Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 23 Jun 2012

Promosi Produk 2 Puteri di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang


Assalamualaikum.


Bermula dari hari Sabtu 23 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012 syarikat kitarang berpeluang untuk turut serta dalam promosi kat Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sesapa yang tinggal berdekatan Pulau Pinang dan Carrefour khasnya jemput-jemput ler ke Carrefour Seberang Jaya yer sepanjang minggu ni. Sebenarnya short notice tapi peluangkan... Sukar nak dilepaskan heheh. So kitarang grap la. Apa yang kitarang tahu banyak syarikat besar yang turut serta. Heheheh berangan ler yang ni dapat setanding dengan diarang heheh. Okay ler tu kan heheh. Penambah semangat :)

Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang


Jadi dengan kelajuan yang agak maksima saya bersama Mr Hb mula kaco pengilang yang buat label plastik Cili Boh Asli 2 Puteri  untuk siapkan cepat. Nak bawa ke tapak promosi tu. Letih dah nak bincang bab ni sebenarnya tapi nak buat macam mana kan. Hak kita dah bayar masih tak dapat, bengang ler juga. Akhirnya dapat gak ler bawa balik 25kg plastik. Balance nanti diarang akan hantarkan katanya. Entah bila ler tu... Bukan suka pikir jahat pasal orang tapi dah letih sesangat dengan kerenah diarang ni. Tapi Alhamdulillah cantik hasilnya. Lega ler juga.


Tapi sebaik balik dari Penang atas urusan tu dan beberapa urusan lain saya di masukkan ke hospital ler pulak. Isk.. Udah ler barang-barang yang nak dibawa tak siapkan lagi. Mana dengan stok Sos Char Kueyteow 2 Puteri nya ada sikit sangat (ni ler akibatnya kalau tak suka buat stok lelama sebab suka customer dapat yang baru dari kitarang). Cili Boh Asli 2 Puteri pun baru je dapat plastik. Nak kena buat gak untuk promosi ni nanti. Waduh waduh.




Alhamdulillah akhirnya saya dapat keluar dari hospital 22 Jun 2012. So bersama Mr Hb pulun sakan kata orang utara kejar masa untuk siapkan segala macam yang perlu dibawa. Alhamdulillah semuanya selesai walau saya pun tak berapa sihat sangat lagi dan Mr Hb yang banyak kena buat kerja. Dia jaga bahagian produk dan saya bahagian nak siap sedia apa yang patut dari segi barangan yang nak dibawa. Jangan tercicior nanti udah ler. Bukannya dekat nak balik ambil. Nasib baik ada staf yang dapat tolong kitarang sediakan produk heheh. Kot idah entah ler.


Alhamdulillah minggu ni kami di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk promosikan produk kami iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Buat yang ada disekitar Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah sila-sila ler jenggah gerai kami yang ada berhampiran Cili Padi Food Court Carrefour Seberang Jaya yer.  RM NINETYSIXBILLION ENTERPRISE namanya :) Sila ler meriahkan suasana dan dapatkan produk kami yang saya jamin berbaloi untuk dicuba. Terima kasih...


Adakah booth nya macam ni? Entah ler sebab yang pergi Mr Hb je. Tapi katanya kecik je ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...