Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 3 Mac 2013

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah - Takziah dari kami..



Innalillahiwainnaillahirojiun.... Kami di Asam Garam 2 Puteri ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara pejuang negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan yang dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Juga takziah dan ucapan semoga cepat diberi kesembuhan oleh Allah buat anggota yang tercedera.



Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu yang saya ambil dari laman teamediaselangor.blogspot:



1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) - dikatakan turut terkorban

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).


Namun apa yang saya ketahui sehingga tadi jumlah yang terkorban meningkat menjadi 5 orang. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dikatakan anggota pasukan keselamatan berkenaan terdiri daripada seorang pegawai dan 4 anggota polis. Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Kesedihan meneylembungi insan yang ditinggalkan

Namun, dalam kesedihan kami turut bersyukur kerana kerajaan Malaysia bertindak prihatin dengan menaikkan pangkat kedua anggota yang terkorban semalam. Kenyataan itu diungkap sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang disiarkan di dalam berita perdana. Mungkin anggota pasukan keselamatan yang terkorban yang lain turut mendapat kenaikan pangkat berkenaan. Kenaikan pangkat ini adalah untuk anak dan isteri yang ditinggalkan. Berikutan dengan kenaikan pangkat ini, isteri akan menerima bantuan dan pencen yang meningkat jumlahnya yang amat membantu dalam kehidupan seharian.


Pihak Kerajaan Negeri Sabah juga berjanji untuk membantu meringankan beban keluarga anggota yang tercedera dan yang telah terkorban. Syukur.... Alhamdulillah kerana mereka tidak dibiarkan sengsara sendiri dan pihak yang berkenaan menghargai segala pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang berjuang demi menjaga keamanan negara.


Dari apa yang saya baca, pencerobohan dilakukan dalam menuntut Sabah yang didakwa dibawah jajahan Kesultanan Sulu. Pencerobohan ini juga telah dirancang dan dilakukan secara perlahan-lahan bermula sejak 4 bulan yang lalu. Sebagai langkah pertama mereka ingin menawan Balai Polis Lahat Datu Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina ke Lahad Datu dari 9 Februari himgga 1 Mac yang saya dapat dari laman pahang-ku.blogspot.



  • 9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

  • 11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

  • 12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad Bon.

  • 14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

  • 1 Febuari – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

  • 14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

  • 16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

  • 18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

  • 24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

  • 26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

  • 28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

  • 1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Manakala dua belas penceroboh bersenjata turut terbunuh.






Moga-moga keadaan di Lahad Datu terutamanya akan semakin pulih dan tiada lagi jumlah anggota yang terkorban atau tercedera. Dan semoga Allah selamatkan Malaysia dari sebarang pencerobohan atau sebarang petaka hendaknya Aaamiin....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...