"Hujan yang turunn bagaikan air mata....."
Teringat lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad tika ini. Buruk beno sora ni rasanya... Jomlah layan nyanyian beliau sendiri yang dirakamkan tahun 1980 dulu..
Sayu je hati kalau dengar lagu tu. Macam sebak lebih. Alfatihah buat beliau, moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh bersama umat Islam lain. Aaamiin.... :)
Hihi pepagi dah bersyahdu teringat lagu Hujan tu hihihi. Kannya apa hati ni risau kalau hujang sampai ke petang kang camner nak gi ambik anak-anak dari sekolah? Ayahnya dah le tak der sebab mengantor produk sampai ke Mydin Hypermarket MITC, Melaka nun. Sepatutnya minggu lepas dah tapi disebabkan tempahan mask lewat terpaksa tunda le ke hari ini. Dengar cerita dari sorang pengguna Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang tinggal kat Bukit Katil tu katanya dah habis. Dia call semalam sebab nak ambil direct dari kitarang. Dah tak nak kehabisan stok katanya. Tapi tu le leka sembang sambil memfokus kat anak yang sedang check gigi (bagi semangat le konon heheh) terus terlupa le pulak nak tanya nama kedainya sebab dia guna untuk berniaga. Insyaallah nanti akan saya tanyakan. Boleh le jugak tolong promosi kedainya tu kan....
Mr Hb ni entah pukul berapa le baliknya. Risau le kang terpaksa mengambil anak-anak hujan-hujan. Dah le tak der baju hujan. Dari Melaka nak ke Bukit Merah ni bukannya dekat. Naik pulak van tua memang lembik le bila sampai. Insyaallah moga-moga ada le rezeki untuk upgrade kenderaan kepada yang lebih elok aaamiin. Nak mengantor produk pun tak le tired sangat yer tak hihihi.
Dah try Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri macam resepi yang saya kongsikan? Belum lagi???? Isk isk rugi tau sebab tu salah satu resepi yang gunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Jadinya tak le kalau beli tu tersimpan je kat dalam peti ais lepas buat Char Kueyteow. Takkan nak makan Char Kueyteow hari-hari walau ada gak tiga empat orang sahabat saya yang cakap anak-anak diarang kalau dapat Char Kueyteow hari-hari cukup suka. Yang bestnya kalau saya teka memang tepat yang semua yang cerita tu ada anak lelaki je. Hahah agak-agak betul le tekaan saya yang Char Kueyteow memang puratanya kegemaran orang lelaki kan. Perempuan pun ada tapi tak ramai sangat yang gemar sampai nak makan hari-hari. Saya ni, Mr Hb pun kalau dapat hari-hari Char Kueyteow pun boleh tapi mak je yang jemu masak... (Nak makan kat kedai tak tahan hihihi. Sorry yer tokey-tokey semua hihii). Tapi tu la yang try pelbagaikan. Insyaallah segala resepi yang dah ditry dengan segala produk 2 Puteri dah dan akan saya kongsikan kat sini.... Insyaallah :)
Buat sahabat-sahabat yang sudi ziarah, follow dan beri komen kami kat sini yang terbaru Sufi MS (thanks so much atas ucapan dan doa yang amat-amat kami hargai), Salwa, Sha Shamsudin, Aimeen Aliff, Syuhada Said, Mayang ABDUL RAZAK, Badriah dan yang lelain tu yer. Kunjungan dan segala komen korang semua amattttt saya sekeluarga hargai. Dah cuba produk 2 Puteri kat pasaran??? Hehehheh. Sempat kauuuu hihhi.
Bercerita pasal hujan... Terasa nak tahu le sikit sebanyak pasal hujan ni. Hihi sorang sahabat saya ada cakap yang saya ni pantang bagi topik penuh le soalan yang akan keluar. Hihi layan je la yer. Dapatttt gak tambah pengetahuan sikit yer tak??? Sesekali keluar topik popular tak salah kan...kan...kan heheheh...
Dulu masa sekolah cikgu cakap hujan tu terbentuk dari titisan takungan air yang naik ke langit yang banyak terkumpul membentuk awan dah lama kelamaan makin berat. Bila dah berat maka ianya turun kembali ke muka bumi ni sebagai hujan. Tu yang saya tahu la. Jom kita tengok betul ke tidak kefahaman saya nih :)
Maklumat yang saya dapat dari Encik Wikipedia ialah....
Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan.
Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya
terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang
dikenali sebagai virga.
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula. (Ha... Betul la tu :))
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm). Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman pula.
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. (Ooooo ye ke???) Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.
Awan
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.
Udara
selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi
titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan
dua cara:
Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik
itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu
awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan
silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan
kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.
Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.
Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)
- Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
- Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.
Kategori awan |
Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.
Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)
- Sirus (CI)
- Sirostratus (Cs)
- Sirokumulus (Cc)
- Altostratus (As)
- Altokumulus (Ac)
- Stratus (St)
- Nimbostratus (Ns)
- Kumulus humilis (Cu)
- Kumulus mediokris (Cu)
- Stratokumulus (Sc)
- Kumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) (Cb)
- Pirokumulus
Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida
dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun,
disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah
menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak.
Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
Hujan batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
Saya tak le pernah merasa camner rupanya Hujan Batu nih tapi dengar cita banyak gak tempat kat Malaysia ni yang turunnya Hujan Batu ni seperti di Sungai Buloh, Selangor dan di Jerantut, Pahang.
Hujan Air Mata
Hujan Air Mata seringkali turun jika berlakunya peristiwa yang menggamit rasa pilu dihati. Kadang-kadang lebat sangat tak mahu henti-henti, kadang-kadang kejab je heheh. Tapi tak tentu gak le puncanya atau sebab musababnya kerana kadang-kadang tu takat tengok orang suka pun boleh turun hujan air mata nih. Takkan sedih kot tengok orang happy isk..isk..isk.... Hehehhe....
Dengor lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman tadi pun kalau tak sambil menulis nih harus Hujan Air Mata turut melanda saya hihihi. Memang sayu dan menusukkkk sangat tetambah kalau dengor masa tengah-tengah ada cita sedih melanda diri... Maunya banjir besar melanda rumah hihiih. Ni satu lagi Lagu berkaitan dengan Hujan nyanyia beliau tajuknya Antara Hujan dan Airmata
Lain-lain tentang Hujan
Sebut pasal hujan ni ada lagi satu yang saya nak cerita.... Kumpulan pemuzik Hujan hehehh.
Group yang ditubuhkan pada awal tahun 2006, ini band gelombang yang dianggotai oleh Noh selaku vokalis dan gitar 2, Dimas pada bass, AG Coco pada 1 gitar dan Ambobzeela pada drum. Tak payah le cita banyak kan... Jom layan lagu diarang dengan tittle DugaanNya nih dah le heheh. Nak tahu yang lebih-lebih gi kunjungi diarang punya laman hihihi ;)

Hujan Batu
Ketulan hujan batu besar, kira-kira 6 cm diameter |

Sebut pasal hujan ni sure ada yang nak kaitkan dengan banjir pulak yang sering melanda bumi bertuah kita ni tiap penghujung tahun hingga awal tahun kan. Jangan kata banjir besar kadang-kadang banjir kilat pun terjadi kerana hujan gak. Kadang-kadang hairan gak sebab mana datang air yang banyak tu yer sampai banjir. Makin tahun makin banyak air rasa macam air makin bertambah kat dunia ni berbanding dulu. Ada yang kata sebab ais kat kutub sana nun makin mencair tu yang air banyak. Wallahualam.... Nanti-nanti Insyaallah saya teringin nak sembang pasal ni pulak. Nak sembang pasal banjir kat sini terasa panjang lebar lesangat yer tak... Cukup-cukup lah sikit-sikit dulu input yang kita dapat. Boleh gak tambah pengetahuan. Kang banyak-banyak kang langsung tak dapat ilmu sikit pun... Lagi rugi.
Ok selamat menambah ilmu dan semoga sahabat semua jalani hari korang dengan happy tak kira apa jua cuacanya yer :)
Isk... Terasa pulak teringin nak main hujan walayu dah tetua hehehh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan