Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 1 Mac 2013

Susu dan kesihatan yang terbaik...


Saya bersama Mr Hb dianugerahkan Allah 2 orang puteri yang cukup sifatnya dan sempurna Alhamdulillah. Yang sulung, Afif Khadyeeja Hairol kini berusia hampir 7 tahun manakala yang bongsu, Izaz Rashyeeda Hairol berusia hampir 5 tahun pada April depan. Walaupun cuma 2 orang tapi kerenah masing-masing kadang kala terasa lebih dari 5 orang je yang ada. Ada kala menghiburkan, ada kala menyesakkan. Hehehhe....

Afif Khadyeeja Hairol

Izaz Rashyeeda Hairol

Seperti ibu-ibu lain sedari kecil saya berusaha sedaya upaya untuk menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Jaga segala yang termampu. Malah sebagai ibu yang tak punya sesiapa sebagai tempat rujukan, saya cuba dapatkan sebuah buku yang memaparkan tentang perkembangan bayi mengikut peringkat usia. Di situ lah saya meneliti setiap perkembangan Afif dan Izaz. Namun apa yang saya perhatikan tak semuanya sama seperti yang ditulis. Memang menggelabah dan terasa sedih sangat sehinggalah saya menonton satu rancangan bual bicara tentang perkembangan anak. Dari situ barulah saya tahu tiada yang tetap tentang perkembangan anak-anak. Kita tidak boleh banding pencapaian dari satu anak dengan anak yang lain. Apa yang terbaik besarkan mereka mengikut cara yang terbaik yang kita mampu dan berikan yang terbaik juga untuk mereka. Tiada sebarang buku yang boleh dijadikan panduan dalam memantau perkembangan si anak. Dan tidak ada sebarang contoh yang dapat kita ambil untuk bandingkan perkembangan si anak. Sejak itu saya lebih terbuka dan memahami sedikit demi sedikit sifat dan perwatakan anak-anak. Perkara itu mengajar saya bahawa tidak semuanya boleh diajar menerusi buku atau orang. Hanya pengalaman dan masa yang akan menentukan sesuatu keadaan.


Dari segi pemakanan, sedari mereka kecil saya dan suami cuba menjaga pemakanan mereka sebaik mungkin. Memberi apa yang disarankan dan menambah apa yang perlu. Suppliment, makanan yang berkhasiat dan susu sentiasa kami jaga. Namun, mungkin dengan peningkatan usia walaupun semenjak kecil saya masakkan segala macam sayuran atau buahan untuk anak-anak mereka semakin sukar untuk menjamahnya. Pelbagai cara dan usaha dilakukan. Tetapi apapun saya tetap bersyukur walaupun sedikit mereka sudi juga menjamah tomato, carrot, timun dan pisang. Boleh lah daripada tiada.... Anak-anak saya bukan sahaja sekadar sayuran atau buahan yang kurang dijamahnya malahan makanan lain juga turut kurang. Hidangkanlah pasta, nasi atau apa sekalipun tak selalunya mereka akan jamah. Puas difikirkan segala macam menu untuk dihidangkan tetap sukar menarik selera mereka.


Jadi untuk bekalan nutrisi yang lebih baik, walau kini Afif 7 tahun dan Izaz 5 tahun kami tetap bekalkan susu untuk diminum setiap hari. Kami percaya akan khasiat yang ada dalam susu. Kami juga percaya apa yang mereka ambil seharian adalah kurang khasiatnya kerana apa yang mereka ambil tidak meliputi segala macam kandungan zat yang lengkap. Melalui peminuman susu selain daripada memberi makan suppliment, Insyaallah apa yang tidak lengkap itu seboleh mungkin akan terisi Insyaallah.... Dan Insyaallah, akan kami usahakan untuk mereka terus minum susu hingga mereka dewasa demi kebaikan dan kesihatan mereka. Insyaallah...


Apa yang saya kurang berpuashati adalah pandangan dan kata-kata orang sekeliling yang melihat mereka yang masih meminum susu. 'Terlebih usikan' terhadap mereka yang masih meminum susu kadang kala menimbulkan rasa kurang senang saya terhadap teguran itu. Ada juga yang 'arahkan' terus untuk mereka berhenti daripada meminum susu. Peliknya Afif yang minum menerusi cawan/botol air juga ditegur. Allahu Akhbar.. Kenapa harus sampai begitu sekali. Kami ibu bapa anak-anak yang masih minum susu ini. Kami yang sanggup tanggung kosnya. Biarkanlah selagi ianya tidak memudaratkan atau memberi impak yang buruk pada masa depan atau perkembangan mereka.


Saya cukup tidak selesa dengan setiap teguran yang tidak membawa apa-apa kebaikan terutama jika teguran itu ditujukan terus kepada anak-anak kecil itu. Ini kerana yang membesar, mendidik dan membentuk mereka dikala kecil adalah tanggung jawab ibu dan bapa. Sekiranya ada sesuatu yang orang yang menegur itu tidak senang adalah sebaiknya berbincang dengan ibu dan ayah anak itu supaya apa yang tidak diterasa kusut dapat dileraikan. Kami bukanlah ibu bapa yang keras malahan kami terbuka untuk berbincang kerana pada pandngan kami melalui perbincangan segala yang terbuku dihati dapat dijelaskan dan dipuluhkan asalkan masing-masing sememangnya ikhlas untuk mencari kebaikan. Anak-anak kecil tidak tahu apa-apa dan perlu dibentuk perlahan-lahan bukan secara kasar. Beri mereka masa dan ruang dengan dipantau kita, itu cara terbaik yang cuba saya amalkan.


Mungkin saya membesarkan anak berbeza dengan apa yang ibu-ibu lain besarkan anak. Tetapi apa yang saya cuba buat adalah yang terbaik dapat saya fikirkan dalam membesarkan mereka. Mungkin apa yang saya amalkan tidak sealiran dengan ibu-ibu yang lain tetapi saya turut pastikan ianya tidak lari daripada norma yang sepatutnya


Afif pernah juga berhenti seketika daripada meminum susu kerana mengikut arahan orang. Mulanya saya berkeras namun setelah lama saya mengalah. Untuk itu saya menggantikannya dengan kopi dan teh. Syukur, mungkin kerana dia yang masih kecil ketika itu iaitu pada usia 4 tahun dia tidak betah untuk meminum kopi atau teh. Saya juga cuba terangkan perlahan-lahan kebaikan susu. Akhirnya dia kembali meminum susu.


Dari segi pemakaian dan akhlak mereka juga kami suami isteri amat-amat perihatin. Seringkali kami menasihati mereka untuk berakhlak mulia dan bersifat lemah lembut. Itu yang termampu kami lakukan dalam mendidik mereka ke arah menjadi muslimah sejati hendaknya Aaamiin. Penerangan yang sebaik mungkin dan sekerap mungkin kami amalkan supaya ianya tertanam dalam hati sanubari kedua mereka. Kami amat harapkan agar akhlak mereka terpelihara walaupun kami tiada bersama mereka. Namun, apa yang kami amalkan bukan lah secara keras tetapi secara perlahan-lahan dan seselamat mungkin. Ini kerana saya percara jika kita cuba melentur rebung sekali pun kalau secara kasar akan rosak juga. Jadi saya ambil pendekatan perlahan-lahan dan dengan keikhlasan diri.


16 kebaikan minum susu
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak-anak tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel. Susu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
  • Kewujudan kalsium di dalam susu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian ia mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.
  • Ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.
  • Susu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).
  • Antara lain kandungan susu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.
  • Vitamin B12 yang terkandung didalam susu juga berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.
  • Susu juga dapat membantu mencegah magrain.

Tips susu untuk anak cerdas dan pintar
  • Setiap kali membuat segelas susu panas untuk anak kita, masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan blend halus + sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik
  • atau sebelum tidur rendamkan 3 biji badam dalam air segelas air masak dan biarkan sampai esok pagi. Beri badam kembang tersebut pada anak-anak. Amalkan setiap hari..
  • Setiap hari ajar anak-anak membaca muqadam dan Quran kerana ayat-anak dalam Quran lebih banyak khasiat untuk kesihatan dan keselamatan diri..

Nota
Hebat bukan kebaikan susu ini terutama semasa kita dalam keadaa kepenatan dan tekanan. Pengambilan susu panas dapat menenangkan diri dan memberi kita tidur yang sangat selesa.


Jadi satu pinta saya pada saudara-saudara di luar sana, andai ada perlakuan yang tidak menjelikkan atau tidak berlakunya perbuatan yang biadap saya mohon agar berilah anak-anak itu dan keluarga mereka menjalankan seperti apa yang mereka suka. Andai ada yang tersalah, jelik atau bersifat biadap silalah beri teguran untuk kebaikan mereka juga kelak. Adalah sebaiknya berbincang dengan ibu bapa anak-anak itu juga agar yang salah dapat diperbetulkan, yang jelik dapat dicantikkan dan yang buruk dapat dicantikkan, Insyaallah....


1 ulasan:

  1. Bagusnya cara puan mendidik anak. Tabik spring... Hehe

    Kalau macam saya, mungkin lebih suka ambil mudah, dengan memberi anak2 supplemen shaklee untuk kanak-kanak macam omega guard yang bagus untuk otak serta meal shakes yang lengkap dengan vitamin serta mineral untuk kanak-kanak. Lagipun, anak-anak saya tak berapa gemarkan sayur. ��

    Anak-anak kecil lagi, baru 4 tahun & 2 tahun.

    Salam perkenalan yer puan. ��

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...