Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Ahad, 3 Jun 2012
Berita Semasa dan Baginda Yang Dipertuan Agung
Assalamualaikum.
Dah 3 hari kita tak ketemu. Sihat semua? Harap-harap sihat le hendaknya tak macam saya yang dah 3 hari batuk-batuk. Teruk gak ler rasanya siap hilang suara lagi dah. Tapi Alhamdulillah sekarang dah makin ada sikit suaranya.
3 hari ni walaupun batuk sangat tapi banyak gak le yang kena buat.
1hb Jun tu hari turun KL sekali lagi untuk sambut kepulangan mak ayah yang balik dari kerjakan umrah. Sebelum tu singgah jab Sogo bawa kakak bershopping. Katanya Payat (anak sulung kakak) nak beli baju sepersalinan. Tak lama lagi nak masuk belajar balik kat Poli. Kat Sogo ada offer barangan jenama Polo so memasing tak tinggalkan peluang, sambar le sehelai dua baju Polo. Tapi tu le mungkin dia tak puas shopping sebab limited time yang terpaksa kitarang beri kat dia. Kang tak sempat pulak nak ambil mak ayah kat airport.
Alhamdulillah masing-masing sihat tapi ayah je batuk-batuk sikit. Kitarang bertolak pulang malam tu jugak ke kampung. Berpecah dengan kakak sebab diarang nak sambung shopping. Tak puas ler tu hahahha. Kesian my beras (biras) baru balik dari umrah nak kena shopping pulak. Masa mana ler nak rehat member :)
Fuhh... perjalanan yang biasanya 3-4jam je dah jadi 8 jam. Hadoi mak letihnya. Sian Mr Hb kena tahan mata walau dah letih sangat nampakya. Tapi sempat ler singgah lelapkan mata kat R&R. Kitarang terlupa yang Sabtu 2hb Jun ada sambutan keputeraan DYMM YDP Agung, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Moga Allah lanjutkan usia dan diberikan kebaikan pada Baginda.
Memang banyak sangat le kereta yang bergerak balik ke Utara. Itu le akibatnya bila kurangnya awareness bab-bab tarikh ni. Kot tak harus kitarang pun lepak KL dulu sebelum balik.
Sampai rumah sekitar jam 5.30 pagi. Humang ngantuk le sesangat. Nasib baik hari tu ada kenduri. Lega rasanya sebab dah maleh nak masak. Mr Hb yang berhempas pulas memandu kita yang minta cuti masak boleh ker hahah.
Hari ni pun pergi kenduri gak. 2 hari berturut-turut. 2 kenduri setiap 1 hari. Memang tak mampu le nak makan setiap satunya tapi tetap pergi kedua-dua rumah raikan pengantin. Al-maklumlah dah dapat jemputan. Rumah pertama memang makan le tapi rumah kedua takat jamah hidangan sampingan yang dibuat oleh tuan rumah such as laksa atau cendol. Sib baik tuan rumah sekarang dah buat macam tu so tak ler susah sangat nak kena makan nasi lagi-lagi.
Semalam pergi rumah mak semula di sebelah malamnya. Biasa le memang kitarang bertandang umah mak tiap malam sebab dekat dengan rumah kitarang. Alhamdulillah dapat ler kitarang sorang sepasang jubah. Sebotol mineral air zam-zam. Frust gak sebab mulanya nak order 2 tong air zam-zam tapi katanya tak dapat sebab diarang tak jual dah. Tak pasti lak kerajaan Arab Saudi ke yang tak jual atau apa. Mr Hb pun tak tanya panjang dah. Nanti le kot ada rezeki order kat tempat lain Insyaallah.
Ok le tu je Berita Semasa saya hari ni heheh. Insyaallah lepas ni akan saya cerita pula bab lain kay. Yang beri faedah pada kita semua sikit hahah. Yang ni lebih kepada saya je yer tak. Buang karan je tapi saja ler nak kongsi dengan kengkawan semua tak salah kan???
Salam :)
Labels:
Coretan Hati,
Family Tersayang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan