Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 Jun 2012

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum.


Kat dapur ni banyak sangat stok ubi kentang. Mulanya cadang nak buat cucur udang berkentang tapi tiap kali ke pasaraya udang habis ler pulak. Yang jual kat kedai berdekatan rumah ni selalunya kecil-kecil tak best kalau nak buat cucur. Kurang umph rasanya. Next time gi pasar nak skodeng lagi cik udang tu ada ke tak..


Skodeng sana-sini akhirnya sampai dapur akak Linapg di Teratak Mutiara Kasih. Hehhe... Tengok resepinya wokey lebih kurang yang biasa saya buat. So ambil yang ni je la mudah sikit. Tapi ada kelainannya yang dikenal pasti, Serbuk Kari Daging.... tak pernah saya masukkan kalau buat sup omputeh version potato ni. Udah macam mamak version je heheh. Ok ambik yang ni ada kelainan sikit tapi sukatannya kena kurangkan lagi sebab anak-anak tak gemar pedas walaupun sikit. Kang tak pasal-pasal kita yang nak kena habiskan.


Sikit info tentang ubi kentang ni yang saya nak kongsi... Kentang adalah tumbuhan umbi yang ke4 paling banyak ditanam di dunia – selepas beras, gandum, dan jagung. Secara nutrisinya, kentang terkenal dengan kandungan karbohidratnya. Di Asia, ia tidak mengambil alih tempat beras sebagai makanan ruji, sebaliknya kentang banyak dimasak bersama rempah dan dihidang di dalam kari untuk dimakan bersama nasi, roti canai, dan capati. Cara masakan Asia membuka mata baru kepada mereka yang sekadar memasak dengan kaedah biasa seperti merebus, membakar, stim, melenyek, atau menggoreng. Nak lebih cerita boleh baca kat sini kay.
 

Apabila memilih kentang, pilih yang tegang dan mampat. Elakkan memilih kentang berkulit terlalu kering dan berbintik-bintik.  


Tips:
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk kerana suhu sejuk akan menukarkan kanjinya menjadi gula. Ini akan menyebabkan kentang menjadi manis dan bertukar warna kegelapan apabila dimasak.
  • Jangan simpan bersama bawang besar. Gas yang dilepaskan oleh bawang besar mempercepatkan proses kerosakannya.
  • Untuk mengelakkan kentang mengalami kegelapan ketika dikupas, letakkan kentang di dalam air sejuk sejurus selepas dikupas sehingga sedia untuk dimasak. Air sejuk akan mengelakkan bahagian luar kentang menjadi gelap/lebam.


Jom kongsi resepinya kat sini kay.... I follow heheh. Tapi saya ada ler ubah sikit-sikit ikut version saya. Tak banyak pun sikit je heheh. Jangan mare yer.


SUP KENTANG BERKRIM

By: Linapg, Teratak Mutiara Kasih
Sumber: Chef Celebrity Ideal TV3


Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
  • 2-3 batang celeri - potong kecil
  • 1 labu bawang besar kuning - potong dadu
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang kasar. Saya kurangkan jadi 2 ulas je sebab tak suka baunya yang kuat sangat tu
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging - saya kurangkan kepada 1/2 sudu kecil je just ambil baunya.
  • Sedikit oregano kering atau bayleaf - optional nak masukkan atau tak
  • 1 sudu besar mentega 
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 tin susu sejat

Caranya:

1. Rebus kentang dan batang celeri dengan sedikit air. Jika ada herba masukkan sekali. Saya guna oregano sebab baunya kurang sikit berbanding bayleaf.

2. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan bawang putih dalam mentega yang dicairkan hingga layu. Jangan terlalu lama agak-agak layu je. Kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan kentang tadi. Rebus hingga kentang empuk kay.

3. Tambah serbuk kari daging, garam dan lada putih.

4. Apabila kentang sudah empuk, tutup api. Sejukkan seketika.

5. Masukkan bahan rebusan (tanpa air itu) ke dalam blender. Blend sampai hancur. Saya ambil sikit airnya. Nak mudahkan kerja memblender dan sebab dah dalam air tu dah letakkan perasa. Sayang pulak rasanya hehe.

6. Masukkan satu tin susu sejat ke dalam blender dan blend kentang itu sampai halus.

7. Masak sekali lagi hingga mendidih. Kalau nak makan terus pun ok dah bak kata akak Linapg.

Sup ni nak makan dengan pasta pun ok dengan roti pun best. Tapi tekak anak-anak tak masuk dengan serbuk kari daging tu jadi tak laku sangat sup saya kali ni. Mungkin dah biasa makan yang simple je yang takder serbuk kari daging. Balance yang ado tu nampaknya kena ler ubah suai jadi donut ker apa. Harap-harap tak membazir ler hendaknya. Kowang kot nak cuba resepi ni sila la yer. Mungkin anak-anak kat rumah tu tak secerewet anak dare saya ni.. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...