Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi Sup Labu Manis Berkrim.
Sup ni pun dibuat atas permintaan Afif. Sebenarnya dah lama gak dia minta. Tapi baru ada kesempatan nak buat :).
Selalunya saya main buat je sup-sup ni. Tak de resepi tak der sukatan. Alhamdulillah anak suka gak. Tapi tah rasa nak kelainan dan nak ikut protokol sikit kali ni saya ambil sukatannya. Lagi pun Insyaallah nanti kot ada rezeki leh turunkan pada anak-anak. Kot tak der sukatan menggagau lak diarang nanti macam saya pulak. Sib baik dah biasa buat so saya cuba sukat apa yang selama ni saya agak-agak je. Lagi pun semua bahan dah ada dalam stok simpanan saya so mudah ler.
Nak buatnya pun tak ler susah mana. Nak kata renyah pun tak juga. Cuma bab nak kupas kulit labu tu.. Keras gak ler kulitnya. Sebenarnya saya tak pernah masak guna labu ni sampai le dulu ada ler buat produk Seri Kaya Labu 2 Puteri. Sekarang dah stop buat sebab nak tumpu pada Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Cili Boh Asli 2 Puteri dulu. Kiranya labu ni cuma berani sentuh lepas-lepas tu ler. Masa tu ler baru tahu susahnya nak kopekkan kulit labu ni. Terpikir gak saya camner yang omputeh tu dok buat pumpkin lamp tu yer? Alah yang guna masa halloween tuuuu...
Sedikit info tentang labu ni yang saya nak kongsi kat sini adalah Labu Kuning ni adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral, termasuk vitamin E, A, C dan Vitamin B seperti folates, vitamin B6, thiamine.potassium, copper, fosforus dan magnesium.
Bahan rahsia dalam sup ini adalah labu kuning yang penuh dengan antioksidan. Beta-karotena boleh menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.
Sup ini juga boleh menjadi 'base' yang baik bagi mee ayam atau makanan laut. Hanya tambah makanan laut yang dimasak atau filet ayam (atau ketulan ayam) dan mee atau pasta, untuk snek yang lebih lazat dan mengenyangkan.
Okay back
Sup Labu Manis Berkrim
Ok tak nama saya kasi ni heheh.
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang besar - didadu
- 2 ulas bawang putih - cincang halus
- 2 biji ubi kentang - didadu sederhana kecil supaya mudah empuk
- 200g labu kuning - potong kecil-kecil sikit gak
- 2 cawan air - nak sedap masukkan 2 sudu besar stok ayam maggie
- 200ml krim masakan/susu segar/susu sejat - kali ni nak bagi umph saya pilih krim masakan
- Garam dan serbuk lada hitam
- 1 sudu besar margarine/minyak masak
Caranya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu menggunakan margarine. Penggunaan margarine membuatkan baunya lebih enak.
2. Masukkan ubi kentang dan labu. Gaul rata jab dengan minyak margarine tadi.
3. Masukkan pula air yang disatukan dengan stok ayam tadi. Biarkan mendidih dan labu serta ubi kentang tadi empuk supaya mudah dikisar nanti.
4. Bila dah empuk ubi kentang dan labu tu tutup api. Biarkan ianya menyejuk sedikit.
5. Kisar bersama krim masakan hingga halus.
6. Tuang semula dalam periuk dan panaskan. Biarkan mendidih. Kalau pekat sangat tambah air tapi seeloknya biar le nampak pekat sikit. Baru sedap. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau dah ok boleh tutup api.
Sup ni saya kahwinkan dengan pasta dan roti bawang putih. Tapi roti tu takat guna roti sandwich je. Semalam keluar shopping barang dapur lupa nak beli Roti Perancis. So amik mana yang ada kat dapur ok le kan heheh. Pasta memang wajib ada dalam stok. Pelbagai rupa bentuk pasta yang ada sebab yang ni anak-anak suka.
Nak tahu cara rebus pasta yang biasa saya buat? Resepi yang simplenya ambik kat sini yer. Dah masak nanti tuangkan je terus Sup Labu Manis ke atasnya.
Pasta Angle Hair bersama Sup Labu Manis Berkrim |
Resepi Roti Bawang Putih Perancis next segment pulak saya kongsikan. Dah panjang lebar ni. Kay salam dan selamat menjamu selera :)
Hai nasyeera..nampak sedap betul ya sup labu awak tu.tapi ada juga yang letak keledek bersama labu dan ada juga yang cuma labu kan..? C;
BalasPadam