Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 15 Jun 2012

Terokai Alam Semulajadi di Perak. Keindahan yang dicari ada di sini


Assalamualaikum. 


Dah 2 hari saya tak update blog. Sibuk sikit dengan urusan penghantaran produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Lega sangat :) Terima kasih penduduk Pulau Pinang atas sambutan yang kalian beri.




Back to the main point, dah layan lagu tentang Perak Darul Ridzuan yang saya kongsikan kat atas tu? Best kan terkenang zaman kecik-kecik dulu. Dulu ada vidie klipnya tapi yang ni saya dapat tak der pun. Sedih gak ler tapi Insyaallah next time kot jumpa saya akan sharekan kat sini. Lagu ni kerap dimainkan di RTM tahun 80an. Bangga sangat bila dengar lagu ni heheh. Satu lagi yang mewakili kebanggaan seluruh negeri :) Tapi untuk information dulu ada 9 Daerah je tapi sekarang dah tambah satu lagi jadi 10 iaitu Daerah Kampar.


Ehem... Betulkan suara jab nak bagi penerangan panjag lebar ni :)... Di Negeri Perak ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Almaklumlah negeri kedua terbesar di Semenanjungkan. Pulak tu ada 10 daerah jadi memang banyak ler tempat-tempat menariknya. Negeri Perak mempunyai kawasan semulajadi yang menarik yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Misalnya Hutan Belum di Hulu Perak, dan Pulau Pangkor.


Kali ni saya nak cerita tentang Destinasi Terkenal yang Semulajadi di Perak. Membawa kita dekat pada alam kurniaan Allah SWT. Next chapter baru nak cerita tentang Tempat Menarik Ikut Kawasan-kawasan yang ada di Perak ni. Kalau semua masuk sini sarat lak jadinya :)



Destinasi Terkenal


Pulau Pangkor, Perak



  • Pulau Pangkor 

    Air Terjun Lata Kinjang, Tapah

  • Air terjun Lata Kinjang - merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah.  Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.

Air Terjun Ulu Chepor, Chemor, Perak



  •  Air terjun Ulu Chepor - terletak di Chemor, iaitu kira-kira 10 km dari bandar Ipoh.

  • Air Terjun Tanjung Kala


  • Pantai Teluk Batik

  • Sungai Perak - dengan jarak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Gunung dan gua


  • Bukit Damar - tingginya 901 meter.

  • Bukit Gadang - tingginya 770 meter.

  • Bukit Kabut - tingginya 1,317 meter

  • Bukit Ulu Laho - tingginya 1,202 meter.

Gunung Chamah, Sempadan Perak/Kelantan

  • Gunung Besar - terdapat di Lasah/Sungai Siput, Perak. Tingginya 1,749 meter (5,737 kaki). Di Malaysia ni terdapat 3 Gunung Besar. Dua lagi ialah Gunung Besar di Johor dengan ketinggian 1035 meter (3,398 kaki) dan Gunung Besar Hantu terdapat di Jelebu, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 1,461 meter (4,794 kaki).

  • Gunung Biong -Terletak berhampiran dengan Kampung Baharu Sauk, Batu Kurau, Perak Darul Ridzwan dan mempunyai ketinggian setinggi 1,218 meter (3,997 kaki). Gunung Biong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

  • Gunung Bubu - ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak

  • Gua Kandu - terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak

  • Gunung Chabang - mempunyai ketinggian setinggi 1,711 meter (5,612 kaki).

  • Gunung Chingkai - terletak berhampiran dengan Kampung Jalong/Sungai Siput, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1,397 meter (4,583 kaki).

Gunung Gayong, Perak

  • Gunung Gayong - mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki)

  • Gunung Inas - Ia merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia yang sampai ke negeri Perak. Gunung Inas mempunyai ketinggian setinggi 1,801 meter.

  • Gunung Lang - terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia. 
Taman Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kem motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.
Gunung Korbu, Perak


  • Gunung Korbu - mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang. 
Bagi yang berminat untuk mendaki adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.
Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Cameron Highland. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan. 
Gunung Yong Belar, Perak


  • Gunung Larut - mempunyai ketinggian setinggi 1,448 meter.

  • Gunung Ulu Jernih - terletak berhampiran dengan Kampung Lubok Buaya/Kampung Masjid, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1,577 meter (5,172 kaki).

  •  Gunung Ulu Soh - mempunyai ketinggian setinggi 1,324 meter.





  • Gua Tempurung - sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Ia menjadi tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram. 

Hutan Lipur Ulu Kinta, Perak


  • Hutan Lipur Ulu Kinta - terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Ulu Kinta merupakan bahagian ulu Sungai Kinta, merupakan sungai yang sangat penting dalam aktiviti perlombongan dari tahun 1850 hingga 1970. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.

Hutan Simpan Belum, Perak




  • Hutan Simpan Belum

Bunga Rafelsia ni juga boleh didapati di Hutan Simpan Belum, Perak


Air terjun di Hutan Simpan Belum, Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...