Pada 31 Januari 2013 yang lepas anak saya terima wang bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia pada semua anak-anak sekolah. Tarikh pemberian wang bantuan tu pihak sekolah disekalikan dengan Mesyuarat PIBG. Jadi memang ramailah yang hadir ke Mesyuarat tu. Bagi pihak saya ini merupakan Mesyuarat PIBG yang pertama yang kami hadir heheh. Jangok jugak le.
Lepas hantar anak ke Sekolah Agama terus ke Sekolah Kebangsaan Bukit Merah pulak tapi masa sampai tu Mesyuarat dah berjalan sebab diarang mula jam 2.30 petang. Saya ni lewat le sikit sebab paling penting selesaikan tanggungjawab menghantar anak dulu. Sekoalh Agamanya tak le jauh mana pun tapi dengan keadaan zaman sekarang yang banyak sangat kejadian yang tak diingini berlaku, rasa risau pulak nak biarkan dia naik basikal sensorang. Lagi baik saya atau Mr Hb iring dia sampai sekolah. Tak nak menyesal dikemudian hari... Tapi itu pihak saya le. Sebab tu lepas kahwin saya berhenti dari kerja di Affin dulu. Bantu Mr Hb apa yang patut je dari rumah ni. Tapi mungkin pada orang lain atas tuntutan mencari rezeki tak dapat le buat macam saya yer tak.
Tapi masa lepas berhenti dulu saya pun tak le duduk saja sebab nak harap Mr Hb pun kesian le jugak kat dia kan. Zaman sekarang bukan cukup belanja. Semua barang dah mahal. Mula dulu saya bantu kat kedai makan keluarga Mr Hb. Heheh dari kerja dalam aircond kena kerja kat kedai makan di kampung. Memang berbeza sungguh le situasinya. Sambil-sambil tu saya packkan semua jeruk asam dan kerepek yang saya beli secara bundle. Cari duit sendiri sebab kami suami isteri bantu ayah kat kedai free je. Tak der gaji heheh... Siannnn saya kan??? Terasa pulak nak duit belanja lebih try buat ABC dan Laicikang. Yang packing semula tu tetap juga buat sebab laku kauuu. Alhamdulillah sambutan jualan ABC memang best sampai le saya ikut Mr Hb yang kena kerja di Ipoh dalam 2 bulan. Saya terpaksa le stop. Ingatkan berhenti sekejap tapi rupanya kena berhenti terus sebab abang ipar diberhentikan kerja. Jadi dia yang ambil alih kedai tu. Jadi semua bahan yang saya beli untuk buat ABC terpaksa simpan dalam store le huhu.
Tapi tak per la kena redhakan sebab itu je pengorbanan yang cuma saya mampu buat. Dengar kes anak-anak yang mati di pusat asuhan sebab kecuaian pengasuh memang mengerikan. Sekarang pulak banyak kes dera dan colek... Lagi le takut. Isk Nauzubillah jangan le jadi kan.
Bila siap hantar dia yang berbasikal kat sekolah saya terus ke Sekolah Kebangsaan pula. Memang le kelam kabut tapi nak buat camner sekurang-kurangnya kita ada bersama dia kalau apa-apa berlaku. Nak harap budak tu mana le tahu apa lagi kan. Sampai je kat sekolah dah tak der tempat duduk so kena le tunggu kat luar. Sib baik pihak sekolah dah pasangkan khemah kot tak memang tak sanggup le teman weh. Setelah selesai semua ibu bapa kena beratur panjang pulak untuk ambil duit bantuan tu. Kena sediakan salinan IC disamping kena isi borang yang diberikan oleh pihak sekolah. Saya dengar cerita ada tempat yang kena bawa salinan Mykid atau anak-anak kena ada sama waktu pengambilan sebab banyak kes yang berlaku bila ibu bapa berpisah tapi masa nak ambil dua-dua nak. Memang payah le kalau macam tu. Tapi tak apa la janji semuanya smooth dan jangan ada pihak yang teraniaya sudah le.
Anak saya punya le suka sebab dia akan dapat duit seratus heheh. Berapa nilai seratus pun entah dia faham entah tidak tapi terujanya amboiii macam tahuuu je. Sib baik nak ambil ni dia tak kisah sebab saya pergi dengan adiknya sahaja. Tapi sebelum buat keputusan saya je pergi ambil dengan adik dia dah saya tanya, mana le tahu kang merajuk pulak kalau dia yang nak pergi ambil sama. Sib baik dia tak kisah sebab saya kata kang dia tak boleh ke Sekolah Agama pulak. Tapi balik je dari sekolah terus tanya dia dia. Amboi tak sabar kau...
Kami suami isteri tanya gak le apa yang dia nak beli dengan duit seratus tu. Katanya nak beli warna je. Ok lah. Mulanya agak kitarang dia nak beli kasut sekolah baru sebab dulu saya beli sepasang je kasut sekolah yang mahal, lagi dua pasang saya beli yang RM5.90 je kat Tesco. Takat buat tukar-tukar tak pe la murah pun. Heheh. Jimat le sikit apa yang perlu kan. Dulu persiapan untuk sekolah dia beratus gak le keluar jadi kalau boleh jimat saya cuba le berjimat apa yang patut. Dia yang pertama lagi le banyak belanjanya. Dia pernah gak komplain pakai kasut tu panas sebab getah tapi dia pulak tak mahu beli lain sebab nak simpan duit katanya. Alhamdulillah syukur. Masa ke pasaraya tu hari dia beli le warna yang dia mahukan selama ni. Set warna dengan cover Angry Bird bernilai RM25.90. Amboiiiiiii mahalnya. Sib baik ayah dia janji boleh beli yang mahal sikit dari biasa kot tak dah lama saya suruh dia letak balik. Takut tengok harganya. Dah boleh beli 5 lagi warna pensel panjang dengan harga tu.
Yang saya kata nasib baik ayahnya dah janji itu sebab kalau ikutkan saya biar le beli yang biasa saja. Biar berjimat sikit. Kita ni tak mudah nak senang tapi tak susah nak susah. Tapi bila dah berjanji terutama pada anak-anak kecil kita kena cuba sehabis mungkin tunaikan supaya dia tak chop kita sebagai penipu dan agar dia juga akan jadi orang yang kotakan janjinya. Lain la kalau ada masalah kena le terangkan sehabis dia faham agar dia tahu tak semua janji akan tertunai. Mungkin ada masalah yang buatkan ianya tak dapat ditunaikan. Moga-moga sikit sebanyak saya dapat bantu pembinaan akhlak dan sahsiah dirinya jadi orang yang berhemah kelak. Insyaallah.
Syukur sangat pihak kerajaan beri bantuan kewangan macam ni pada kita. Sedikit sebanyak dapat le juga kurangkan beban kewangan kita dalam part beli peralatan untuk anak-anak kan. Sekurang-kurangnya nak beli alat tulis ke, belanja sekolah ke dah ringan sikit dengan adanya RM100.00 tu. Mungkin pada sesetengah orang nilainya sikit sangat tapi pada sesetengah orang lagi yang sikit ni le bernilai sangat. Macam saya. Memang lega sangat. Tak kisah le berapa tapi sekurang-kurangnya bantu le sikit kewangan kita untuk sehari dua atau sebulan dua. Duit yang kitarang dapat ni saya dah katakan pada dia bukan untuk belanja sakan tapi kena simpan untuk beli alat tulis dia yang mungkin akan kehabisan atau hilang. Budak-budak walau dipesan berbuih mulut tetap tak reti nak jaga barang diarang betul-betul. Tambah dulu waktu awal-wal persekolahan, hari-hari hilang alat tulis. Kejap kejap pemadam, kejap kejap pensel macam. Jadi dengan adanya duit bantuan ni dapat le saya guna untuk tujuan tu. Kalau anak dah pandai jaga nanti dan masih berbaki boleh simpan untuk persiapan sekolah tahun depan heheh.... Yo or je planning. Ada lagi 10 bulan agak-agak takkan tak terluak dah hehehe.
Saya cakap juga padanya yang bukan ibu dan ayah je yang mahu dia belajar rajin-rajin jadi orang yang berjaya tapi pihak kerajaan pun nak semua pejalar berjaya. Harap-harap lepas ni makin rajin le dia belajar hendaknya. Aaamiin...
Kalau pihak kerajaan nak teruskan program macam ni pun lagiiiiii bagus hehehhe. Kan per, semua ni kalau pusing balik pun kerajaan gak yang dapat balik heheh. Kita belanja kat kedai-kedai, cukai-cukai dan segalanya yang dikenakan pada kedai-kedai berkenaan dapat balik pada pihak kerajaan so win win situation yer tak heheh. Apa pun Terima Kasih Banyak dan Alhamdulillah syukur.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan