Assalamualaikum,
Seperti yang saya ceritakan sebelum ni yang kami akan hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Manjoi, Ipoh, Perak. Alhamdulillah stok untuk jualan di sana dah selamat dah kitarang hantar semalam. Fuh melilau gak ler cari jalan sebab dah lama tak ke sana. Nasib baik dapat direction dari sorang kakak yang berniaga baju kat situ. Dia ler yang bagi direction yang paling tepat iaitu Mydin Manjoi tu berdekatang dengan Pejabat Tanah. So mula-mula kitarang cari signboard Pejabat Tanah pastu just follow le directionnya. Alhamdulillah jumpa juga :). Ribuan terima kasih ler kat akak tu sebab tolong kami.
Pejabat Tanah Manjoi, Ipoh, Perak |
Gambar milik wongchincai |
Gerai makanan di Manjoi |
Saya tengok rata-rata rumah kat sini cantik-cantik belaka. Bangga gak ler dengan orang-orang Gugusan Manjoi ni, walaupun dikatakan 'terpinggir' dari sebarang pembangunan tapi diarang tak biarkan hidup masing-masing tak membangun. Diarang jaga rumah dan kawasan sekitarnya dengan baik sekali. Tak nampak daif dan kotor. So istilah terpinggir tu patutnya dibuang terus tapi kot yer pun ganti ler dengan istilah 'kurang membangun' sebab rata-rata adalah rumah orang. Kurang lot-lot perniagaan je. Tapi pada pendapat saya mungkin sebab dekat dengan Bandaraya Ipoh jadinya kot nak beli belah, makan atau sebarang urusan penduduk kat Gugusan Manjoi tu semua kat sana kot. Tak jauh langsung...
Ramai gak yang hantar produk memasing kat Mydin Manjoi tu. Kitarang pun ambil masa sejam lebih untuk urusan meletakkan produk kami tu kat sana. Ada yang datang lagi awal pun tak siap lagi. Ramai gak yang mengeluh tapi tu ler nak buek camno nak cari rezeki macam ni ler. Macam-macam dugaan heheh.
Saya sempat gak bertanya pada pekerja Mydin yang bertugas bila nak buka Mydin Manjoi pada pengguna, katanya 22 haribulan. Boleh saya tak tanya 22 haribulan berapa kat dia heheh. Ha.. sekarang camnor saya nak cerita kat sini. 22 Jun ni ker atau 22 Julai? Kalau 22 Julai dah 2 Ramadhan tak kan kot... So saya assume 22 Jun ler kot heheh. Kang kalau ada sesapa yang pergi 22 Jun ni tapi Mydin tak buka lagi, maaf yer sebab saya dapat kurang info heheh. Maaf maaf maaf ;0
Balik dari sana kitarang terus ke Mydin Hypermarket Meru Raya yang merupakan cawangan Mydin terbesar kat Malaysia ni buat masa ni. Pergh.. memang berbangga ler saya sebagai seorang muslim kerana akhirnya ada satu pasaraya milik seorang muslim yang hebat pada kaca mata saya. Alhamdulillah. Buat lak kat Perak... Lagi ler bangga hehh.
Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, Perak |
Dari pintu masuk hingga ke food courtnya memang saya salute pada arkiteknya. Memang apa yang dia buat bukan sekadar buat tapi rekaan yang hebat. Paling kami sekeluarga suka adalah di food courtnya, Rasa Village. Bukan sebab dapat makan la hehe tapi apa yag diarang persembahkan kat sana memang menarik. Umpama kita dine kat luar je. Memang teliti binaannya. Setiap gerai dibuat umpama rumah kampung yang disuntik element modern. Dapat makan sambil santai kat sana memang menarik. Harap-harap hidangan yang dijual pun sama menarik dengan rekaan yang ada. Jangan sekadar 'ado' dah ler. Semalam tak sempat nak rasa juadah yang diarang jual sebab perut dah full. Takat minum teh dan kopi panas tapi menyegarkan :) Tandasnya pun ditahap memuaskan walau tak excellent. Bukan per untuk saya yang 'penggeli' ni memang payah nak terima kalau tandas kotor. Kat Mydin ni tak kotor tapi dari 4 pintu yang ada 2 pintu dah rosak. Isk... Siapa yang bersalah?
Sebenarnya tujuan kitarang ke sana selain dari menikmati suasana pasaraya yang baru dibuka, kitarang nak 'lawat' Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Nak tahu gak ler status dan tempatnya. Status dah diinform oleh pagawai Mydin tu hari tapi kalau dah tengok sendiri lagi rasa yakin hehe. Alhamdulillah... Sambutan yang diterima memuaskan. Kami sebagai pengusaha baru yang tak de promosi kat mana-mana selain dari kat blog ni dan facebook, memang rasa syukur sangat dengan sambutan yang kami terima. Baik di pasaraya Mydin Hypermarket Meru Raya ni atau lain-lain cawangan Mydin Hypermarket (Bukit Jambul Penang, Subang Jaya Selangor, Terminal 2 Seremban Negeri Sembilan dan MITC Melaka).
Contoh je susunan kat rak bahagian sos tu tapi ok gak mana ler nak tahu tak lama lagi akan jadi kenyataan :) |
Paling mengembirakan kami, mulai Pasaraya Mydin Hypermarket Meru Raya ni, produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri bukan lagi sekadar kat bahagian AGROBAZAAR je tapi dah masuk bahagian SOS dah. Pengiktirafan secara diam (bagi kami ler heheh) berikutan dari penerimaan orang ramai terhadap produk kami. Saya katakan demikian sebab sebagai produk baru memang section Agrobazaar je tempat kami. Kalau dah dapat sambutan yang memberansangkan baru produk kami akan diconsider untuk ditempatkan dibahagian lain. Kalau yang kat tengah-tengah tu pengusaha kena beli dari pihak pasaraya yang mana kami tak mampu ler nak buat macam tu buat masa ni. Kalau ada sesapa yang nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni leh ler ke section Agrobazaar atau Section Sos yer. Letaknya kat rak tu atas sikit dari 'eye lever' so kena dongak sikit la yer.
Alhamdulillah dan terima kasih banyak pada yang sudi menggunakan produk kami tu. Alhamdulillah. Terima kasih banyak yer pada semua yang telah menggunakan produk Sos Char Kueteow 2 Puteri. Bagi yang belum sila dapatkan di Pasaraya Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Penang; Subang Jaya, Selangor; Terminal 2 Seremban, Negeri Sembilan dan MITC Melaka. Thanks....;)
Kami balik malam tu dengan hati yang sarat dengan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas rezeki yang Dia berikan. Terima kasih semua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan