuk kedai tu. Mula-mula beli kain anak. Pastu baru beli kain saya. Dah buat bayaran kali kedua. Keluar tengok ada kain lebih untuk buat lining baju anak. Bayar lagi pulak. So memang tak terdetect harga keseluruhan kain yang saya beli.



Saya minta ganti rugi RM150.00 jer untuk 3 pasang baju bersama kain lining tu. Saya cakap kalau harga kain tu kurang dari yang kakak tu bayar, kakak tu kena ingat ia sebagai duit ganti rugi. Tapi kalau terlebih saya halalkan. Saya juga cakap kain tu kalau dah jumpa kakak tu ambil ler sebab saya akan beli yang baru. Dia pun setuju. Oklah. Mulanya dia nak bayar lepas raya. Tapi saya tak setuju sebab saya nak beli baju lain sebagai ganti. So saya minta keesokan harinya. Dia pun setuju dan bayaran diterima oleh Mr Hb keesokan harinya kat kedai yang kitarang tempah kain tu. Kakak owner kedai yang kitarang tempah tu cakap yang dia tak akan upah lagi dah kakak yang hilangkan kain baju saya tu. Terpulanglah itu masalah diarang. Saya rasa serik ler takat ni nak tempah-tempah dah..


Tapi... Tiba-tiba hari Jumaat tu hari saya dapat massage katanya dari anak kakak tu. Dia cakap kain tu dah jumpa. So dia nak saya ambil balik kain tu dan bayar semula duit ganti rugi yang mak dia kasi tu. Saya pun tak setuju ler sebab perjanjian tu hari saya dah cakap kalau jumpa balik pun saya tak akan ambil semula. Kalau ambil pun mana sempat nak tempah lagi dah. Kang kalau tempah dekat dia juga kang tah hapa-hapa jadinya. So nak elak daripada masalah bepanjangan baik saya beli yang dah siap je.


Saya tetap dengan pendirian saya tak akan ambil balik. Anaknya marah-marah dan cakap saya aniaya mak dia. Tapi kenapa pulak saya dipersalahkan?? Saya nak baju yang dah dibeli kain tu siap. Nak bergaya pagi raya nanti. Bukan saya nak dia hilangkan. Jadi kecuaian dia bukan penganiayaan dari saya pun.


Dia cakap yang dia tak halalkan. Entah ler tak paham saya. Matang ler sikit... Allah lebih mengetahui selain dari ibunya sendiri. So saya cakap begitu la. Rezeki masing-masing Allah yang tentukan. Sapa yeng berniat jahat memang Alah akan turunkan bala dalam apa bentuk sekali pun. Tapi saya yang teraniaya.. So saya serah pada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terjadi.


Punya ler kutuk kain yang saya beli tu. Dikatakan kain buruk ler, kain murah ler, tak der kualiti ler hapa semua.. Tak per la.. Saya ni memang tak pandai pilih kain pun. Cepat rambang mata dengan pelbagai corak yang ada. Memang tak der pengetahuan langsung pasal jenis-jenis kain ni. Jorjet ke, cotton ker, siffon ker hapa. Yang saya tahu nampak cantik dan selesa kalau pakai udah. Kang beli cantik-cantik pun kang tergaru sana sini naya pulak kan... Memang kain tu tak beratus-ratus ringgit sebab saya ni mana ler nak mampu beli kain mahal-mahal. Itu pasal 3 pasang berserta lining cuma RM150.00 saya minta. Lagi pun untuk anak-anak buat per beli mahal-mahal kang membazir jer sebab diarang makin membesar. Janji cantik pada pandangan mata Mr Hb cukup lah...

Ni gambor tengkusyah.. Kain yang saya pilih pun lebih kurang ni ler...

Mungkin kakak tu tak cerita yang betul apa anaknya. Itu yang member nak serang saya. Tapi Allah lebih mengetahui. Bila dengar macam tu terus dia diam walaupun masih tak berpuas hati. Alhamdulillah.. Saya tak mahu bermusuh dan dimusuhi. Memang itu saya elakkan dari dulu lagi. Tapi bila jadi macam ni saya kena pertahankan apa yang berlaku sebab itu semua adalah bahagian keluarga yang tak boleh saya main-main. Rezeki anak-anak dan suami itu perlu saya pertahankan kecuali yang bersalah itu adalah saya...


So raya tahun ni nampaknya kitarang akan berbelanja di KL ler. Ambik kesempatan masa nak hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Subang Jaya. Mungkin itu rezeki saya kata Mr Hb. Sebabnya sejak kahwin sampai dua tahun lepas saya sering ajak dia shopping raya kat KL tapi dia menolak. 2 tahun kebelakangan ni jer dah tak sebut lagi. Pasrah heheh. Mungkin tahun ni rezeki baru nak datang. Heheh macam besar sangat jer hajatnya kan.. Yer la dedulu masa kerja memang KL tempat shopping sebab tinggal sana. Rasa pilihan banyak kat sana. Tapi sejak kahwin tak berkesempatan lagi dah. Jauh sangat...

Rindu pada kesesakan dan ragam di Bazar Ramdhan Jalan Tengku Abdu Rahman KL


Ok lah selesai sudah luahan hati ni. Lain orang lain pengalamannya kan.. Tu hari ada sahabat Fb cerita yang baju yang ditempah siap tapi saiz orang lain. Haru gak ler kalau sampai macam tu.


Lepas raya ni Mr Hb suruh daftar kelas menjahit. Alhamdulillah... Itu rezeki tu. Memang dah lama saya nak belajar tapi dia tak izinkan lagi. Bila jadi macam ni tiba-tiba dia usulkan semula. Syukur sangat-sangat.. :) Lepas raya ni harus terus saya mula operasi cari tempat belajar menjahit pula....

Happy nyer.... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...