Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Jun 2012

Sardin 2 Puteri.. Sempoi Banget


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua.


Tengah hari ni rasanya nak masak hidangan paling simple je tapi dah lama tak masak.... Sardin.


Sardin ni memang dah jadi kesukaan kami satu family. Dari ayah, ibu hingga anak-anak. Tapi anak-anak Tapi anak-anak ni ada stail sendiri makan sardin ni. Sorang makan nasi dengan kuahnya saje. Sorang lagi makan ikan tapi tulang tak nak heheh. Macam-macam.


Sardin ni memang best kalau dimakan dengan nasi putih berserta telur dadar. Saya pun tak tahu ler apsal tapi wajib bagi saya kalau masak sardin sure ada telur dadar dan sayur bayam goreng. Uolls macam mana lak?


Saya perhatikan sardin ni dijual makin lama makin mahal tambah-tambah Ayam Brand tu tapi dek kerana sedapnya tetap dibeli heheh. Dia punya penangan tak le nak elak. Brand pun macam-macam jeniskan.. Uolls punya favorite brand apa lak? Lagi pun dengan satu menu ni kita leh pelbagaikan masakan atau makanan yang kita nak makan dengannya. Ada yang buat sardin roll, ada yang masukkan dalam nasi goreng, makan dengan capati, samosa, karipap dan lain-lain. Keenakannya sesuaiii je dengan apa-apa makanan. tu camno???

Roti gulung sardin

Samosa sardin


Sardin dimakan bersama capati

Kali saya nak kongsikan cara saya masak sardin ni. Alah simple je tapi tak salahkan kongsi heheh.. Teringat masa first time belajar masak sardin ni. Masa tu darjah 6. Kat Sekolah Kebangsaan Bukit Merah tahun 1989. Cikgu yang jaga kitarang berkhemah belakang sekolah yang ajarkan heheh.


SARDIN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin - ikut suka brand apa yang digemari
  • 1 sudu kecil Cili Boh Asli 2 Puteri - sudu kecil sebab anak-anak tak makan pedas langsung langsung. Kalau kitarang je makan saya suka masukkan 1 sudu besar
  • 1 labu bawang besar - kalau rajin kisar kot tak potong je nipis *
  • 1 ulas bawang putih - potong nipis gak kalau tak rajin kisar *
  • 1/2 inci halia - potong nipis. Selalunya saya dadukan terus
  • 1 biji ubi kentang - potong wedges
  • 1/2 sudu pes asam jawa
  • 1/2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Daun kari atau daun kesum jika suka
  • Tomato - potong wedges
  • Sedikit garam

Caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Goreng seketika ubi kentang. Sekadar nak bagi sedikit empuk je.

2. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari/daun kesum. Gaul hingga layu.

3. Masukkan kuah sardin cup tadi. Perasakan dulu dengan garam, asam jawa dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Gaul rata.

4.  Masukkan ikan sardinnya. Biarkan mendidih dan kentang sedikit empuk baru masukkan tomato. Gaul seketika terus tutup api.


Ha.. Kan saya dah cakap mudahkan. Cara tu juga kalau nak buat inti tapi tak yah ler masukkan sayur-sayurannya. Kalau sesiapa nak masukkan lagi lain-lain sayur macam bendi atau seleri pun ok. Paling penting makan dengan nasi panas bersama telur dadar dan sayur bayam goreng... Sedappppp. Cubalah :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...