IZAZ RASHYEEDA HAIROL - HAPPY BIRTHDAY DARLING
Bismillahirrahmanirrahim...
Genap 3 tahun umur adik pukul 4.13ptg nnt (sebenarnya dlm pukul 4.07 ptg sbb kuar awal dari masa yang doktor announcekan). Ibu, ayah & kakak doakan agar adik diberkati Allah & dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dalam segala segi, berjaya dunia akhirat & menjadi anak yang solehah & hafizah. Insyaallah....aaaminn
Masih ibu teringat detik kelahiran adik . Kegembiraan & kerisauan sama merantai hati....Namun Alhamdulillah akhirnya semua berkesudahan dengan selamat. Segalanya bermula pada awal pagi 30/4/2008, ibu rasa sakit pinggang walaupun sedikit tetapi tetap menyebabkan timbul rasa cuak dihati ini menyebabkan ibu mengajak ayah ke hospital (Taiping Medical Centre). Kerana pengalaman melahirkan kakak yang mudah doktor (Dr Ong Boon Teik) terus menahan ibu kerana telah ada bukaan walau sekadar 4cm. Ayah & kakak setia menemani ibu saban waktu.
Tiba-tiba keinginan untuk menjamah maggie goreng menyebabkan ibu minta ayah tinggalkan ibu sebentar untuk membelinya dikedai yang berdekatan dan alhamdulillah ibu nikmati hingga habis hidangan sambil menonton telenovela berkisar kisah hidup 'Chui'. Sebaik habis ibu ke sinki untuk membasuh tangan & .....pada ketika itulah ibu tidak mampu lagi untuk melangkah. Segera ibu panggilkan ayah yang duduk berdekatan memberitahu keadaan ibu. Ayah yang panik terus memanggil jururawat yang sentiasa bersedia untuk ibu (atas arahan doktor). Lantas pada jururawat itulah ibu memeluk berpaut kerana tidak mampu lagi untuk terus berjalan. Telah terasa benar adik ingin terus keluar menjengah alam ini.
Selepas ditenangkan dengan susah payah akhirnya ibu dibawa ke wad bersalin yang terletak berhampiran dengan wad ibu ditempatkan. Namun sekali lagi keadaan mencabar berlaku bilamana ibu tidak dapat melangkah langsung untuk naik ke katil kerana ibu dapat rasakan kepala adik telah hampir keluar. Dengan nafas yang sesah akhirnya ibu naik ke katil namun ibu tidak dapat bertahan lagi walaupun jururawat menyuruh ibu menunggu kedatangan doktor.
Dalam keadaan yang menyesakkan itu bilamana adik yang mahu keluar, doktor yang belum sempat naik ke bilik bersalin & jururawat yang menolak kaki ibu supaya tertutup rapat akhirnya adik lahir ke dunia ini tanpa ada sambutan dari tangan sesiapa. Adik terjatuh terus ke atas tilam. Terluka hati ibu dengan keadaanmu sayang. Pedih hati ibu kerana tiada tangan yang menyambutmu. Sebaik adik lahir ayah beritahu barulah doktor sampai & terus memarahi jururawat kerana lambat memberitahu kepadanya. Ayah telah mengazan & mengiqamat adik sebaik doktor selesai membuat pemeriksaan keatasmu.
Alhamdulilah kini adik, Izaz Rashyeeda Hairol telah berusia 3 tahun. Syukurlah walau sepanjang 3 tahun ini pelbagai peristiwa & kejadian yang berlaku padamu kau tetap aktif, bijak &a sihat. Ibu bahagia memilikimu sebagai sebahagian dari hidup ibu, ayah & kakak. Semoga kita semua terus diberkati Allah & semoga kejayaan di dunia & akhirat menjadi milikmu sepertimana kakak. Ibu, ayah & kakak akan terus mendoakan kebaikan, keberkatan, kejayaan & rahmat Allah padamu aaaminn.
"WE LOVE YOU SAYANG"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan