Pon... Pon...
Assalamualaikum.
Dengar tak bunyi hon tadi? Hahaha. Tu bunyi tandanya kitarang akan bergerak ke Mydin Hypermarket Manjoi pula. Insyaallah esok akan kami akan buat penghantarannya ke sana.
Mydin Hypermarket Manjoi, Ipoh semasa dalam pembinaan |
Alhamdulillah tu hari dapat order dari Mydin untuk masukkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Hypermarket Manjoi. Syukurrr sangat. Dapat lagi satu tempat untuk pasarkan produk kami ni. Tak sabar rasanya nak pergi hantar dan nak tengok feedback dari orang ramai kat Gugusan Manjoi tu.
Tu hari kat Mydin Hypermarket Meru Raya dapat feedback katakan yang Alhamdulillah walau kurang dari 1 bulan dibuka tapi jualan memberansangkan. Alhamdulillah syukurr sangat :) Alhamdulillah atas penerimaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di sekitar Ipoh. Terima kasih yang teramat sangat dari kami sekeluarga.
Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh |
Tapi tu lah kira dahsyatnya Datuk Ameer Ali Mydin ni. Dulu tak nak singgah pun kat Perak ni. Main lintas je. Tapi dah sekali naik hu... dua terus. Dalam masa terdekat lak tu. Mydin Hypermarket Meru Raya 18/5/2012 opened ceremonynya. yang ni lak mungkin bulan depan kot. Beza takat 2 - 3 bulan je. Lak tu Mydin Hypermarket Meru Raya cuma terletak 20 minit je dari Manjoi. Berani habis tu. Duit kena banyak dan perkiraan kena tepat baru leh berani labur sampai camni.
Yang saya agak bulan depat baru bukak sebab pengalaman hantar produk ke Mydin Hypermarket Meru Raya tu hari. Hantar sebulan awal dari tarikh pembukaan. Kami hantar produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri 17/4/2012 tapi dia buka 18/5/2012. So agak-agak yang ni pun lebih kurang sama ler kot.
Gugusan Manjoi ni rata-ratanya adalah merupakan perkampungan Melayu tradisional terbesar di Malaysia. Memang sesat ler kalau tak biasa dengan jalan-jalan yang ada kat sana. Banyak belok-beloknya. Dikatakan projek yang dibina dengan kos RM50 juta itu bakal menawarkan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di kawasan sekitarnya memasarkan produk mereka di pasaraya itu. Kiranya Alhamdulillah kan kerja dapat, pembangunan dapat dan paling penting pengusaha IKS dapat peluang lebih lagi untuk pasaran produk masing-masing.
Pasaraya Mydin Gugusan Manjoi ini adalah pasaraya pertama yang dibina dalam kawasan kampung dengan berkeluasan 70,000 kaki persegi dan dikatakan dengan terbinanya pasaraya ini, Gugusan Manjoi bakal menjadi sebuah perkampungan tradisional yang moden dan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga orang luar.
Macam yang dikatakan tadi, Gugusan Manjoi ni sebenarnya adalah perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negeri ini. Ianya seluas seluas 560.8 hektar. Dalam Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh 1985, Kampung Manjoi dikeluarkan dari pelan tersebut kerana ramai penduduknya tidak bersetuju terutama sekali untuk bayaran cukai pintu, cukai tanah, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Lantaran itu Kampung Manjoi kekal terbiar lebih 20 tahun berbanding dengan kemajuan bandar Ipoh.
Tapi kini Alhamdulillah, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 29 Januari 2003 bersetuju membangunkan gugusan Manjoi dan kerajaan Negeri Perak merancang akan membangunkan semula Gugusan Manjoi ini supaya setanding dengan Silibin, Pasir Puteh dan Pengkalan yang mempunyai kompleks komersial dan rumah moden. Ini secara tak langsung dapat menggalakkan generasi kedua dan ketiga yang berjaya untuk kembali ke kampung halaman.
Dengan kemasukan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami ni ke Pasaraya Mydin Manjoi ni saya berharap sangat akan mendapat sambutan yang baik dari kawan-kawan penduduk di Gugusan Manjoi ni khasnya dan seluruh Perak amnya.
Jadi buat teman-teman di sekitar Gugusan Manjoi dan seluruh Ipoh kalau sudi....sudi sudikan le yea. Dapatkan le sebotol dua Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Manjoi, Ipoh. Insyaallah memang berbaloi dan memang menjadi punya le Insyaallah. Jangan risau, resepi penyediaannya ada di label untuk rujukan.
Selain daripada menyediakan hidangan Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni juga boeh digunakan utuk menyediakan pelbagai hidangan lagi. Memang tak membazir le kalau beli tau. Kalau nak buat bihun goreng, mee, pasta, nasi ayam (perap ayam), masak merah, sambal tumis, kuah kacang atau lain-lain hidangan boleh juga. Kalau nak masak yang simple macam goreng kicap sayur taugeh pun boleh. Rajin-rajin belek ler selalu blog ni, Insyaallah dari masa ke semasa akan ada resepi-resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni Insyaallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan